Saturday, October 20, 2012

Pak Yoep JUARA


Pagi ni bertolak ke Sungkai Perak, menyertai Karnival Warga Pendidikan Khas 2012 mewakili daerah Kinta Utara. Acara yang diambil ialah permainan Bocce. Mungkin ramai yang tidak mengenali permainan ini. Serupa main petanque. Tak tahu juga....permainan ini serupa Boling Padaang. Dah tahu ya...

Sebenarnya Pak Yoep tak mengenali langsung permainan ini. Atas permintaan seorang teman, Pak Yoep terima pelawaanya. Bermain secara berkumpulan 2 orang. Atas dasar dimaklumkan permainan ini sama seperti permainan petanque.

Sepatutnya, dalam karnival ini, Pak Yoep dilantik untuk menjadi pengadil Bocce. Disebabkan tiada pengetahuan langsung dalam permainan ini, Pak Yoep menarik diri secara terhormat. Pak Yoep juga diminta menyertai permainan Dam Aji... tak gemor langsung. Juga menarik diri dan digantikan dengan orang lain.

Dalam pertandingan tersebut disertai oleh 12 pasukan drp 6 daerah dalam Perak. Keputusan pertandingan yang melibatkan pasukan Pak Yoep ialah:


Peringkat Kumpulan

Lawan Hilir Perak KALAH 5-19
Lawan Perak Tengah MENANG 17-7
Lawan Kuala Kangsar MENANG 12-0
Lawan LMS MENANG 13-11
Lawan Manjung MENANG 21-3


Separuh Akhir

Lawan Perak Tengah B MENANG 18-6


Akhir

Lawan Hilir Perak B MENANG 13-11


Pasukan Pak Yoep dinobatkan sebagai JOHAN. Pasukan Pak Yoep disertai oleh Cikgu Khushairi (SMK Jalan Pasir Puteh).

Tak sangka TANPA pengetahuan berjaya menjadi johan. Mungkin kepakaran dalam permainan petanque menyebabkan Pak Yoep berjaya bermain dengan baik dalam acara bocce.

Pada tahun 2009, Pak Yoep telah menyertai Karnival ini dalam acara futsal dimana berjaya menjadi Naib Johan sahaja.. Pada 2010 turut mewakili Kinta Utara dalam acara futsal tapi sekadar diperingkat separuh akhir sahaja. Manakala 2011...Pak Yoep berehat..tidak menyertai karnival.




No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!