Friday, October 12, 2012

Pendaftaran OKU


  1. Pengenalan
    • Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.

  1. Objektif Pendaftaran OKU
    • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
    • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
    • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.
  2. Definisi OKU
    • Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008:-
      • 'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

  1. Kategori OKU
Bil.
Kategori
1.
Kurang Upaya Pendengaran
2.
Kurang Upaya Penglihatan
3.
Kurang Upaya Fizikal
4.

Kurang Upaya Pertuturan
5.
Masalah Pembelajaran
6.
Kurang Upaya Mental
7.
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)

  1. Kad OKU
    • KAD OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mekeka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Kad tersebut terbahagi kepada 7 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut :-
      1. Penglihatan - Biru
      2. Pendengaran - Ungu
      3. Fizikal - Hijau
      4. Pertuturan - Coklat
      5. Masalah Pembelajaran -  Kuning
      6. Mental - Putih
      7. Pelbagai - Merah

  1. Borang-borang pendaftaran OKU
Jenis Borang
Borang Pendaftaran Kanak-kanak Kurang Upaya


  1. Permohonan Pendaftaran
    • Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian;
    • Menggunakan borang tersebut di atas; dan
    • Menyertakan 3 keping gambat ukuran kad pengenalan dan dokumen sokongan seperti Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan.
  1. Syarat-syarat pendaftaran
    • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
    • Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.

  1. Penukaran Kad Penukaran
    • Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan :
      • Kad OKU hilang;
      • Kad OKU rosak;
      • Mencapai umur 18 tahun; dan
Perubahan kategori ketidakupayaan

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!