Friday, October 12, 2012

Pengalaman Khatan anak2 autisma


Petanyaan drp Lady Diana

"Salam...ada sesiapa ada pengalaman menguruskan anak autistik berkhatan?"


Komen Rakan KAA

Top of Form
ElinNoor Farizan Ye la, saya pun bercadang nak khatankan anak tahun depan. Sapa yg ada pengalaman kongsi-kongsila ye.
 
 
Nooraz Rashid Anak saya, Harith brkhatan last year. Mmg challenging sungguh jaga anak2 autisme ni masa pantang brkhatan, kira mcm tak brpantang jer...masa msk blk doc, abahnye yg meneman, saya temankan adiknya yg brkhatan sblm dia, tiba2 Harith menjerit melolong panggil "mama, mama" doc kluar panggil saya srh msk, alamak...dah lah saya ni x brani, dah doc panggil msk lah jugak... Saya peluk bdn dia kuat2, abah dia dgn nurse pegang kaki... Bila dah settle barulah lepaskan, dia pun trs melompat trn dr katil smbil nangis2 sbb sakit. 2 hari pastu kami blk kmpg, klrga kat sana ajak pi pantai, bila sepupu dia mandi laut, dia pun ikut terjun ke laut, di tegah...tp tak dgr, org main bola dia pun main bola jugak...nak jadi cerita blk dr kmpg abah dia kena ke Jakarta seminggu, dua tiga hari pas abah dia kesana... Bird dia pun bengkak..gawat, dia dah bentan...mlm takleh tidor brjln ke hulu ke hilir sbb sakit, pi blk ke klinik, doc ckp budak yg lasak mmg mudah jd bengkak apatah lg anak istimewa yg mmg susah nak suruh dok diam2...nasiblah tak lama pastu dia pn ok... Skrg klu saya tanya nak sunat lg tak, mesti dia kata "potong habis lah"...


Nor Mohd saya pun ingat nak khatan Danish tahun depan


Ah Kam anak sy doktor suruh dia baca alfatihah...dia terus baca x henti sepanjang 15 minit tu dgn sy memeluk dia...


Nik Mat Ya Umur brp tahun elok khatan?anak saya 6 tahun belum pandai cakap...


Nor Hamzani Md Yunus anak saya berkhatan masa 10 tahun...jenis autisme teruk juga.Time nak kkhatan jumpa doktor di klinik kerajaan...then dia arrange appointment kat hospital...time khatan diorang bius bagi tidur sbb takut menggelepar...alhamdulillah time pantang dia pun takut nak bergerak sangat....ok tak de masalah khatankan anak yang autisme.


Norafni Razali Sama mcm anak sy.. Nor Hamzani Md Yunus.. Buat di HKL~Pediatrik~ Nurse2 & Datuk Dr Zakaria baik-baik n melayan anak2 Austisme ni.. Alhamdulillah ALLAH s.a.w permudahkan segala2nya.. anak sy umur 12tahun masa berkhatan.


Salwani Ali Anak saya operate kat Az-Zahrah Bangi. Rm1200 melayang. Sedar je dia terus melompat dari katil, sebab ingat kan belum buat lagi...

Lady Diana Terima kasih kpd semua..saya merancang nk khatankan anak saya cuti sekolah tahun ni..agak berdebar..tapi parents lain ok je...jd saya semangat la cket...


Nik Mat Ya Ok tq semua sharing pengalaman...


ElinNoor Farizan Anak lady Diana dh berapa tahun???


Rabeah Ibrahim anak saya raffiq khatan 12thn. d klinik saya bgi dia minum air dbca alfatiha & doa dia bca sndiri. masa dr. nak bgi injection bius d 'situ' raffiq britau dr. jgn bgi rasa sakit! Dr. tu janji. Guna cara 'clamp' lebih cpat & x perlu bimbang klau anak lasak sbb clamp ini dpakai utk bbrpa hari & melindungi alat sulit. raffiq lasak spt x bersunat pun.klau nak kencing cuma buka bah hujung clamp. Tanya dr. Saya lupa brp tapi antara rm100-200.

Syuhada Abdul Aziz rabeah ibrahim: kat mana klinik yg raffiq berkhatan tu?

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!