Friday, October 19, 2012

Salah penggunaan Elaun OKU anak2 autisma


WAJARKAN PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN BERTINDAK SEBEGINI (Elaun Murid Khas):
"cuma nak tanya betul ke kementerian telah menetapkan elaun oku yg diterima cuma boleh diambil 2 bln sekali. Sekolah anak saya buat begitu kerana elaun RM1800. Tp yg dimasukkan kedalam akaun cuma separuh dan hanya boleh diambil 2 bln sekali sebanyak rm300. Buku akaun sekolah dipegang oleh guru. Adakah ini betul? Atau sekolah yg menetapkan... Terima kasih" ....drp ahli KAA



KOMEN KAA

Hairiah Tea Cha Hai Ini kerana 1 2 3 org buat hal, semua kena tanggung..... kesan drpd ada ibubapa yg buat hal, yg lain pun kena ....... namun ada ibubapa yg bijak... sebelum sempat buku akaun dipegang pihak sekolah dia dah keluarkan semua....ada kad ATM lagi...

Hannie Mus kami x benarkan ibubapa buat kad atm..sbb ambil trus habis..budak x kemana

Ana Alias Terima kasih atas perhatian elaun ini. Saya sebagai parents pun tak faham kenapa buku/elaun sekolah yg pegang. Adakah kerana kementerian menyangka ibubapa akan menyalahguna elaun anak mereka? Elaun bole diambil 2 bln sekali pun saya tak tahu. Sebab sekolah anak saya tidak memaklumkan begitu. Memandangkan bulan 12 bulan yg sibuk utk para ibubapa utk menyediakan baju/kasut/bag baru anak2, elaun ini masih tidak diserahkan ke? Tajuk yg menarik..saya akan cuba dgr maklumbalas SR Sek 13 Shah Alam.

Suriati Kak Cik mmg KPM ada bg surat..

Samsul Muariff Saroni ada juga ibubapa yg menyalahgunakan elaun anak2.....di Kuala Tgganu procedure pengeluaran tak melebihi RM300 utk 2 bulan....ada kes2 tertentu cikgu2 akan beri pertimbangan....ada baik ada buruknya ianya dihadkan pengeluarannya.....cuma saya ambil yg positif....utk masa depan anak saya nanti

KELAB ANAK AUTISME Dlm pengamatan...anak ada elaun tapi murid2 pendidikan khas ada yg tak belanja semasa rehat di kantin...stokin koyak...baju lusuh...tak benarkan anak ikut aktiviti bila minta sumbangan untuk makan/minum anak sbb tak mahu bayar...yuran sekolah tak bayar...baju PJ tak beli...baju unit uniform tak beli...pelbagai lagi perkara berlaku... itulah di antara punca KPM ketatkan pengeluaran.

Samsul Muariff Saroni mungkin ada yg ragu2 dgn statement di atas....tapi dari pengalaman saya sbg ibubapa mmg terdapat anak2 pendidikan khas seolah2 dianaktirikan oleh ibubapa sendiri yg tak bertanggungjawab....sepatutnya anak2 pendidikan khas harus diberi penampilan yg lebih baik....menurut kata GPK SK Seri Budiman II....sebaik2nya biar masyarakat luar tidak dapat membandingkan antara anak Pendidikan Khas dgn anak aliran perdana....jgn sampai org nampak yg selekeh tu anak2 pendidikan khas....mereka pun ada hak yg harus kita tunaikan

KELAB ANAK AUTISME Setuju sangat...

Nik Mat Ya Nak tanya jgk ni..elaun bg yg belum masuk sekolah brp RM sebulan? Saya tak pernah check akaun bsn anak saya...

Alin AAziz setuju sgt2 dgn en samsul..kat skolah anak saya ramai parent yg tak bayar yuran,sumbangan utk outing stiap mnggu(bg menmpung mkn minum)sbnyak rm20/sbulan,baju anak lusuh,kasut kecik dari kaki...spatutnye elaun ini utk membantu murid2 ppki ini nmpak kemas supaya setanding dgn murid arus perdana..statment d atas mmang patut sbb ada parent yg mnyalahgunakan elaun..

Jebat Junior Salam.....tertarik dgn isu ini, bukan psl duit, tapi pasal cara elaun itu ditahan2....mcm budak2....kalau adalah kes penyalahgunaan duit elaun utk anak2 oku, itu adalah kes terpencil....sbb rata2 ibubapa yg bertindak dan berusaha kearah kebaikan anak2nya adalah ibubapa yg syg anak2nya.....kalau bukan percaya kpd ibubapa nak percaya kpd siapa lagi?

Jebat Junior ....sikit lagi....anak oku selekeh atau tidak, bukan terletak kpd brp byk elaun dia dpt.....tapi brp prihatin ibubapa dia ttg penampilan anak.....kan?

Ssannie Irdina Ya betul tu JJ.. Bkn terletak kt elaun yg sgt ciput tu.... Lbih kpd ibu bapa... Stakat elaun tu utk susu pun x lps.... Malas amik da.. Da mcm pengemis pulak nk isi borang g skola amik buku segala.. sudahnya biar je la buku tu berkulat kt skola

Ssannie Irdina Oh tmbah satu lagi.. Mereka perlukan resit pmbelian... !!

Auniey Irdina Kalau tak ambik duit tu pun bagus jgk. Boleh jd simpanan dah besar nnti.

Nor Ni Muhammod Kat sek ank saya ada elaun dr kementerian dan bank rakyat turut menyumbang 100 sbln dlm akaun nuri.saya tak pernah tengok pun berapa yg dimasuk..biaq p duk dlm tu

Nor Rahimah Esa bg sy mungkin ade kebaikkn,keburukkn,ade yg benar n seblknya..buku elaun memg pihak sek.ank sy pegang katanya takut pihak ibubapa salahgunakn,tp mereka xzalim sampai xbg gunakn,cuma boleh mintak kuarkn dgn syarat kegunaan pelajar tu sendri..sy xckp sy org senang..tp sy memg xnk sentuh elaun ank sy..selagi sy mampu sy n suami akn kuarkn duit sendri..same jee dgn ank yg lain..xde beza pon kuarkn duit kita ank kita jugakkn..elaun tu bg sy tu hak bila dia dewasa,mungkin dia nk sambg belajar ke..or kegunaan mase depan..bg,sy dh dpt belajar sek kerajaan dh brsyukur sgt..dr kena sek.swasta,tentu yuran lg mahal..brsyukurlah ape yg ade..ank sy pon dh byk brubah dr 0,alhamdullilah skg jd pelajar pintar d'kelas..alangkah baiknya kita brusaha tingkatkn prentasi ank nii dr bab yg xspatutnya..lau rezeki tu ade isyaallah..maaf ya tu pdpt sy..

Safinaz Yusuf Sama2 la kita ye baik cikgu baik parents baik ibubapa... Kita buat tggjwb msg2 betul2... Ada perkara xleh adjust ikut kehendak kita maknanya kita la yg kena adjust...

Lady Diana InsyaAllah...setiap peraturan ada sebab dan kebaikan...setakat ni tiada halangan utk keluarkan wang..cuma perlu ikut peraturan...ingatlah...nasib baik kerajaan malaysia prihatin dgn nasib oku..kalau nk dibandgkan negara lain...pokok pangkal bersyukur..sebab rezeki dtg daripada Allah...InsyaAllah yg baik dtg dari Allah dan yg buruk dari sy sendiri...maaf andai tersalah bicara

Lady Diana Kalau tiada elaun pun bukankah anak itu tanggungjawab kita...sebaik dia lahir walau ada kekurangan itulah cabaran untuk kita yg bergelar insan yg akan diuji oleh Allah..elaun utk anak sebenarnya kalau dikaji dtg dari Allah....marilah kita semua memanjatkan syukur kepada Allah...Alhamdulillah...

Haryani Ngah Saya pun sama macam nor rahimah, duit yang dapat tu simpan untuk masa akan datang, apa apa keperluan sekarang ini saya guna duit gaji saya. Lagi satu saya dah tanya dengan cikgu anak saya boleh tak saya keluarkan semua untuk masuk ASB supaya dapat untung lebih, cikgu dia kata boleh tapi kene kepilkan sekali slip asb.

Norol Hasana Mohamad Radzi Saya berpendapat elaun yg Kerajaan beri tu mmg ikhlas tuk mbantu ibu bapa yg ssh utk mgendalikan anak2 oku.Bukan senang nak kendalikan mrk kecualila yg lemah pbelajaran.itu kes lain. tp ibubapa sll bhadapan dgn mslh birokrasi KPM.Prosedur itu & prosedur ini. Sejahat2 ibubapa jarang sekali nampak ibubapa yg abaikan anak2 oku.xplula peg2 KPM buruk sangka thdp sikap ibubapa.Buruk ibubapa tu nampak sgt oleh pihak sek.tapi pcayalah. ada sek yg mgambil ksempatan nak tubuhkan Badan Kebajikan Pendidikan Khas. Yuran sumbangan RM250 stahun tuk aktiviti rekreasi, keceriaan & tah apa2 lagi. Dahla kena byr yuran PIBG yg tinggi, yuran badan itu lg. Bila kte syorkan spy badan itu buat program panggil doktor checking kesihatan anak2 oku..dia org kata itu tgjwb ibubapa.Pada saya, niat kerajaan tuk beri elaun kpd oku ini mmg niat suci tp pegwai2 kerajaan yg bkerja di bahagian pendidikan khas yg xsuci & xkreatif nak mcari satu pdekatan yg "win-win" situation antara ibubapa dgn pihak sek ttg isu elaun ini.Kalo agak nak myusah ibubapa dgn prosedur itu & prosedur ini, lebih baik jgn dibagi langsung elaun kpd anak2 oku. Lagi senang. Mmg kdg2 sya sgt bsimpati dgn ibubapa yg betul2 miskin yg tpaksa guna elaun tsebut tuk khidupan anak oku mreka.

Nazri B. Isnin Kalau nama ibubapa maka kena cari duit untuk anaknya, yang kerajaan bg sampingan. Itu yang baik. Yang tak baiknya kalau pengurusan hal kewangan tidak ditangani dgn baik. Main sapu belasah duit budak tu untuk kepentingan diri.

Kiran Kina Yes betul

Maya Mazlina Binti Misbah ye batul tu..berdasrkan pengalaman ada anak murid yang bercerita ibu bapa guna wang elaun untuk beli perabot bkn kah elok digunakan utk hal murid. kekadang tu peralatn belajar seperti pensil, pemadam, pembaris pun x lengkap. kesian kat anak2 ni. itulah sebab pihak sekolah tetapkan berapa kali shj ibu bapa boleh ambil duit itu. sbb bila x ditetapkan ada segelintar ibu bapa tu sanggup menghabiskan seluruh wang elaun tersebut.sehinggakan jika ada aktiviti luar sekolah seperti lawatan murid x dpat ikuti. x kesian ke kat diorang....tp ada juga ibu bapa yang baik prihatin dan penyayang yang x usik lgsg wang elaun tu sepanjang anak2 mereka menerima wang tesebut. berdasarkan hal2 terpencil itulah pihak pentadbiran sekolah menetapkan jumlah wang yang boleh diambil.tp pihak sekolah mmg x berhak ke atas wang tersebut. itu hak ibu bapa yang prihatin terhadap anak2 mereka.

Norzila Md Esa walaupun penyalahgunaan wang olh ibubapa hanya kes2 terpencil ttp kes tersebut tetap berlaku di mana2 sekolah.. wbp, jika ibubapa ke sekolah utk ambil buku bank sdh tentu berlaku interaksi antara ibubapa dan guru..secara tak langsung perbincangan ringkas ttg anak2 akan berlaku..

Daliah Abadi Assalamualaikum...saya tertarik dgn perbincangan ttg elaun ni. Saya salah seorang yg dipertanggungjwbkan untuk memegang buku akaun murid. Setakat ni saya takde masalah jika ada parents yg nak keluarkan elaun , cuma kalau nak keluarkan banyak sangat kena la jumpa GB. Mmg ada segelintir parents yg tak gunakan elaun tu utk kebajikan anak OKU itu sendiri. Duit dlm buku habis tapi anak pegi sekolah comot, baju lusuh, kesihatan terganggu, ponteng sekolah dan sebaginya (*malas nak sebut pjg2). Sebenarnya saya pun dah malas nak pegang buku tu tapi demi tanggungjawab, kena jugak. Harap ada parents yg faham.

Bajuri Johari ada ibu bapa yg tak ambil langsung wang diberi. simpanan anak mencecah belasan ribu ringgit sehingga sekolah menengah. ada yg salah gunakan wang tersebut. bagi saya guru perlu mengikut apa yg telah ditetapkan oleh kementerian. itu adalah untuk kebaikan semua pihak dan mengurangkan salahfaham yang sering berlaku. gb diberi amanah untuk memegang buku bank tersebut. itu adalah amalan biasa yang berlaku. saya rasa di sekolah,rata-ratanya adalah sama. samada di aliran perdana ataupun pendidikan khas.

Daliah Abadi Saya setuju dgn kenyataan BJ. Kami sbg guru perlu mengikut perintah dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Guru bukan suka2 nak pegang buku akaun tanpa sebab dan saya tak salahkan parents yg nak keluarkan duit elaun demi kebajikan anak2. Cuma, ada di kalangan parents yg seolah2 gelap mata bila nampak jumlah yang banyak dalam akaun anak. Ada juga di antara anak murid saya yang amaun tidak diusik langsung sejak mula daftar ke kelas Pendidikan Khas. Pada saya, elok elaun tu disimpan untuk masa depan anak2 especially dalam memulakan kehidupan apabila dewasa nanti. Jika ada simpanan, segala perancangan dapat dilaksanakan terutamanya bagi murid2 bermasalah pembelajaran yang fizikalnya tiada kecacatan. Sekurang2nya boleh la dihantar berkursus kemahiran seperti automotif, dandanan rambut, jahitan, masakan dan sebagainya. Parents dan sekolah perlu sering berbincang demi kebaikan anak dan hala tuju anak-anak di masa hadapan.

Rabeah Ibrahim Ibu bapa patut brsyukur anak2 istimewa kita mndpt prhatian krjaan. Anak2 kita yg normal x ada pun elaun tpi kita tetap dpt menyediakn segala klgkapn prsekolahn mereka. Jadi mgapa perlu kita ambil elaun anak istimewa kita utk tjuan yg sama? Elaun tu hak mereka jdi biarlah. duit tu dsimpn utk msa dpn mereka. guru2 pend khas hanya mnjlnkn ttgjwb yg d amanahkn jdi jgnlah kita salahkn mereka. pihak kmntrian pun ada sbb laksanakn peraturan baru demi kebajikn anak2 kita.


Azizah Ishak Kepentingan anak OKU perlu dijaga.Elaun tu biarlah buat simpanan mereka. Duit tu dikawal sebab ada waris yang kurang ilmunya dan bermasalah kewangan mengambil kesempatan dengan elaun mereka untuk kepentingan lain.

4 comments:

  1. Sesiapa di sini yg tahu bila elaun akan dikreditkan dan berapa jumlahnya ye sbb anak saya bila di update buku, tiada apa2. Niat di hati memang utk simpanan anak tapi kalau x de dikreditkan, nak lah tau kenapa..Pn Maz

    ReplyDelete
  2. Biasanya lewat dikreditkan dalam akaun murid. Pernah bulan julai baru dikreditkan.

    ReplyDelete
  3. Haryani Ngah - Saya pun sama macam nor rahimah, duit yang dapat tu simpan untuk masa akan datang, apa apa keperluan sekarang ini saya guna duit gaji saya. Lagi satu saya dah tanya dengan cikgu anak saya boleh tak saya keluarkan semua untuk masuk ASB supaya dapat untung lebih, cikgu dia kata boleh tapi kene kepilkan sekali slip asb.


    bagaimana jika:

    1. anak istemewa itu dtg dr keluarga yg miskin susah.. pendapatan harian keluarga cuma rm40 sehari... bagaimana waris hendak menguruskan anak istemewa tersebut?
    sessi sekolah hanya 5jam sehari dan waris 24H bertanggungjawab

    saya berpendapat dalam hal tersebut wajar waris yg membuat keputusan bagi oku tersebut dan bukan pihak..elaun adalah ihsan kebajikan kerajaan kepada golongan tersebut yg telah diperuntukan.

    2. jika elaun oku tidak boleh digunakan untuk keperluannya dan hanya untuk disimpan sy berpendapat tidak perlu kerajaan menyalurkan elaun tersebut, kerana ianya dianggap hanya membazirkan wang negara

    elaun telah diperuntukan bagi bantuan meringankan urusan oku tersebut...peralatan keperluan perubatan lampin dan sebagainya... bagaimana pandangan kita kepada keluarga yg tidak mampu utk mengadakan keperluan tersebut...kita yg mampu ni patut bersyukur sb reski semua allah dah tentukan ada yang bernasib baik dan tidak

    p/s: dan disini sy mohon kita berfikir sedikit bg parent oku yg kurang bernasib baik dr kita dr segi kewangan mereka...dan apa yg mereka hadapi seharian membesarkan anak anak istemewa ini...tugas guru hanya berakhir selepas sessi persekolahan sahaja...

    ReplyDelete
  4. Ikut je la peraturan kementerian da buat..tu duit kerajaan beri bukan duit ibubapa..so ikut je la janji anak2 dpt pembelaan..ibarat bantuan jkm beri..takde plak org nk pertikaikan..

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!