Sunday, October 28, 2012

Slideshow Power Point Dalam Blog

Slideshow Power Point Dalam Blog

/* Panduan ini disunting semula pada Jan 2011 kerana beberapa perubahan dalam laman Scribd. *\

Pastikan fail slide power point telah disediakan dan disimpan dalam komputer sendiri.

Untuk memasukan slide presentation dari Microsoft Power Point dalam blog, kita kena gunakan khidmat Scribd.com.

Jika belum ada akaun dengan Scribd sila daftar akaun percuma dulu. Jika sudah ada akaun log masuk ke Scribd.com.

Klik Upload cari dan buka fail slide power point kemudian bila fail telah dibuka klik Submit:


Kemudian dalam Upload your documents klik Upload pada Select file.  Cari dapatkan dan buka file slideshow Powerpoint yang ada disimpan:


Scribd akan buka file. Masukkan maklumat yang dalam ruangan yang disediakan jangan lupa klik Save:


Bila file telah disimpan dalam Scribd klik pada nama file:


Scribd akan buka slideshow. Klik Embed dalam ruangan Share & Embed sebelah kanan bawah:


Dalam tetingkap Share this document pilih Standard HTML, pilih Sildeshow dalam ruangan View, klik Copy kod skrip yang diberi dalam rungan Standard HTML.  Bila klik Copy kod skrip yang diberi sedia dibuka dan disimpan dalam memori komputer anda, jangan copy sebarang apa yang lain sebelum kod skirp ini di paste dalam post blog:


Contoh kod skrip yang diberi:40


Kembali dan log masuk ke dalam papan pemuka Blogger. Buka pos baru atau sunting pos yang lama. Pilih Posting | New Post | Edit HTML paste masukkan kod skrip slide power point yang di salin:


Selepas PUBLISH POST slide power point akan berfungsi dalam pos blog.


contoh slide power point dalam pos blog:

Rama2 Dan Bunga


Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!