Monday, October 8, 2012

Tindakan apabila anak dikenalpasti autisma



"salam.. saya mmpunyai anak yg brumur 3 tahun yg mmpunyai ciri2 ustism, setelah dibawa ke kiwanis dan didignos memg sah dia mengalami mild autism. Minta tolong En. admin atau sesiapa berikan sy sedikit nasihat, kamana sy harus bw ank sy ini utk ke langkah yg seterusnya.. sy dengar kalu diberi terapi awal ank sy bleh mnjadi budak bijak, betuke? tolong la, sy dalam kebuntuan sekarang. sy hrpkn yg trbaik utk anak sy.. terima kasih."....Siti Rohaya Rameli


KOMEN RAKAN2 KAA

Mohd Najib Puan rohaya, boleh dapatkan rawatan terapi di sunway medical centre utk speech terapi. Puan beruntung dapat detact awal berkenaan anak puan. Bijak bagi anak bergantung kepada individu tapi apa yang boleh saya katakan anak autisme ini mempunyai photograpic memory. Langkah yang lain kalau anak puan minat gadget beli ipod utk pembelajaran mereka tetapi harus diimbangkan dgn pengaulan rakan sebaya.

Nurbaya Mohd Rosli Lokasi puan? Kalau di KL,hospital kerajaan, di hospital selayang, unit mekar

Samsul Muariff Saroni bergantung pd poket...kalau berkemampuan pergi yg prvate utk mendapat perkhidmatan yg cepat dan berkualiti....kalau poket kurang isi... pergi ke hospital kerajaan pun boleh....cuma biasalah kena beratur lama.....dapatkan khidmat ST dan sbgnya....lagi penting kita di rumah harus lakukan sesuatu utk memperbaiki kelemahan dia....jgn tinggalkan dia sorang2....kalau boleh kita sentiasa berinteraksi dgnnya walau dia nampak tak respond....tarik perhatiannya....dgrkan zikir/lagu/nasyid ikut dia minat...sbb ada anak yg mula bercakap bila dia dgr lagu2 spt anak saya.....

Wan Latifah Halim Pegi Pusat perubatan annur bangi ada pakar psikiatri kanak2..skali jumpa rm255..bnyk info dpt trutama cara uruskan anak begini..kat lajuran bangunan yg sama,ada PERFECT ENT,bleh buat speech therapy,rm100 sejam,setiap mggu..kalau berduit,boleh buat kt private,cpt dpt hasil..kt hosp kjaan lambat n kena sbr nk tggu waiting list..

Vivianty James Pg sunway medical centre.jumpa Dr. Rajini.

Wahed Wahida sy dpt tahu anak autisma masa dia 2 tahun
masa tu takde idea autisma tu apa.refer d hsptl selayang unit mekar.byk membantu.ada attent kursus dan ada prent support grup.sbb q lame sikit d hsptl sy aa buat speech terapi dan ot d private.mahal.tp still atent d mekar.df situ kita tgk cara dan discuss cane nk didik ank kita.alhmdulillah anak dah boleh ckp.tp tak fully buat ayat.skang dah pandai mengadu.tp kita kena selula cuba ckp ngn dia walau dia buat tak tahu.anak kita mmg tak kan sama ngn bdk normal.kt kenal accept tu.tp dia ada yg lebih dr bdk lain..di jg ajar kita lebih sbr dan dekat pada-NYA

Hartini Bt Husin Bagi golongan biasa.. boley jumpa doktor kanak2 kat hosp gov.. setelah diagnos.. doctor akan buat surat referal utk sesi dengan speech therapist, OT & psikiatarist.. jangan rasa down..setiap penyakit ada penawar..baeri minum air2 yasin & zam.. niat dan doa yang elok2.. dapatkan supplement utk perkembangan otak dan bagi otak fokus..parent kena bagi tumpuan 100%, kasih & sayang & kena bersabar banyak2.. i dah lalui 3 tahun yang agak stress alhamdulillah skrang anak boleh main tablet..minat nak melukis & pandai atur2 bentuk dan mainan..sometimes they can be a genius jika kita cara pengajaran..

Roslan Nordin saya setuju..jmp pakar kanak2 kat hospital..mereka akn syorkan rawatan susulan..anak bru umur 3 tahun rasanya belum terlambat..dan perlu dingat..rawatan tradisional yang terakhir..penting kt dah berusaha dan tawakal sj pd Allah SWT..

Mits Lancer pengalaman saya, kalu nak jumpa doktor pastikan kita ada sedikit maklumat pasal autisma, bg tau ciri-ciri yg ada pada anak, tujuannya supaya doktor lebih cepat sahkan, kalau tak akan ambil masa biasanya setahun utk disahkan. anak sy cuma ambil masa 3 bulan shj darimula jumpa doktor padeatrik sampai dapat kad oku, boleh email sy qalifniaga@yahoo.com kalau nak maklumat lanjut.

Azri Ita saya pun ade seorg anak autisme.............berusia 4 lbh..........tapi kini sudah berabsur pulih................boleh saya tau anda dimana siti rohaya rameli?

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!