Thursday, November 29, 2012

Punca Penyakit


Amalan Positif Mengelakkan Amalan Negatif

Penyakit berpunca daripada sikap negatif yang ada dalam diri walaupun sedikit. Merawat punca ini ialah rawatan yang terbaik dan paling berkesan di dunia untuk mengatasi segala masalah penyakit walau paling kronik sekalipun.

Penyakit Genetik

Bayi yang lahir dengan pembawakan genetik, akan turut membawa kesan, potensi atau mengidap penyakit itu sendiri. Ibu bapa yang mengalami sesuatu masalah berkaitan dengan sistem penghadaman misalnya akan menyebabkan anak mudah mendapat jaundis (demam kuning).

Anak yang selalu meragam biasanya mengalami sesuatu masalah kesihatan yang perlu diberi pertahatian.

Sesuatu yang ditanggung oleh seseorang adalah sebahagian daripada diri orang yang menanggung itu sendiri. Penyakit yang berpunca daripada genetik adalah masalah yang perlu ditanggung oleh ibu bapa sepanjang tempoh anak membesar dan boleh menanggung diri sendiri.

Kepada semua manusia, secara semulajadi (tanpa sifat hening, ikhlas, sabar, redho) penyakit dipengarui oleh sikap dan pemikiran seseorang. Ia adalah berkeadaan saling seimbang, oleh itu organ yang sakit atau lemah atau bermasalah boleh mempengaruhi sikap seseorang. Pada peringkat kanak-kanak, kesan daripada penyakit anak boleh memberi kesan terhadap tingkah laku anak seperti nakal, hiperaktif, disleksia, ADHD, suka menipu, suka mencuri dan sebagainya. Disebabkan "falsafah punca penyakit ialah runtuhnya akhlak", maka penyakit yang dialami tanggungan ini boleh jadi adalah berupa "kifarah" atau penghapus dosa ibu bapa.

Ruang dan masa amalan

Setiap kejadian dalam alam ini adalah secara berpasang-pasangan. Perkara yang baik dan tidak baik tidak dapat berlaku seiringan sebaliknya berlaku berlawanan pada masa yang berlainan. Dalam sesuatu perbuatan (pemikiran dan tingkah laku), sekiranya dilakukan perkara yang baik maka perkara yang tidak baik tidak dilakukan serentak.

Mereka yang melakukan kebaikan, tidak boleh melakukan kejahatan dalam masa yang sama.

Thaghut

Sesuatu yang membawa kepada kesan negatif sama ada sengaja atau tidak disedari yang boleh menyebabkan kesan negatif terhadap pemikiran dan tingkah laku sehingga mempengaruhi kesihatan tubuh (melalui tenaga pada sel) lebih tepat disebut dengan satu istilah arab yang digelar "Thaghut" (tho, ghoin, wau, ta).

Thaghut adalah bertentangan dengan amal ibadah kepada Allah. Semakin banyak amal ibadah, maka semakin banyak toghout dapat dihindari.

Sesuatu yang thaghut adalah sesuatu yang tetap memudaratkan tubuh secara halus sedikit demi sedikit atau secara langsung. Ia boleh jadi secara ideologi pemikiran, emosi atau perasaan, perbuatan atau semangat seseorang.

Syukur, sabar, ikhlas, redho.

Maha Pencipta ialah kuasa yang terulung. Keupayaan untuk mengingatinya akan menghampirkan diri kepadaNya. Mereka yang hampir kepdanya ialah mereka yang segala amal perbuatan dan pemikirannya baik. Semakin kita dapat meningkatkan amal ibadah, semakin dekat diri kita kepada Allah.

Sel yang bertenaga dan menjalankan fungsinya dengan normal ialah sel yang mempunyai sifat syukur, sabar, ikhlas dan redho. Kesihatan yang optimum datang daripada sel yang mempunyai sifat ini. Sifat ini hanya mudah dicapai apabila kita dapat meningkatkan amal ibadah.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!