Wednesday, November 7, 2012

Berita GEMBIRA buat Faqihah

Semalam isteri pak yoep memaklumkan bahawa Brighter Future akan mengwujudkan Kelas Tuisyen bagi anak2 istimewa termasuk autisma mulai 2013. Kelas Tuisyen amat perlu terutama murid2 khas yang akan menduduki peperiksaan awam samada UPSR, PMR dan SPM.

Kewujudan Kelas Tuisyen ini akan memberi kemudahan kepada Faqihah untuk menerima latihan tambahan sebagai persiapan untuk terus maju dalam akademik. Sebelum ini, pihak sekolah ada melaksanakan kelas tambahan tapi telah diberhentikan sejak Jun 2011. Mungkin guru2nya sibuk walaupun pada peringkat awal mereka menyatakan akan meneruskan kelas tambahan yang tertangguh tersebut. Sehingga kini, kelas tambahan tersebut masih tidak  dilaksanakan.

Kelas Tuisyen untuk anak2 istimewa sukar... boleh dikatakan tiada didapati di sekitar Ipoh. Ada perancangan untuk diwujudkan sebelum ini oleh pihak2 tertentu. Tapi tiada perkhabaran sehingga kini.

Dalam perancangan jangka panjang, pak yoep turut berhajat untuk mewujudkan Pusat Pendidikan Anak2 Istimewa yang memberi perkhidmatan Tuisyen, Home Tuition, Taska, Tadika dan Kelas2 Agama. Cuma masa sahaja yang menentukan. Buat masa ini tiada berkesempatan kerana komitmen dengan kerjaya dan keluarga.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!