Thursday, November 22, 2012

Kak Long Temuduga MRSM


Alhamdulillah...,
Kak Long telah dipanggil untuk sesi  ujian dan temuduga di MRSM Kota Putra, Besut Terengganu pada 10 Dis 2012 jam 10.15 pagi. Mohon sahabat2 pengunjung laman pak yoep ini turut mendoakan agar Kak Long berjaya dalam ujian dan temuduga seterusnya diterima menjadi warga sekolah tersebut. Iringan doa pak yoep dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diantara ujian yang akan diadakan ialah:
1. Ujian Sikap
2. Ujian Matematik
3. Ujian Sains
4. Ujian Hafazan (Program Ulul Albab)
5. Ujian Comprehension (program IGCSE)

Maklumat berkaitan dengan MRSM Kota Putra seperti dibawah.




MRSM KOTA PUTRA

Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra mula beroperasi pada 1 Januari 1998. Keluasannya adalah 262,813 meter persegi, kedudukannya yang menarik di pinggir laut China Selatan dan dalam kawasan yang nyaman dan kondusif. Pengetua dan kakitangan bukan akademik telah melapor diri di Institut Kemahiran MARA Besut pada 1 November 1997.

Kakitangan akademik telah melapor diri pada 1 Januari 1998 dan pengambilan pelajar pertama terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 5 pada 16 Februari 1998. Manakala pengambilan pelajar tingkatan 1 bermula pada tahun 2003.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN MARA


Melalui Sektor Pendidikan, MARA akan melahirkan tenaga kerja Bumiputra yang berdaya

saing, Yang berketerampilan dan mempunyai pegangan nilai sejagat dan agama yang kukuh,
mempunyai kemahiran taknikal, mempunyai orientasi keusahawanan serta berkeupayaan memberi sumbangan kreatif disamping mampu menghasilkan sumbangan nilai yang tinggi untuk menyokong kegiatan usaha niaga konvensional juga dalam bidang-bidang bakal muncul k-
ekonomi.



FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM



Sistem Pendidikan MRSM adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk


mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat ,Negara dan Tuhan. Kami juga yakin
bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha- usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar itu unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.


Objektif Umum MRSM


MRSM dijadikan sebagai tapak semaian untuk:


1. Melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, kompetitif, inovatif, kreatif dan mampu

bersaing diperingkat global.

2. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sahsiah dan meiliki ciri-ciri Ulul-Albab.

3. Melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan diri (daya tahan, daya saing, daya juang), ciri-
ciri kepimpinan dan asas keusahawanan

 Objektif Operasi MRSM

Konsep Sistem Pendidikan MRSM dapat dicapai melalui objektif operasi berikut:


1. Melaksanakan kurikulum berlandaskan prinsip-prinsip pendidikan pintar-cerdas (gifted

Education) dan pendekatan pembelajaran melalui penemuan dan penyelidikan (learning
by discovery) dan pembelajaran pecutan (accelerated learning) yang berpusatkan pelajar.

2. Melaksanakan perkongsian pintar secara berterusan dengan institusi pendidikan tinggi swasta

dan syarikat tempatan dalam dan luar Negara.

3. Melaksanakan kurikulum kreativiti dan menerapkan elemen ini secara langsung dalam

pengajaran dan pembelajaran.

4. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran berfokuskan pelajar yang menyeronokan

bagi memantapkan pembelajaran.

5. Melaksanakan Kursus Kemahiran Berfikir sebagai satu subjek wajib dengan menerapkan

elemen berfikir dan penyoalan Socrates dalam semua subjek.

6. Memberi kebebasan dan rasa tanggungjawab pelajar dalam memikul tugas dengan

membenarkan mereka menggunakan netbook dan telepon bimbit dengan berkesan.

7. Memberi ruang dan peluang kepada pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dari

segi akademik mengambil peperiksaan IGCSE ( International General Certificate of Secondary
Education) supaya mereka dapat mengikuti program di universiti-universiti terkemuka diluar
negara lebih Awal (Ivy League).

8. Menawarkan kursus komputer berteraskan kurikulum UK / NCC Education kepada pelajar-

pelajar supaya mereka mendapat pengetahuan dan kemahiran komputer terkini bagi
melengkapkan diri untuk bersaing diperingkat global.

9. Mewujudkan persekitaran dan suasana berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar supaya

mereka mampu menguasai bahasa tersebut dengan baik.

10. Mewujudkan persekitaran dan iklim pembelajaran yang selamat, bersih, ceria dan kondusif

untuk Pengajaran dan pembelajaran.

11. Membangunkan daya intelek, kreativiti, inovasi, emosi, rohani dan jasmani pelajar.


12. Memperlengkapkan pelajar dan guru dengan kemahiran belajar (study skill), kemahiran

Insaniah (soft skill) dan nilai-nilai teras MRSM (Saintifik, independen, kreatif, amanah dan
patriotik) secara terancang, berterusan dan bersepadu.

13. Membantu pelajar mengembangkan bakat dan potensi mereka sehingga ketahap yang

Maksimum

14. Melaksanakan program-program pembudayaan keusahawanan untuk pelajar secara

terancang dan berterusan.

15. Menyediakan prasarana dan kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.



BANGUNAN MRSM KOTA PUTRA 2011






1 comment:

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!