Thursday, November 29, 2012

Apakah ULUL ALBAB?



Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji  sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspekitf yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks ini mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam, mereka mengingati Allah sambil berdiri ataupun baring.

“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini engan sia-sia, maha suci engakau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah ali-’Imran:190-191)

Justeru, ayat 190 dalam surah ali-’Imran berhubung ulul albab merangsang umat islam supaya menjadi saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula Quran adalah saintis  yang mengingati Allahdi mana sahaja dia berada. Bukan Saintis yang ateis.

Quran menuntut umat Islam yang memiliki minda yang saintifik.  Minda yang saintifik pula ialah minda yang kuat berfikir dengan betul, bersifat kritikal, mampu menganalisa data dan fakta, serta mampu mampu membuat andaian dan  konklusi kepada apa yang dicerap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan dan dalil. Dalam surah al-Israk ayat 36 Allah  menyatakan,”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai  pengetahuan mengenainya.”
“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang menyakinkan dan janganlah mengikut sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya.”-Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran.


Pada hari ini saintis yang bertakwa kepada Allah dikategorikan sebagai ulul albab
-Dr Danial Zainal Abidin

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!