Thursday, November 29, 2012

Program Ulul Albab MRSM Kota Putra


Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.

Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu:


QURANIK

 
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar.


Dilakukan bermula dari jam 7.40 -9.00 pagi dan 2.00-2.40 petang secara formalnya dan antara waktu maghrib hingga isyak untuk kelas tambahan.

Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan 1- 3).


Semua pelajar diberi tempoh selama 3 tahun untuk khatam hafazan 30 juzu’. Pecahan ayat/surah hafazan adalah seperti berikut :


Semester Bil Juzuk Juzuk Surah Hafazan
1(Ting. 1) 4 surah pilihan+ 5 juzuk 1 – 5 Surah As-SajadahSurah YaasinSurah Ad-Dukhan Surah Al-Mulk
+
Surah Al-Baqarah
Sehingga
Surah An-Nisa’ ayat 147
2(Ting. 1) 6 juzuk 6 – 11 Surah An-Nisa’ ayat 148SehinggaSurah Yunus
3(Ting. 2) 6 juzuk 12 – 17 Surah HudSehinggaSurah Al-Hajj
4(Ting. 2) 6 juzuk 18 – 23 Surah Al-MukminunSehinggaSurah Al-Zumar ayat 31
5(Ting. 3) 6 juzuk 24 – 29 Surah Al-Zumar ayat 32Sehingga Surah Al-Mursalat
6(Ting. 3)  1 juzuk 30 Juzu’ ‘AmmaI’adah Tasmi’ 

 

ENSIKLOPEDIK
 
Berpengetahuandan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.


Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan.


Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.



IJTIHADIK

 
Berkeupayaan memberikan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.


Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.


Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!