Tuesday, November 20, 2012

Ibu yang bersalah (autisma)


Adakah saya terlambat bila baru kini saya sedar yg anak lelaki saya ada ciri2 autisme.Kini usia anak kedua saya 12 tahun.UPSR mmg D saja.Saya dalam dilemma nak hantar anak ke sekolah menengah biasa atau sebaliknya tahun depan.Hampir 2 bulan saya cari maklumat tentang autisme dan akhirnya saya temui fb KAA.Akademik adalah sgt teruk tp dia sgt kreatif melukis,membuat kostum badut , kartun dan pandai bermain gitar,kompang dan drum dgn sendiri .Boleh memasak yg simple2.Di sekolah kerap didenda dan terlalu mudah menangis.Sejak darjah 1 mmg selalu jadi mangsa buli dan ejekan rakan.Dah 3 sekolah saya tukarkan dia.Adakalanya jadi panas baran..memberontak dgn senyap dgn menggengam jari. Perlukan bantuan rakan2 disini apa patut saya buat.Kini saya rasakan saya seorg ibu yg bersalah.....” drp Ina Zamri


KOMEN RAKAN2 KAA



Daliah Abadi Saya mengajar di kelas P. Khas bermasalah pembelajaran di JB. Saya rasa puan masih belum terlambat....baik puan masukkan anak puan di kelas P. Khas. Puan tinggal di mana?

Serianti Ishari Saya juga perlukan pandangan sahabat KAA,masalah sya seperti pn ina zamri, juga dlm dilema

Nor Khairina Mohamad Ali Rezeki anak spt ini ada di mana2.. Kitalah yang mencorakkan mereka....kita usaha bg jalan.. Namun perancangan tuhan jua yang terbaik.. Pesanan utk diri sendiri..(jgn give up yer.. Selagi kita masih bernafas.. Berilah anak ini yang terbaik mungkin yang boleh dicapai dalam hidupnya..)- sekali lagi pesanan untuk diri ini agar tidak leka memberikan yang terbaik..yang termampu..selagi ibu dan ayah masih hidup..

Ezah Chai Suhaimi salam...puan kena masukkan anak puan ke kelas pendidikan khas..d tmpt saya tinggal memang ada sekolah yg mempunyai kelas pendidikan khas. Saya juga agak terlambat ketika d usia mrk 6tahun baru saya dapat kesan bhw anak kembar saya mempunyai ciri2 autisme. skrg anak kembar saya berusia 11thn. mrk berada d kelas P.khas.

Hayati Jafar Iddin didiagnose selepas tamat Darjah 6, minggu akhir Disember 2006. In Shaa Allah - better late than never. Cari maklumat & ambil tindakan - bak kata Dr Hasnah Toran, Ibubapa Perkasa, Anak Sejahtera. 

Diharap pengunjung2 laman ini SUDI  memberi pandangan bagi membantu ibu berkenaan.

    No comments:

    Post a Comment

    Tempah IKLAN anda di sini

    IKLAN
    IKLAN
    IKLAN
    IKLAN
    Advertise Now!