Sunday, November 18, 2012

Tamat tugasan di Terengganu

Lama rasanya... selama empat hari tidak menulis dalam laman ini.

Tugasan di Terengganu tamat pada 17 jam 6 ptg dlm acara Pertandingan Boling Orang Kerdil kebangsaan 2012 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Terengganu dgn kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Terengganu.

Bergerak ke Terengganu pada jam 9 pagi. Sepatutnya 2 orang wakil daripada Perak tetapi tedapat masalah 'Teknikal'. Seorang wakil drp UITM Seri Iskandar, Shukri, tidak dapat hadir kerana salah-faham waktu bergerak ke Tereangganu. Dia ingat pergi 16 Nov 2012. kami ambil keputusan pergi tanpa dengan kehadirannya dengan persetujuan pegawai JBS.

Bergerak melalui  Cameron Highland..Gua Musang. Jalan Baru. Perjalanan yang sungguh mencabar dengan keadaan jalan yang amat tidak elok untuk dilalui oleh kenderaan ringan. Pemandu ambil keputusan melalui jalan ini kerana rakan2nya mencadangkan jalan tersebut. Sakit seluruh badan...


Sampai jam 5 ptg. Disambut oleh pegawai JBS. Kami menginab di TER. Keadaan bilik amat selesa. Berehat seketika untuk sesi taklimat jam 7.30 mlm.

Rasa semacam bila dikelilingi oleh orang2 kerdil semasa waktu makan malam dam sesi taklimat. Buat pertma kali terlibat dengan aktiviti2 orang kerdil. Kagum dengan komitmen mereka sepanjang aktiviti dilaksanakan. Hubungan antara kami amat mesra sekali. Dapat berbual2 dengan pengerusi persatuan orang kerdil Malaysia, En Jasmie.. Mereka mencadangkan agar pelajar pak yoep, Magendran. didaftarkan dengan persatuan.

Tiada aktiviti sebelah malam selain taklimat. Berehat sambil membaca buku.

16 Nov 2012, Tiada aktiviti di mana pertandingan melibatkan orang kerdil perempuan sahaja. Selepas Solat Jumaat, pertandingan kategori lelaki dilakukan. Prestasi Magendran amat mengecewakan... Sebanyak 5 pusingan dilakukan. Magendran kelihatan keletihan. Tamat pertandingan jam 5.30 ptg diikuti upacara penyampaian hadiah dan jamuan.

Bertolak ke Ipoh jam 9.00 mlm menaiki bas express sahaja sebab pemandu tidak dapat balik Ipoh pada 16 Nov 2012. Berkesempatan membeli keropok dan keropok likur sebagai buah tangan. Sampai Ipoh jam 7 pagi disambut oleh isteri pak yoep.

7.45 pagi bergegas ke Taman Meru Ipoh untuk mengikuti seminar Bijak Sifir.

Letihnya....



No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!