Friday, November 2, 2012

Telefon Bimbit | Punca Barah Otak?


LONDON: Kajian terhadap penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun menunjukkan bukti ada pertalian di antara alat itu dengan kanser otak.

Menurut penyelidikan firma Interphone, penggunaan telefon bimbit sekurang-kurangnya 30 minit sehari meningkatkan risiko seseorang mendapat ketumbuhan sehingga lebih daripada satu pertiga.

Kajian itu dijalankan dengan mengambil data dari 13 negara dan mendapat pembiayaan daripada syarikat pengeluar telefon bimbit.

Sejak lama dulu, orang ramai memang percaya radiasi daripada telefon bimbit dan menara pemancar membahayakan kesihatan pengguna.

Walaupun begitu, kajian itu – berdasarkan temubual dengan lebih 5,000 mangsa kanser otak – menunjukkan hanya ‘pengguna tegar’ berdepan dengan ancaman kesihatan.

Ia termasuklah seseorang yang bercakap menggunakan telefon bimbit lebih daripada setengah jam sehari.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!