Monday, November 12, 2012

Tenpin Boling OKU


PERTANDINGAN TENPIN BOWLING ORANG KERDIL PERINGKAT KEBANGSAAN TERENGGANU 2012 

 
Anjuran: Jab. Belia & Sukan Negeri Terengganu
Tarikh: 15 & 16 Nov  2012 Tempat : Terengganu Equerstrian Resort
Kuala Ibai , Terengganu, Darul Iman


Anak murid Pak Yoep akan menyertai pertandingan tersebut mewakili Perak pada tarikh yang dinyatakan. Pak  yoep akan menyertai murid tersebut sebagai Guru Pengiring/Jurulatih.

Jumaat (9/11/12) lepas pak yoep telah menghubungi ibubapa murid berkenaan. Daripada suara yang kedengaran, ibunya amat gembira sekali untuk membenarkan penyertaan anaknya.

Petang (12/11/12) tadi berjumpa keluarga murid tersebut di rumahnya untuk memberikan surat dan borang kebenaran. Kehadiran pak yoep disambut dengan gembira. 

Rabu (14/11/12) nanti akan membawa murid tersebut ke Ampang Bowl Ipoh Parade untuk latihan intensif sebelum pergi pada hari Khamis (15/11/12 jam 9 pg). Walaupun hari ke-2 Depavali, murid berkenaan sanggup untuk menjalani latihan. Kekangan masa untuk latihan kerana sambutan Hari Depavali  kerana murid terlibat ialah India, Magendran a/l Sivakumar. Pengesahan penyertaan dimaklumkan pada Isnin (12/11/12) jam 4.30 ptg. 

Sama2 kita doakan agar  murid berkenaan berjaya dalam pertandingan tersebut walaupun kurang latihan. Dimaklumkan bahawa semua anak murid pak yoep setiap bulan mengikuti latihan boling. Diharap latihan2 yang telah dilaksanakan sebelum ini akan dapat membantunya.


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!