Wednesday, December 19, 2012

30,474 calon PMR lulus semua A


AHLI perniagaan, Datuk Dr Zulkepli Mohamad, bersama tiga dari empat isterinya dan empat anaknya yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR (dari kiri) Juliana Azieera, 8A, Rafizah Senawi, Zul Azrul, 8A, Hasnah Mat Ya, Zul Azril, 7A, Noreeha Abdul Rahman dan Ayu Syaheera, 8A di Kubang Kerian semalam. 
 
AHLI perniagaan, Datuk Dr Zulkepli Mohamad, bersama tiga dari empat isterinya dan empat anaknya yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR (dari kiri) Juliana Azieera, 8A, Rafizah Senawi, Zul Azrul, 8A, Hasnah Mat Ya, Zul Azril, 7A, Noreeha Abdul Rahman dan Ayu Syaheera, 8A di Kubang Kerian semalam.
 
Putrajaya: Seramai 30,474 atau 6.92 peratus daripada 481,424 calon yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A bagi semua mata pelajaran. Ia bagaimanapun mencatatkan penurunan 3,797 calon atau 0.85 peratus berbanding 34,271 calon pada 2011.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, berkata bilangan calon yang mendapat E dalam semua mata pelajaran turut berkurangan daripada 346 calon (0.08 peratus) pada 2011 kepada 241 (0.05 peratus) tahun ini.
Katanya, berdasarkan indeks Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Kesenian, Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi menunjukkan peningkatan.


Sebanyak 10 subjek lain, termasuk Bahasa Inggeris (BI), Pendidikan Islam, Sains dan Matematik mencatatkan penurunan.

“Kita belum boleh bagi tahu (punca penurunan), kita kena lihat secara terperinci dengan melakukan kajian membabitkan semua calon dan subjek berkenaan.

“Penurunan prestasi dalam mata pelajaran BI memang dijangka sebab tahun lalu kita mula perkenalkan teks baru komponen Sastera Bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media mengumumkan analisis keputusan PMR di Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

Amin berkata, keputusan PMR kali ini diumum berdasarkan empat perkara, iaitu pencapaian calon secara keseluruhan, calon bandar berbanding luar bandar, calon keperluan khas dan prestasi setiap mata pelajaran.
Katanya, secara keseluruhan, pencapaian calon dalam 17 mata pelajaran tahun ini stabil dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN) kekal pada 2.71 mata seperti tahun lalu.

Sementara itu, pencapaian calon bandar lebih baik berbanding calon luar bandar, namun jurangnya berjaya dirapatkan sebanyak 0.03 mata GPN iaitu daripada 0.29 mata kepada 0.26 mata.

“Bagi calon keperluan khas pula, pencapaian mereka meningkat 0.03 mata GPN, iaitu daripada GPN 4.10 mata tahun lalu kepada 4.07 mata tahun ini.

Tahun ini, ada 14 calon keperluan khas mendapat keputusan cemerlang (semua A) iaitu pertambahan dua calon. Malah, keputusan tahun ini juga menunjukkan bilangan calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran berkurangan 1.14 peratus,” katanya.

Dari segi mata pelajaran, prestasi Bahasa Melayu meningkat 0.04 mata, di mana calon mendapat keputusan cemerlang (Gred A) meningkat 1.2 peratus daripada 26.3 peratus (2011) kepada 27.5 peratus tahun ini.

Bagaimanapun, prestasi BI turun 0.12 mata daripada 3.11 mata tahun lalu kepada 3.23 mata tahun ini.

“Peratusan calon yang mendapat gred cemerlang dalam BI juga berkurangan 1.6 peratus daripada 18.4 peratus (2011) kepada 16.8 peratus tahun ini.

“Bagi mata pelajaran Sains, prestasinya menurun 0.01 mata daripada 2.77 mata tahun lalu kepada 2.78 mata tahun ini dengan peratusan calon mendapat A juga turun 1.4 peratus daripada 30.2 peratus tahun lalu kepada 28.8 peratus tahun ini,” katanya. 
 
Sumber: Bharian

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!