Tuesday, December 18, 2012

Anak dikenalpasti autisma?

 
Salam admin..i need ur help!pliss..sy br dpt thu ank slung sy 2th11bln adalah kanak2 autisme..cri2 autisme ade pd nye..ank xde lh hiperactive..aktif skit2 je..sy pn br join dis club mmandangkan sy perlu dptkn seberapa byk info ttg ank autisme ni..mcmne nk train anak yg mcm ni u ols?ape supplement n toy yg blh mmberangsangkn die utk elak dr penyakit ni?utk pengetahuan, ank sy msh blm blh bckap n tdk dpt trima arahan dr kita.., arahan yg slalu kita bg, sng la die ingt..sy plk dk jauh dr suami..semangat dh hlg dh skit bile berjauhan ni..admin..tlg sy tye rkn2 KAA yer..sharing is caring..
 
Komen Rakan KAA (Maaf, tak sempat nak audit)
 
Nor Atiqah Muhammad Selalu lah bercakap dan bermain bersama nya. Dan pastikn bila anda bercakap,dia melihat ke arah pergerakan bibir anda. Elakkan dia untuk bermain sendirian. Galakan untuk bersama rakanrakan kecil yang lain .
Nurulaida Harun buat speech theraphy kat hospital... atau refer ke NASOM...
Wahed Wahida mulakan dgn hantar nurseri bg dia mula bgaul..biar dia biasa n carikan speech terapi utk dia..be strong k..
Wahida Abdullah Sani Langkah awal ialah bwk anak brjumpa doktor pakar..itu yg pling pnting
Nor Atiqah Muhammad Kalau ada masa lapang lagi, bawa anak ke Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas di Putrajaya. Lgpun tidak berbayar. Mungkin anda akan dapat byk idea di sana. Kalau jauh dgn Putrajaya, ada pusat perkhidmtn lain yg lbih bhampiran.
Zaidi Othman Parents kena redha dan terima anak yg begitu seadanya. Jangan ada rasa kecewa. Bersabar byk2 dgn perangainya di rumah. Anak sulung saya pun mcm tu, dah umur 3 tahun baru dapat kesan masalah ni. Jangan biarkan dia sendirian.
Aawati Wati Hj Othman sabar n tabahkan hati mu....sya pun gtu gak anak bongsu sya mula berckp umur 3 thn lebih....sekarang sya bwa dia selalu kuar rumah jumpa kawanx bg dia berinteraksi ngan kwnx...jgn biarkan dia berseorangan...
Intan Sulaiman Langkah pertama rujuk hospital besar klu area kl nh hkl 3bln br dpt 1st appointment utk assesment,hukm 6bln utk tunggu assesment hospital ampang lg cpt. Ddulu sy igt rujuk2 nh xpenting terus bwk gi hospital bsr utk buat occupational therapy dan speech therapy sj, rupanya bila nk hantar masuk nasom sangkut sbb diaorg nk kad oku, nk process buat kad perlu sign doktor pakar di hospital bsr gomen, terpaksa la tunggu 6bln kat hukm utk proceed jumpa Dr. tu. Jgn bimbang soal jarak jauh tu, sy husband di bintulu, sarawak sy di kl, mmula mmg perit tp lama2 dan get used ble managed sendiri Alhamdulillah.
Zura Tika Sy
Suhaila Kassim nor atiqah,pusat pendidikan khas di putrajaya tu,dimana presint brape?tk.
Haslinda Daud Assallamualaikum, susu apakah anak anda minum. Pernah dengar SUSU ILHAM yang dilengkapi dengan bacaan 30 juzuk al-quran. Mengandungi makanan sunah Rasulullah S.A.W iaitu Badam+Kurma+Kismis. Cari di internat boleh ataupun di pasaraya Islam(ada logo PPIM). Berikan pada anak anda seperti susu biasa dan layan anak anda seperti anak normal. Penting bagi kanak2 ini adalah doa ibubapa dan kesabaran. Insyallah. Doakan yang terbaik untuknya. Sbb pertumbuhan otak kanak-kanak dari 1 bulan hingga 7 tahun masih belum lagi lengkap begitu juga dengan tumbesarannya. Mulaikan dari sekarang. Jangan hanya beri makan jasad sahaja pada diri kita dan anak2. Tapi rohnya KOSONG...KOSONG....KOSONG.
Noor Azlina Rujuk dgn doc, dptkan speech terapi, kalau dia x fokus buat occupational terapi
Mohd Ismail Ab Rahman Nury Institute Bukit Antarabangsa....anda suami isteri akan dibekalkan info dan teknik yang sangat berguna....
Nikki Mahmod Blh juga rujuk pd psychiatrist at private hospital. Nnt the psychiatrist will refer to the clinical psychologist for the few assessments. Once done, kalau dah confirm semua sama ada mild autism ke, moderate ke, they will issue the report and the psychiatrist sendiri akan fill up the OKU form. Nnt once the form completed, terus bwk submit to JKM berdekatan. My son dpt his OKU card dlm masa sebulan selepas submit form. Saya syak anak saya autistic masa bln October 2011, jumpa doctor, buat assessment and dpt report dlm akhir bulan December 2011. Awal January 2012 applied for OkU card awal February 2012 dapat card.
Mits Lancer cari sebanyak mungkin maklumat tentang autisme, kemudian perhati tingkahlaku anak, ini penting supaya doktor dapat maklumat yang tepat. dapatkan pemerhatian dari mana mana doktor padeatrik dari hospital kerajaan untuk buat pemeriksaan tekak, telinga dll, pastu mintak rujuk kat kat pakar, sy cadangkan ke Child Development Centre kat HUKM, dapat surat pengesahan dari doktor kat cdc, buat kat OKU kat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ikuti program awal yang disediakan. ikut terapi cara kerja dan terapi pertuturan. Alhamdulillah saya dapat uruskan anak saya dari jumpa doktor diklinik desa hingga dapat kat OKU dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Azie Adie NASOM tu ape? kt ptrajaya presint bpe? susu Ilham xpnh dgr plk..d problem is..my hero xmnum susu ape2..minum i milo kotak je hari2 5-6 kotak.. pliss..sy dh rujuk specialist n dh buat jnji temu pertama dlm sesi cara kerja..
Fadzilah Jamil Nor Atiqah, Pusat Pend Khas Putrajaya kt mana? yg saya tau sek pend khas ada di pre 8, 9, 16 pre 11 sek men aje. NASOM takde di putrajaya. speech n occupational theraphy ada di hosp Putrajaya
June Attire salam..sama sperti anak saya..now dia dah nk masuk pra sekolah next week..blum pndai cakap ayat penuh lagi ..dah rujuk juga pakar hkl..now berikhtiar rawatan kat pusat rawatan alhidayah setiawangsa(tn hj lokman punya bp mentua ashraf muslim)...perawat tu kata..anak yg mild autism ni byk guna otak kanan even dia tidur pun telinga dia boleh deangar..mmg betul dia kata..sbb anak saya begitu..dia cadangkan byk ajar math..kira kira yg ringan hari hari..bagi dia balance kan fungsi otak kiri ..coz mereka ini byk lebihkan guna otak kanan& tiap tiap mlm masa anak tidur ..cakap baik baik tentang anak kata anak boleh cakap..anak baik ..anak soleh.. kerana ank autism ni x suka org ckp bahasa x elok..sbb tu allah x bagi mereka brcakap lg...subhanallah.. & perawat tu ada bg 2 surah utk ibubapa amal selps solat..semoga membantu
Al Kerrango Wasalam, anak saya juga disahkan autisme seawal dua tahun setengah. Kami terus mendaftarkan anak kami ke NASOM untuk program intervensi awal di sekolah Nasom Jalan Pahang (Titiwangsa).Selepas itu kami beri perhatian awal & penuh kpd anak kami.Saya berhenti kerja. Bekerja sendiri memberi lebih masa untuk anak kami. Anak saya juga tidak pandai bercakap hingga kini.Tapi dia ada kemahuan dan kehendak yg disampaikan dgn cara menarik tangan sesiapa yg ada dekat dgn nya.Awal dulu ramai yg digigit krn tdk faham itulah cara beliau berkomunikasi. Jika ditarik tangan masih tak buat apa-apa, adalah yg digigit tangan nanti.Kemudiannya pd usia tiga tahun barulah NASOM ada kekosongan itu pun cuma pd setiap pagi Jumaat sahaja. Selepas 2 tahun program pagi Jumaat barulah anak kami layak masuk ke kelas harian apabila trdpt kekosongan. Banyak perubahan pd anak kami walau blm pandai bercakap.Baru2 ini kami rawat anak kami dgn cara akupuntur oleh Doktor from China.Alhamdulillah banyak kemajuan.
Siti Masitah ok tak rawatan akupuntur tu...perubahan yg mcmana yer...nk cuba utk ank sy
Mohd Najib June Attire, boleh share 2 surah tu? thanks
Anggun Lavender a'a boleh share x surah2 tu..
Rozita Mohd Zaki Autisma bukanlah penyakit....kesedaran ni penting pd ibubapa ..utk membantu ank autis ni...jgn putus asa n tktkan pengetahuan diri.....byk useful info di blog admin....
Syahrul Nizar Abdullah kuatkan semangat... jangan putus asa.. NASOM dan pendidikan khas serta kumpulan sokongan ibu bapa banyak membantu... dan selalu bawak anak2 istimewa ni keluar outing seperti tempat2 yang ada public.. agar mereka dapat menerima suasana hidup kat luar...saya ada dua anak autisme...
Cik Hani Suke Dia masih sempat untuk early intervention.. banyak jugak centre based and home based therapy and intervention kat Malaysia cume susah nak track sebab tak banyak yang dapat advertise. Biasanya kita tau dari mulut ke mulut je..huhu~ be strong!
Hamidah Princess 'oyed macamane plak di JB kat mane boleh rujuk ssb di Johor kurang pusat2 mcm nie
Ariati Atie Welcome 2ur club.....SBR diatas dugaan yg Allah berikn ......sbnrnya sngt beruntung dpt mengesan autime Dr awl2 lg....saya dulu dh lbt dpt tau umur dh 5 thun masa2....tp skarang dia dh berumur 10thun....
dh berskolh dia skolah pendidikn khas SBB slow l
earner....dh panda I Baca,tulis,kira,dh pandai bergaul & dh panda I berdikari.....so jgn give-up tuk berikn yg terbaik tuk mereka......sebenarnya xde suplemnt terbaik tuk mereka kecuali DOA seorng IBU& bapa...
Salwani Radzi hi..saya salah seorang interventionist di WQ Park: Health and Rehabilitation Centre, Kelana Jaya..kami ada speech and occupational therapy jugak..early intervention for kanak-kanak autism pun ada...maybe boleh try ke sana...and saya pun buat kerja freelance one to one session (home tuition) every weekend for autism..and playgroup for special needs di TTDI every saturday..maybe saya boleh tolong..just PM saya..thanks..

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!