Saturday, December 22, 2012

Anak-anak autisma bukan golongan berisiko atau bodoh

Autisme ialah gangguan perkembangan otak yang dicirikan sebagai masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi, bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang.
 
Anak yang menghidap autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak lembab atau lembam, bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri sendiri, tidak faham bahasa dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.

Pendapat pakar Psikologi,

“Kanak-kanak autistik bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak penghidap autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal."

“Bagaimanapun, melalui pendidikan betul, individu autistik boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya, faktor kurang pengetahuan ibu bapa mengenai kecelaruan spektrum autistik (autistic spectrum disorder - ASD) ini menyebabkan ramai kanak-kanak ini membesar di bawah paras kemampuan,” katanya (Pakar psikologi, Rica Frances Talon).

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!