Tuesday, January 1, 2013

Gejala Autisma Terkini Faqihah



Sehingga kini ciri2 autisma yang dihadapi Faqihah semakin berkurangan hasil drp didikan dan rawatan yang telah kami berikan. Antara gejala autisme yang dihadapi oleh Faqihah drp yang tersenarai ialah:

1. Tidak suka bergaul (PULIH) 
2. Tidak peka kepada kesakitan (PULIH)
3. Tidak suka dipeluk (PULIH) 
4. Berkomunikasi menggunakan gerak syarat atau tangan (PULIH)
5.  Lewat bertutur (PULIH) 
6. Terlalu aktif atau pasif (BERKURANGAN) 
7. Tidak bertentang mata bila berkomunikasi (PULIH)
8. Bercakap dalam nada pelik (seperti menyanyi atau bercakap macam robot) (PULIH)
9. Sukar memulakan percakapan (kalau berbual hanya satu pihak iaitu hanya mereka yang bercakap) (PULIH)
10. Mungkin mengulang perkataan sama tetapi tidak faham maksudnya (PULIH)
11. Sangat sensitif kepada rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan (MASIH ADA) 
12. Mudah berubah mood (MASIH ADA)
13. Suka mengasingkan diri, mengamuk, menjerit, marah-marah dan agresif (BERKURANGAN)

Masih terdapat EMPAT ciri2 yang masih belum dapat pulih sepenuhnya. Ciri2 yang masih wujud menyebabkan Faqihah tidak sesuai ditempatkan di aliran perdana sebagaimana dirancang bermula pada tahun 2012 oleh pihak sekolah.

Usaha masih dilakukan untuk tujuan tersebut. Insya-Allah akan berusaha agar Faqihah menduduki UPSR pada tahun 2015.

2 comments:

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!