Thursday, December 27, 2012

Kayuhan Pertama


Cerita mengenai anak ke-3 pak yoep.

Sangat aktif bermain. Setiap petang pasti akan bermain dengan kawan2nya di Taman Pengkalan Bidari. Lokasi rumah sewa ke-3 sebelum menginap di rumah sebenar di Medan Pengkalan Megah.

Kisahnya, buat pertama kali PANDAI mengayuh basikal tanpa bantuan roda tambahan pada 24 Dis 2012. Kejayaannya atas cabaran sepupunya yang berumur 5 tahun, Ikhram.

Basikal yang digunakan oleh Haziq telah dibeli 4 tahun yang lepas. Setahun tidak digunakan kerana Haziq tak pandai menggunakannya tanpa roda sokongan.

Kadang2 kesian tengok Haziq apabila melihat rakan2nya berbasikal tapi dia tidak, Kesempatan nak ajar pulak tiada kerana kesibukan pak yoep.

Alhamdulillah, kini dia dah pandai. Tak berhenti2 mengayuh basikal.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!