Sunday, December 16, 2012

Program kak long di MRSM


Program yang bakal dilalui oleh kak long 2013 di MRSM Kota Putra sekiranya berjaya dalam ujian/temuduga pada 10 Dis 2012 tempoh hari. Diharap sahabat2 pengunjung laman ini terus mendoakan agar kak long, Noor Fakhira Izzah Izzati, berjaya dalam ujian/temuduga tersebut.

Program Ulul Albab

Perlaksanaan program adalah dengan matlamat melaksanakan Kurikulum MRSM dengan sasaran pencapaian 9A termasuk subjek Bahasa Arab dalam peperiksaan PMR dan pelajar khatam Al-Quran 30 juzuk dalam pengajian peringkat Menengah Rendah (Tingkatan 1 - 3).

Pembelajaran SEM 1 (Jan - Mei) adalah memberi fokus dalam tiga bidang iaitu : Al-Quran, Bahasa Arab dan Program Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1).

Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1) terdiri daripada :
1. ECS - English Comunication Skills
2. KAM - Kemahiran Asas Matematik
3. KMM - Kemahiran Asas Mind Maps
4. PMI - Kemahiran Berfikir
5. KAS - Kemahiran Asas Sains
 

Program IGCSE?

  • Pengajaran dan pembelajaran dalam IGCSE menekankan pembentukan kemahiran lisan dan praktikal. Ia mengambil pendekatan penyelidikan, penyelesaian masalah, pengaplikasian kemahiran-kemahiran, ilmu dan pemahaman serta kebolehan melaksanakan projek secara individu atau secara berkumpulan
  • Diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai setaraf dengan British GCSE dan International GCE ‘O’-Level exams
  • Ditawarkan melalui University of Cambridge International Examinations (CIE)
  • Digunapakai di lebih 9,000 sekolah di lebih 160 negara
  • Cambridge Learners yang berkelayakan diterima di banyak universiti merata dunia

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!