Tuesday, December 4, 2012

Peranan ibu bapa anak2 autisma


Di antara peranan ibu bapa di sekolah adalah menjalinkan:

i. Hubungan baik dengan guru.

- Ibu bapa hendaklah mewujudkan hubungan baik dengan guru kerana dia adalah orang kedua yang akan membantu anak anda selain daripada keluarga kita sendiri. Usah sekali-kali malu menceritakan pada guru mengenai anak kita walaupun perkara yang sulit.

Guru perlu dimaklumkan mengenai tingkah laku anak kita supaya dapat membantu mengawasinya. Kebanyakkan komunikasi antara kita dan guru sering berlaku secara individu dan interaksi harian yang memfokuskan pada perkembangan jangka panjnag.

Kita perlu :

i. Bertanyakan mengenai kualiti positif anak kita dan bagaimana dia menyesuaikan diri dan perkembangan yang dilalui.
ii. Nyatakan tentang kebimbangan kita mengenai anak kita sekiranya ada dan berikan beberapa contoh konkrit.
iii. Sematkan harapan yang positif dalam diri kita.

Komunikasi dengan guru adalah kunci kejayaan dalam usaha kolaborasi ini. Guru mempunyai perspektif dan idea bagi membantu anak kita dalam aspek yang berbeza. Kemahiran berkomunikasi dengan guru mewujudkan hubungan rapat dan ini boleh membantu anak kita. Komunikasi ini termasuk bertutur, mendengar, melahirkan perasaan dan interpretasi makna sesuatu mesej.

Adalah lebih baik sekiranya kita berkongsi segala maklumat mengenai anak kita dengan guru di sekolahnya. Perkara ini sangat penting kerana anak anda berada di bawah jagaan guru semasa waktu persekolahan.

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, guru sudah maklum apa yang perlu dilakukan. Usah wujudkan jarak pemisah dengan guru. Hubungan baik adalah penting demi untuk kebaikan diri anak anda. Anda hendaklah sering menghargai guru kerana tugasnya yang rela melayan anak kita adalah suatu rahmat.

Tidak ramai yang sanggup terlibat dalam bidang pendidikan ini. Hanya guru yang istimewa sanggup memilih karier untuk berdamping dengan anak istimewa yang pelbagai kerenah.

ii. Hubungan dengan Persatuan Ibu bapa.

- Ibu bapa perlu memainkan peranan yang aktif dalam persatuan Ibu Bapa dan Guru atau PIBG kerana tidak ada sesiapa yang mahu membela nasib anak kita melainkan diri kita sendiri.

Kita boleh mencadangkan supaya pihak PIBG menyediakan pusat sumber khas dengan menyediakan buku bacaan bergambar, kad dan alat permainan serta memberi pelbagai kemudahan kepada kanak-kanak istimewa bagi menambah minat mereka datang ke sekolah.

Taman permainan boleh juga diwujudkan bagi memberi peluang kepada mereka melatih kemahiran motor dan bersosialisasi. Kita boleh bergabung dengan ibu bapa lain untuk membawa sesuatu yang baru bagi kebaikan anak-anak kita.

Seminar dan kursus boleh juga dianjurkan bagi meningkatkan ilmu dalam pendidikan untuk anak-anak istimewa.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!