Sunday, January 20, 2013

Anak autisma kemalangan


Sama2 kita DOAKAN Ifran selamat

"salam semua hari ni sngat menyedihkan anakku dilanggar motor ddepan rumah ku tak sangka dia kluar tak sampai 5 minit trdengar bunyi kuat kat luar anakku bangkit terus berlari tertengkot2 mencari aku sambil darah di kepalanya minitis ke baju, baju ku turut kena darah semasa menenangkannya badannya melecet sana sini kata orang motor tu jatuh himpap badan anakku. kami trus bawanya prgi hospital dia d x-ray Alhamdulillah tiada yang retak namun aku masih cemas menanti esok kata doktor kalau berlaku dia muntah atau pingsan kena pergi hospital semula. lama dia dalam bilik x-ray bukan mudah anak autisma sprtinya hendak d x-ray dia menggelupur tak nak baring setengah jam menenangkannya dia asik panggil aku "ibu saya tak apa2 saya nak balik rumah kita" airmata ku tak henti dlm hati pandai dia cakap...semoga irfan cepat sembuh sayang maafkan ibu kerana tercuai seketika menjagamu...ibu syang irfan. semoga ibu2 semua mendoakan kesembuhan anak sya dan tak cuai sprti sya. sya bri dia sedikit kebebasan menikmati dunia luar sperti kanak2 lain..tak sangka ini pula jadinya ,mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini . Hanya Allah yg maha mengetahui aku redha.." drp Idah Ucu, KAA


Pengajaran:
Pastikan anak2 autisma anda sentiasa dibawah kawalan. 

Pengalaman:
Pengalaman yang dihadapi kami ialah Faqihah memanjat rak TV dan kemudian jauh. Luka dibawah dagu. Bawa ke klinik tapi dirujuk ke hospital kerana rawatan tidak dapat dilakukan. Rawatan di hospital melibatkan 5 orang staf untuk memegangnya. Luka yang dihadapi oleh Faqihah terpaksa dijahit sebanyak 4 jahitan. Yang menyedihkan, ketika itu (2008) pak yoep berada di Melaka, berkursus. Semua urusan dilakukan oleh umminya. Anak2 yang lain dijaga oleh jiran. Parut masih kekal dibawah dagu Faqihah.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!