Sunday, January 6, 2013

Remaja autisma MEMBUNUH

 
Keganasan Yang Tidak Diduga

Sebetulnya, sewaktu hebohnya kes seorang remaja yang bertindak menembak lebih kurang 26 orang di Connecticut, US tidaklah mengejutkan aku sekiranya insiden itu tidak dilakukan oleh seorang yang dikatakan memiliki Aspergers Syndrome. Berita yang terpampang di dada akhbar pada Ahad lepas dah tentu menimbulkan rasa resah di hati ibubapa anak anak sebegini..., tak terkecuali aku sendiri.Walaupun anakku tidak tergolong dalam remaja yang memiliki ciri ciri 'high functioning' ini , tetapi di hati tetap risau.., sebab ianya tetap di bawah satu tajuk ....iaitu 'Autisme'.

Berbagai spekulasi telah keluar setelah kes ini berlaku.., masing masing menuding jari.., walau apa pun berlaku, pokok pangkalnya, perkara yang berlaku ini eloklah dijadikan pengajaran supaya tidak berlaku di tempat kita, Bersyukurlah, kita yang tinggal di bumi Malaysia ini. Pembelian senjata api dikawal di negara kita dan perlu ada lesen sekalipun untuk memburu di hutan, Perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

Hari ini aku mengambil cuti kerana ada temujanji dengan Dr. Yusni di Hospital Sultanah Bahiyah di sini. Hakimi, sengaja aku tidak bawa sekali kerana faham faham sajalah kalau kita sedang berbincang dengan doktor.., ada saja benda yang dia nak menyampuk. Bukannya selalu aku tak bawa, baru hari ini. Kebetulan pula, ada kes serius juga yang Hakimi telah lakukan bulan lepas....hampir synonym dengan insiden seperti di atas. Tidaklah sampai kes menembak ataupun pukul orang. Entah apa yang terlintas di fikirannya, dengan tiba tiba dia meluru ke kereta ayahku yang terletak di porch, hidupkan enjin dan tekan minyak sehingga berkepul kepul asap keluar dari ekzos. Masa tu, bapaku sedang bersolat zohor di surau, Kereta meluru laju ke belakang, keluar dari rumah, kebetulan pagar terbuka, dengan lajunya menghentam pagar jiran yang rumahnya bertentangan dengan kami. Masih tidak ada sesiapa yang datang keluar tengok. Enjin mati.., kemudian dihidupkan pula enjin dan sekali lagi tekan minyak, pandai pula dia masukkan gear, dan mengaumlah bunyi enjin kereta dan sekali lagi kereta menghentam dinding rumah. Hmm.., nasiblah dinding rumah sendiri. Masa tu, barulah ada jiran yang keluar dan yang selesai solat dah turun dari surau, Hakimi dengan selambanya, terus keluar dari kereta dan masuk ke rumah dan terus tidur. Bila ditanya apa yang telah dia lakukan sebelum tidur, dia seolah tidak tahu apa apa. Sehingga ke hari ini, bila ditanya dia tidak tahu apa apa.

Itu baru satu kejadian, Ada lagi beberapa perkara yang dilakukan juga di luar kawalan diri. Boleh dikatakan semuanya agak ngeri. Setelah diceritakan kisah di atas pada doktor, aku dimaklumkan yang anakku ini mengalami kes yang berkait dengan epileptic episode, Epilipsinya tidak berlaku seperti yang biasa berlaku tetapi terjadi dalam bentuk tingkah laku. Untuk mengenali epilepsi jenis ini senang saja, lepas apa yang dilakukannya, macam kisah di atas, dia terus tidur dengan nyenyak, Dan bila ditanya selepas bangun, dia tidak tahu apa apa, Kes ini kemudian akan dirujuk kepada Pakar Pediatrik pada temujanji seterusnya, MRI akan dilakukan sekali lagi dan kemungkinan pengambilan ubat ubatan akan ditukar atau pinda sukatan dsb,

Bila mengenang kembali insiden yang berlaku ini, syukurlah tidak ada kemalangan jiwa. Cuma, ayahku kehilangan kereta Proton Wira kesayangannya yang telah berjasa padanya, Kes ini pula berlaku ketika aku di pejabat. Terperanjat betul aku bila dikhabarkan oleh anak sulungku, Syauqi . Tak apalah benda dah berlaku. Jadikan tauladan sajalah kisah di atas,

Kalau nak dihukumkan kisah di atas kerana kecuaian ibubapa, aku rasa benda begini boleh berlaku kepada sesiapa saja, Tak kira samada autistik, budak normal pun berpotensi untuk melakukan keganasan di atas sebab 'ingin mencuba'. Apa apa pun kita berbalik kepada Allah, Kita ada doa dan boleh merujuk ke mana mana surah dan jadikan ianya amalan. Semoga kita semua dilindungiNya.
 
Sumber: Tidak dikenalpasti

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!