Thursday, January 3, 2013

Semua DAH sekolah 2013


Kak Long (Noor Fakhira)

Melapor diri ke SMK Convent. Ditempatkan dalam kelas ke-2 kerana mengambil elektif Perdagangan dan Muzik. Entah apa pasal dia minat muzik pulak. Mungkin idolanya YUNA.

Masih menunggu result MRSM. Dimaklumkan melapor diri pada 14 Jan 2013.

Mohon sahabat2 pengunjung terus mendoakan kak long agar diterima memasuki MRSM Kota Putra. Kak Long bakal mengikuti aliran Agama dan program 'Chambrigde' sekiranya berada di sana.


Kakak (Noor Faqihah)

Kekal di SK Seri Mutiara. Kini berada dalam kelas pertama.


Abang Chik

Kekal di SK Cator Avenue. Telah ditempatkan dalam kelas ke-2, Marikh. Jika ikut keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012, Haziq sepatutnya ditempatkan dalam kelas pertama. Mungkin ada sesuatu perancangan drp pihak sekolah yang menyebabkan dia tidak ditempatkan dalam kelas pertama @ mempunyai alasan tertentu. Haziq tempat ke-20 drp 102 pelajar dlm peperiksaan akhir tahun 2012.


Hadif

Dah berumur 3 tahun 6 bulan. Dengan potensi yang ada, Hadif telah layak masuk tadika.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!