Tuesday, January 15, 2013

Tuntutan ibubapa anak2 autisma

BERDASARKAN DARI PENGALAMAN KAMI KETIKA JEF BERSEKOLAH DAHULU......
& KAKAK JUGA ADALAH BEKAS AHLI PIBG DISEKOLAH JEF. We must have an OPEN MIND about this....

I have posted this in the FB of Malaysian Education Review.

"Sudah tibalah masanya Kementerian Pendidikan , membuat sesuatu perubahan drastik disekolah mainstream, melatih guru2 yang sedia ada dan juga bakal2 guru - diberikan latihan kepada guru2 yang juga merupakan (terdiri daripada ibu2 dan bapa2) supaya dapat mengendalikan serta memahami anak2 autisme saperti 'Asperger Syndrome' atau ASPIE, sama ada diperingkat sekolah rendah dan menengah. Anak2 ASPIE mempunyai IQ yang tinggi tapi EQ yang sangat rendah.

Kebanyakan guru2 hanya mementingkan untuk menaikkan nama2 sekolah dan kenaikan pangkat saja. Guru2 ini juga mestilah KOMITED terhadap karier mereka sebagai guru2 bukan hanya makan gaji saja.

Kementerian Pendidikan mesti meletakkan 'TEACHERS AIDE' disetiap sekolah dibawah Payrol Kerajaan baik dibandar atau diluar bandar. YA, memang sekarang ada NGO saperti NASOM mengendalikan 'Teachers Aide' . Tetapi untuk memerlukan khidmat dan bantuan NASOM setiap ibubapa terpaksa dikenakan RM500 untuk satu pelajar. Bagi ibubapa yang berkemampuan mereka sanggup membayar Teachers Aide tersebut demi anak2 mereka.Tetapi bagaimana pula dengan ibubapa2 yang tidak mampu dan mempunyai pendapatan kecil? Apa akan jadi dengan anak2 mereka, anak2 tersebut akan dibiarkan begitu saja kah?

Kerajaan hanya tertumpu pada OKU saperti Buta dan Pekak saja. Bagaimana anak2 autisme yang lain contoh anak2 Down Syndrome? Setelah mereka tamat disekolah Pendidikan Khas mereka tidak mempunyai apa2 bidang untuk dilakukan dan akan menghabiskan banyak masa dirumah saja. Saya syorkan kerajaan memperuntukan satu BENGKEL untuk mereka lakukan supaya mereka merasa berguna dan banyak aktiviti2 yang boleh mereka lakukan di Bengkel tersebut.

Sebagai rakyat MALAYSIA yang sayangkan negara ini, kami tidak memerlukan saluran melalui PIBG saja untuk mengeluarkan pendapat2 kami yang mempunyai anak2 Autisme. Bagi ahli2 PIBG yang tidak mempunyai anak2 Autisme, mereka tidak akan memahami perasaan kami yang mempunyai anak2 Austime. Maka itu agak sukar untuk mereka bertindak bagi pihak kami, kerana ahli2 PIBG hanya mengikut keputusan Sebulat Suara saja di dalam Persatuan tersebut.

Saya berharap Kerajaan dalam PENDIDIKAN dapat membuat sesuatu saperti yang disyorkan. Jangan hanya dengan HEBOH2 sahaja kononnya hendak menukarkan sistem pendidikan yang sediaada kepada yang terbaik!
 
Sumber:  Sulfia Indryati

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!