Wednesday, February 27, 2013

Kaedah MENGHANTAR anak autisma ke sekolah


Pandangan drp seorang Therapist

"Sy seorg therapist yg bkerja diskolah pndidikan khas swasta.


ptama skali kite kene fhm yg knk2 autism susah utk trime rutin yg baru dan input2 yg baru.terutama bile secara mndadak..

kt tmpt sy ada yg smpai bbulan2 menangis sepjg wktu skolah.

lama2 dia akn ok tp tempoh utk adapt dpends pd indvdu..

cuba jgn hntr ank tu secara mndadak..mksudnya hanta untuk 1jam je dulu then pjgkan tempoh ckit2.parents pun awl2 try to b with her msa skolah utk dia adapt dulu dgn suasana skolah.

sbelum ke sekolah cuba tunjuk gmbr or vdeo skolah supaya dia aware n ready yg dia akn ke tmpt tu.

thts a few idea i cn share tp biasa lps 1tempoh bdk2 akn berhenti menangis lps dh adapt dgn rutin,tempt n org2 baru." 

Drp NwDarwina Awin

Sunday, February 24, 2013

Bahan Toksik penyebab Autism

 

Autism : Bahan Toksik Dalam Produk Harian penyebab Autism

Autism oh autism…!!

Tajuk  nie memang  suka betol untuk saya rungkaikan lebih mendalam lagi disebabkan peratus peningkatan kanak-kanak autism ini sentiasa meningkat setiap tahun, keadaan ini sangat membimbangkan semua pihak.


Kini, Menurut anggaran Centres For Desease Control (CDC Amerika) 1 daripada 88 kanak-kanak  dikatakan berpotensi untuk menghidap penyakit autism ini ,..OMG..!!!
TAHUKAH ANDA? Menurut kajian mereka juga terdapat 10 bahan kimia berbahaya berbahaya dalam produk  kegunaan harian kita yang dapat dikenalpasti penyumbang utama terjadinya autism ini.
-          Plumbum
-          Methylmercury
-          PCBs
-          Organophosphate pesticides
-          Organochlorine pesticides
-          Endocrine disruptors
-          Ekzos kenderaan
-          Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH)
-          Brominated flame retardants
-          Perfluorinated compounds

TAHUKAH ANDA dimanakah bahan-bahan  tersebut boleh didapati?

Okey bahan kimia seperti Plumbum banyak terdapat dalam gincu bibir, permainan kanak-kanak, mozek seramik dan produk yang diperbuat daripada vynill.

Bahan kimia Methylmercury pula terdapat di dalam makanan laut.

Bahan kimia PCBs terkandung di dalam bekas plastik dan juga lelemak haiwan di dalam lilin, sabun dan sebagainya.

Bagi bahan kimia Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH) banyak terdapat di dalam asap rokok, bahan tercemar dan juga syampu atau krim yang digunapakai setiap hari.

Manakala Perfluorinated compounds pula wujud pada habuk di dalam kediaman.
Auchhh..!!

Terkejut tak kengkawan? Semua bahan kimia tersebut memang terdapat dalam persekitaran kehidupan kita. Okey mulai saat ini mari kita bersama-sama menukar cara hidup kita. Amalkan kebersihan setiap masa, kurangkan penggunaan bahan kimia dan bertukar kepada makanan organik Sekurang-kurangnya kita dapat mengawal walaupun tidak dapat mencegah secara terus.

Sumber: http://sihat-bersama-tcm.herbal-treatment-advisory.com



Saturday, February 23, 2013

Mendidik anak autisme

 

Kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme berhadapan dengan masalah pembelajaran kerana pemikiran mereka lewat berkembang.



PRAKTIKKAN pembelajaran berasaskan visual kepada kanak-kanak yang menghidap autisme. - Gambar hiasan




KANAK-KANAK yang menghidap autisme biasanya mengalami masalah dalam pembelajaran. Ia meliputi kesukaran untuk belajar melihat, memerhati, menilai dan melaksanakan tugasan yang diberi.

Oleh itu, ibu bapa atau guru-guru perlu mempraktikkan cara didikan yang bersesuaian bagi merangsang minat mereka menerima pembelajaran. Berikut merupakan himpunan tip didikan yang boleh dilaksanakan:

Klinik Math Pak Yoep PENUH


Tuan/puan yg dihormati: Perhatian!!!

Memandangkan masih ada permintaan melalui email, DUKACITA dimaklumkan bahawa telah TIADA kekosongan untuk mendapatkan perkhidmatan Home Tuition Klinik Pak Yoep buat masa ini. 


Perkhidmatan boleh diberikan semasa CUTI sekolah. Lokasi di sekitar IPOH sahaja.


Sila hubungi pak yoep  untuk tempahan Home Tuition semasa CUTI sekolah untuk PMR dan SPM sahaja dengan kadar segera melalui email alkindi5919@yahoo.com.

Tempat adalah terhad.


Terima kasih.

Bekas Pelajar Pak Yoep SMKSAS


Friday, February 22, 2013

Teguran dan Nasihat Bersalin

Kepada ibu2 mengandung yang dah nak BERSALIN TU JOM TENGOK PESANAN INI :)

Teguran dan nasihat seorang doktor bersalin..jangan gelak ya kerana kata2 panas doktor ini

Cara posisi meneran yang tepat: 

1.Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kalau patient buat begitu. 

2.Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.

3.Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.

4.Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?

5.Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?

6.Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.

7.Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.

8.Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

9.Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.

10.Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.

Ada siapa-siapa nak share pengalaman bersalin? Marilah!

KLIK LIKE & SHARE
Kepada ibu2 mengandung yang dah nak BERSALIN TU JOM TENGOK PESANAN INI :)

Teguran dan nasihat seorang doktor bersalin..jangan gelak ya kerana kata2 panas doktor ini

Cara posisi meneran yang tepat:

1.Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kalau patient buat begitu.

2.Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.

3.Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.

4.Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?

5.Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?

6.Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.

7.Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.

8.Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

9.Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.

10.Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.

Ada siapa-siapa nak share pengalaman bersalin?  Marilah!
 
Sumber: FB IbuMengandung

Autisma MAMPU pulih

Wednesday, February 20, 2013

Kenaikan elaun penjawat awam

CUEPACS kemuka cadangan kenaikan elaun

Kuala Lumpur: CUEPACS dijangka mengemukakan beberapa cadangan berhubung kenaikan elaun penjawat awam dalam pertemuan kesatuan sekerja itu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa di Putrajaya, hari ini.

Antaranya mengenai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA), tuntutan penginapan, status jawatan kontrak, gaji maksimum dan peranan ketua jabatan.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata sebagai contoh CUEPACS mencadangkan supaya COLA diselaraskan kepada RM300, manakala ITP pula ditingkatkan daripada RM180 kepada RM450 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Omar berkata, mengenai tuntutan penginapan pula, pihaknya berharap ia akan ditingkatkan kepada RM200 berbanding RM120 ketika ini, kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga.

“Jumaat lalu, beliau (Ali) mengumumkan lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji semula dan memandangkan kepemimpinan tertinggi CUEPACS mengadakan pertemuan bersamanya esok (hari ini), maka kita akan turut mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan.

“Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula perkara (elaun) itu, menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah melupakan soal kebajikan penjawat awam,” katanya kepada BH, semalam.

Tujuan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri.
Omar berkata, selain itu CUEPACS juga akan membincangkan secara terperinci mengenai penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka.

“Sebelum ini dimaklumkan bahawa mereka mungkin menerima kenaikan antara dua hingga lima peratus, bagaimanapun ia hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

“CUEPACS berharap kenaikan itu membabitkan semua kakitangan daripada kumpulan terbabit yang turut menyumbang kepada perkhidmatan awam. Kita juga akan berbincang mengenai peranan segelintir ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja,” katanya. 
Sumber: Bharian

Klinik Math Pak Yoep 2015


Kelas bimbingan Matematik Tahun 4 - Tingkatan 5
  1. Subjek Matematik sahaja ditawarkan di Klinik Math Pak Yoep
  2. 2 jam 30 minit seminggu dalam 2 sesi
  3. Sesi 1 : Selama 1 Jam  - Tuisyen, Teori (Pelajar akan diberi penerangan, tunjuk ajar secara teori tentang sesuatu subtopic. Segala bentuk soalan, formula dan Katakunci akan didedahkan.)
  4. Sesi 2 : Selama 1 jam 30 minit – Kelas berbentuk ‘tutorial”,”prep” dan latih tubi berfokus
  5. Nota Lengkap Keluaran Klinik Math Pak Yoep Sendiri untuk setahun.(mengandungi lebih dari 1000 soalan)
  6. Percuma Soalan Ramalan , “Last Exam Tips” dan lain-lain ketika hampir dengan peperiksaan
  7. Percuma Soalan Persediaan Percubaan  Ujian Bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun
  8. Pengajian untuk hari biasa [Isnin - Jumaat] adalah untuk Pelajar (Tahun 3 hingga 6, dan Tingkatan 1 hingga 5)
  9. Jangkamasa pengajian untuk hari biasa adalah 2.5 jam dalam 2 sesi seminggu
  10. Pengajian untuk hari minggu Sabtu & Ahad adalah untuk pelajar kelas peperiksaan (UPSR,PMR dan SPM sahaja)
  11. Jangkamasa pengajian  untuk hari minggu adalah 4 jam dalam 2 sesi seminggu
  12. Pengajian dijalankan di Klinik Math Pak Yoep Pengkalan Ipoh Perak

Tuesday, February 19, 2013

Beriku Peluang


JIKA AKU DIBERI KESEMPATAN MEMBESARKAN ANAKKU SEKALI LAGI !!

Seandainya aku diberi kesempatan membesarkan anakku sekali lagi, aku akan lebih dahulu mengajar dia supaya berkeyakinan diri dan boleh berdikari di masa akan datang.

Aku akan lebih banyak menggunakan jariku utk melukis dan lain2 lagi bersamanya daripada menggunakan jari utk menuding kesalahannya.

Aku tak sepatutnya memperhatikan jam tapi lebih banyak menggunakan mataku utk memperhatikannya.

Aku akan berhenti bersikap terlalu serius dan lebih banyak bermain, bersukaria dan berjalan-jalan bersama anakku.

Aku akan lebih banyak memeluk anakku dan bukan memarahinya setiap kali jika dia tidak menyenangkan diriku.

Tanya lah pada diri sendiri mungkinkah kita bukanlah ibubapa yg sempurna dan dah cukup baik kah kita dalam mendidik anak kita? 
Gunakan lah waktu yg ada kerana kita tidak boleh memutarkan waktu dan mengulangi masa2 yg lalu. 
Oleh itu jangan sia-siakan kesempatan yg ada utk mengukir MEMORI/KENANGAN yg indah bersama anak kita.
Sumber: Sulfia Indryati

Monday, February 18, 2013

Anak autisma Mengamuk

Tingkahlaku mengamuk perlu diberikn perhatian oleh ibubapa ktn anak2 perlu belajar mengurus emsoi mrk. Tingkahlaku mengamuk juga dipanggil destructive behaviour krn ia mendtgkn kerosakan. 
 
Jenis kerosakan yang bakal dilakukan iaitu:
 
1. Merosakkan diri sendiri misalnya menghantuk kepala ke dinding, overdose ubat/panadol (biasanya remaja dan dewasa), atau ambil benda tajam/pisau utk melukakan diri sendiri; 
2. Kerosakan kpd org lain misalnya pukul, tumbuk, serang org lain samada secara fizikal atau verbal (kata2); 
3. Kerosakan harta benda iaitu bila mengamuk dia ambil barang2 dan baling, buang dsb. 
 
Kesemua tingkahlaku ini adalah merosakkn dan kanak2 ini perlu dikawal dari skrg supaya tidak berlanjutan hingga dewasa dsn sukar dibendung lagi.
 

Sunday, February 17, 2013

KESAN KETARA AKIBAT BERFIKIRAN NEGATIF


Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif.

Bila Anda berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan – mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak yang rugi!

Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi.Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.

Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.

Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat Anda memiliki tabiat negatif – tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapapun tak suka berkawan dengan anda dan tak siapa mahu menolong anda bila anda dilanda kesusahan.

Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.

Maka kepada sesiapa yang selalu berfikiran negatif, Let’s be POSITIVE NOWADAYS n ALWAYS!!
 
Sumber: Dr Maznah Hamid
KESAN KETARA AKIBAT BERFIKIRAN NEGATIF

Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif.

Bila Anda berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan – mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak yang rugi!

Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi.Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.

Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.

Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat Anda memiliki tabiat negatif – tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapapun tak suka berkawan dengan anda dan tak siapa mahu menolong anda bila anda dilanda kesusahan.

Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.
Maka kepada sesiapa yang selalu berfikiran negatif, Let’s be POSITIVE NOWADAYS n ALWAYS!!

Dera bayi Kejamnya MANUSIA


Pembantu Rumah Dera Bayi Berusia 4 Bulan dari rakaman terus dari CCTV. Bayi yang tidak berdosa diperlakukan sedemikian. Apa dia ingat nak buat roti canai main2 lambung!!?? Amat kurang ajar bagi seorang yang memiliki pemikiran yang waras. Malah perbuatan ini adalah lebih teruk dari seekor binatang. Kepada yang mempunyai amah, amat disarankan untuk memasang CCTV terus ke HP anda untuk keselamatan bersama. Kita tidak tahu adakah amah melaksanakan tugasnya dengan sempurna atau sebaliknya..
Sila share untuk kesedaran masyarakat..

Autistic child's artistic talent

GIFTED: Delwin Cheah Wien Loong, 9, has been drawing since he was 3. His works of art have the renowned Stroke of Genius’s stamp of approval and are on display at the Living Essenze gallery

.
(From left) Lawrence Cheah Guan Keong, Ch’ng Huck Theng and Erina Law Mei Sun watching Delwin Cheah Wien Loong finishing a drawing.

GEORGE TOWN: THOUGH he was diagnosed as being autistic at the age of 5, Delwin Cheah Wien Loong, had a hidden talent.

Wien Loong, 9, is a talented artist with a collection of more than 50 artworks mostly in black and white.

Wien Loong's works are on display at the Living Essenze gallery (opposite Union Primary School) in Burmah Road.

His father Lawrence Cheah Guan Keong, 38, said he and his wife, Erina Law Mei Sun, also 38, discovered Wien Loong's artistic talent when he was 3 years old.

Pusat spa pelajar istimewa


Sebahagian pelajar Pendidikan Khas bersama pengetua dan guru mereka pada program 'Pengalaman Spa' di SMK Panji, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. - UTUSAN/ ASMA HANIM MAHMOOD

KOTA BHARU 11 Jun - Pada zaman masyarakat begitu obses dengan penjagaan dan keadaan fizikal diri, pastinya ramai yang sudah acap kali mengunjungi pusat rawatan kecantikan dan spa untuk tujuan itu.

Ramai juga yang tidak kisah berhabis wang ringgit dan meluangkan masa di pusat rawatan bukan sahaja untuk kecantikan luaran tetapi juga kerehatan tubuh badan.

Membiarkan fikiran melayang dengan tangan diurut dan kaki direndam dalam larutan terapi bunga-bungaan sudah tentu merupakan kenikmatan bagi sesiapa sahaja terutama selepas penat bekerja.

Namun bagaimana pula agaknya jika jari jemari yang membuat urutan tangan, kaki dan kepala itu milik remaja istimewa?

Yuran tadika autisma RM800/bulan


Pengorbanan ibubapa anak2 autisma bagi mempastikan anak2 autisma mereka mendapat didikan terbaik.

"ank sy hasif dh de kad oku. bl ank kt org disahkan autism kami trus dftarkan kat jkm demi ms dpn hasif. alhamdulillah bln 1 lps kami dftr hasif kat sekolah private utk autism - impian autism kat tasik titiwangsa. walopn kami trpaksa byr rm 800 sbulan tp kami redha sbb memikirkan ms dpn hasif dan hasif pn dh 6 tahun skrg.rs mcm dh lewat sgt dh riso sgt. kami bkn org kaya dh itu rezeki hasif insyaAllah jika kita ikhlas Allah akn bantu. itupn sbb dh stahun stengh tggu nasom xdpt2 smpai skang. kami cb jgk nk sekolahkn hasif di tadika biasa yg dkt ckit ngn rmh. kami cb survey dn tnya tp suma keberatan utk terima hasif. so kami terpaksalah sekolahkn dia kat impian autism. walopn stiap pg trpaksa keluarkan blnja tambang teksi x kisahlah yg penting hasif dpt sekolah 

Sumber: Anggun avender, KAA

Saturday, February 16, 2013

Asid Folik CEGAH autisma


Kajian (Norwegian Mother and Child Cohort Study) menyatakan bahawa wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik memiliki risiko 40% lebih rendah melahirkan anak yang mempunyai autism.

Kekurangan asid folik akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan sistem saraf yang boleh mempengaruhi perkembangan otak.

Pengambilannya hendaklah dilakukan sekurang2nya 4 minggu sebelum kehamilan.

Anak2 OKU dan Sukan


"Saya pernah melatih seorang kanak-kanak OKU. Saya diberitahu oleh ibu bapanya bahawa kanak-kanak ini tidak mampu untuk duduk, berdiri, berjalan mahupun bercakap. Namun kesan daripada penglibatan dalam aktiviti sukan, kanak-kanak ini telah jauh berubah. Bukan setakat mampu berjalan, bahkan dia telah menjadi seorang atlet yang berkeyakinan tinggi dan menempa nama dalam Sukan Olimpik Istimewa negara." drp Mohd. Shukry Hussain yang merupakan seorang guru di kelas kanak-kanak khas pembelajaran

Kurikulum alternatif untuk murid istimewa



KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka terhadap pendidikan anak-anak istimewa termasuk mereka yang menghadapi masalah pembelajaran

Pertimbangan perlu dibuat agar pelajar berkeperluan khas diberi peluang yang sama dengan pelajar-pelajar lain di mana kualiti pendidikan mereka perlu dipertingkatkan agar mereka dapat menguasai Kurikulum Alternatif yang telah dibina khas untuk mereka. 

Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum Alternatif adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran.

Bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK), Masalah Pembelajaran Tahap Satu, terdapat hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan Kehidupan, Asas 3M (Membaca, menulis, mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan Pendidikan Jasmani. 

Komponen-komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan pula ialah Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulatif.
Asas 3M merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik manakala Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula merupakan komponen dalam mata pelajaran Seni Kreatif.

Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.

Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud atau intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum. 

Mereka juga akan ditempatkan di Program-program Inklusif bersama pelajar-pelajar biasa di kelas aliran perdana serta dibenarkan untuk mengambil peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. 

Berdasarkan pencapaian, mereka juga boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di SMPK(V) Indahpura, Kulai, Johor atau sekolah-sekolah menengah teknik yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas.

KPM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan untuk murid berkeperluan khas selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan semua murid diberi peluang untuk mendapat pendidikan yang sama rata

sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Keistimewaan Wanita