Tuesday, March 12, 2013

Autistik pertama masuk UiTM



BUKIT MERTAJAM: Status orang kelainan upaya (OKU) kerana menghidap autisme tidak menghalang seorang pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Khairul Aiman Hashim, 19, penghidap autisme membuktikan dia mampu meraih keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menjadikannya pelajar pertama menghidap penyakit itu diterima masuk melanjutkan pengajian di universiti.
Walaupun menyedari dirinya tidak normal seperti orang lain, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor itu beranggapan penyakit dihidapi bukan halangan untuk mencapai impian.

Semalam menjadi detik bersejarah buat Khairul Aiman, yang dikesan menghidap autisme ketika di tahun satu, apabila mendaftar masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh, di sini, untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sains Kesihatan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!