Tuesday, March 26, 2013

Prinsip Hidup STEVE JOBS

RASA ‘APPLE’ STEVE JOBS

Mungkin rakan semua sudah membaca buku yang menerangkan mengenai rahsia kejayaan Steve Jobs. Antara rahsia-rahsia yang disebut-sebut itu, nampaknya pada dasarnya tidak jauh daripada kunci kejayaan individu-individu lain yang pernah menempa nama dalam sejarah. Begitu juga dengan mereka yang sudah tersenarai nama di dalam bilionaire.

Suka saya kongsikan prinsip-prinsip hidup beliau :

1. BUATLAH APA YANG ANDA SUKA. Seseorang tidak dapat menghasilkan sesuatu melainkan orang itu menginspirasikan dirinya sendiri, Katanya, "People with passion can change the world for the better". Bahkan katanya, "Kehidupan ini terlalu pendek untuk hidup di bawah impian seseorang". Justeru jika anda masih belum menemui apa yang anda suka, teruskan mencari dan jangan berdiam diri".

2. BERIKAN IMPAK KEPADA DUNIA. Ini berhubungan dengan seseorang yang mempunyai visi yang besar. Maknanya kita boleh melihat apa yang hendak dicapai dalam puluhan tahun akan datang. Dalam hal ini kita harus mengemukakan cabaran-cabaran yang positif supaya kita bersemangat melakukan inovasi. Inilah yang menghasilkan Macintosh, Apple dan akhirnya iPad.

3. HUBUNGKAN BENDA-BENDA (PERKARA-PERKARA) YANG MENCETUSKAN KREATIVITI. Katanya, "Kreativiti hanyalah menghubungkan benda-benda itu". Maksudnya orang yang mempunyai pengalaman yang luas kerapkali dapat melihat perkara-perkara yang orang lain lupa atau tertinggal. Inilah yang berlaku kepada Steve yang pada mulanya meminati kaligrafi, tetapi akhirnya membawa kepada penghasilan komputer pertama, Macintosh.

4. BERSEDIA MENGATAKAN "TIDAK" TERHADAP SERIBU PERKARA. Kata steve, "Inovasi terhasil daripada mengatakan TIDAK kepada seribu perkara. 

5. HASILKAN PELBAGAI PENGALAMAN BARU DENGAN GILA-GILA. Syarikat Apple sendiri pada hakikatnya tidak menumpukan kepada penghasilan satu produk sahaja. Hasilkan apa saja yang bermakna kepada kehidupan. Contohnya ialah sebuah stor Apple yang diinspirasikan oleh Steve Job telah menarik 17,000 pelanggan sehari dan menyumbangkan pendapatan terbesar bagi setiap inci luasnya. Stor itu dikatakan membantu memperkayakan (pengalaman) kehidupan semua yang melawatnya.

6. KUASAI PESANAN. Anda mempunyai seribu idea, dan meskipun anda tidak dapat menyampaikan idea-idea itu dengan berkesan, jangan kisahkan sangat. Teruskan sampaikan informasi, beri didikan, ilhamkan dan hiburkan sebagaimana yang dibuat oleh Steve di dalam satu sesi penerangan. 

7. AKHIR SEKALI, JUAL IMPIAN, BUKAN PRODUK. Ramai pengguna tidak kisah sangat mengenai produk kamu, tetapi mereka sangat kisahkan diri mereka, harapan, dan cita-cita mereka. Steve mengajar kita bahawa jika kita membantu pengguna mencapai impian mereka, maka kita akan berjaya memenangi hati mereka. 

Demikian antara rahsia Steve Jobs yang pada pandangan saya amat baik untuk diteladani. 

Sama-sama kita nikmati  ‘apple’ Steve Jobs!

...

Sumber: Datuk Maznah Hamid
 
No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!