Friday, April 19, 2013

Hasil SIMPANAN Haziq


Hampir 4 bulan Haziq mengumpul wang belanja sekolahnya semata2 untuk mencapai matlamat membeli basikal di atas. Kadang2 sehingga sanggup Haziq tidak belanja sekolahnya untuk simpan wang. Jumlah terkumpul RM201. Kami tambah sikit untuk mencapai hasratnya.

Setiap hari (petang) Haziq akan ke kawasan rumah opahnya berjumpa/ bermain dgn rakan2nya dengan menggunakan basikal. Basikal lama adalah basikal kak longnya yang dah berusia hampir 6 tahun. Dah kelihatan uzur akibat lasak digunakan Haziq.

Walaupun kerap main, pencapaian akedemiknya tidak merosot, Malah pada tahun 2012 berjaya menduduki tempat pertama dalam kelasnya dengan pencapaian 4A1B walaupun berada dalam kelas ke-4 dan kini di tempatkan ke kelas ke-2.

Malangnya... Pada 19 Nov 2013 (Isnin), basikal ini telah dicuri semasa basikal tersebut berada di rumah opah. Ketika itu opah tiada di rumah.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!