Tuesday, April 23, 2013

Kelab Anak Autisma



Kini laman FB KELAB ANAK AUTISMA telah menyambut ulangtahun ke-3 kewujudannya. Jumlah LIKE telah mencapai 2952 orang pada tarikh kewujudannya pada 19 April 2013.

Di antara matlamat kewujudannya yang ingin dicapai ialah:

1. Berkongsi maklumat dan memberi pendedahan tentang autisme kepada semua golongan masyarakat di malaysia khususnya buat komuniti muslim.

2. Memperjuangkan hak-hak anak autisme.

3. Memperkasa pengetahuan ibu bapa/penjaga muslim yang mempunyai anakanak autisme melalui pendidikan formal dan separa formal melalui seminar, bengkel dan sebagainya.

4. Memberi bantuan sumber, sokongan moral dan menjadi entiti yang memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak autisme, individu autisme serta mana-mana organisasi yang mempunyai kaitan dengan ibu bapa/penjaga atau individu autisme.

5. Menjalinkan kolaborasi pintar dengan institusi penyelidikan, badan kerajaan atau mana-mana organisasi yang berminat untuk bersama membangunkan aspek pendidikan, perubatan dan kebajikan anak autisme.

6. Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk menjana, menerima dan mengumpul sumber bagi mencapai matlamat persatuan. 

Buat masa ini, laman ini masih beroperasi di alam maya sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!