Friday, April 5, 2013

Program Permata KURNIA untuk anak2 Autisma


PUTRAJAYA 4 April - Kanak-kanak penghidap autisme di negara ini wajar diberikan perhatian sepenuhnya supaya menjadi indivdu yang berdikari dan tidak perlu terlalu bergantung harap kepada orang lain.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, walaupun individu yang dikenal pasti mempunyai ciri-ciri autisme lazimnya tidak mampu berdikari, namun terdapat sebilangan daripada mereka menunjukkan perkembangan yang baik jika diberikan intervensi yang baik.

"Latihan kemahiran atau intervensi dapat membantu mereka untuk menjalani kehidupan yang sama dengan individu normal walaupun mungkin di tahap keupayaan yang rendah.

"Intervensi ini akan lebih berkesan sekiranya dimulakan seawal umur diagnosis antara 36 bulan hingga 4 bulan," katanya yang juga merupakan Penaung Program Permata pada Majlis Pra- Pelancaran Program Permata Kurnia (Permata Autisme) di Sri Perdana di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.
Program Permata Kurnia ialah cabang baru di bawah Program Permata Negara yang merupakan program intervensi awal komprehensif yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan kanak-kanak autisme dan keluarga mereka.

Cabang lain di bawah program Permata Negara ialah Pusat Aanak Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan serta Permata Remaja.

"Melalui program ini, beberapa kaedah interversi awal dan pendidikan telah pun terbukti keberkesanannya melalui pendidikan di peringkat antarabangsa akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang dirancang," katanya.

Menurut Rosmah, Permata Kurnia menawarkan tiga jenis perkhidmatan iaitu intervensi sepenuh masa, intervensi sokongan dan keluarga sera program latihan.

"Intervensi sepenuh masa merupakan program bagi kanak-kanak diantara umur empat hingga enam tahun yang telah dikenalpasti mempunyai ciri-ciri autisme di peringkat awal.

"Intervensi sokongan dan keluarga pula khusus bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun untuk mendapat intervensi awal serta memberi peluang kepadaibu bapa mempelajari teknik yang boleh diaplikasikan di rumah untuk anak-anak mereka," ujarnya.

Tambahnya, program latihan pula bertujuan menyediakan keperluan latihan kepada pendidik, ahli terapi, ibu bapa dan orang ramai dalam pelbagai aspek autisme.

Pada majlis tersebut, Rosmah turut mengumumkan pembinaan sebuah Pusat Permata Kurnia Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

"Anggaran kos pembinaan pusat tersebut berjumlah lebih kurang RM28 juta dan ia akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Pusat ini dijangka akan bermula pada bulan Ogos tahun ini dan berakhir pada Februari 2015," katanya.

Sumber:  http://www.klpos.com

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!