Monday, May 27, 2013

Autisme, Tiada masa Depan !?

 
Autisme, Tiada masa Depan !?
Tarikh : Monday, May 27 @ 16:24:26 MYT
Topik : Artikel

 





















Saya ingin bertanya kepada semua, tahukah maksud perkataan autisme, autistic? Baiklah, jika tidak pasti, tahukah anda maksud kanak-kanak yang mempunyai autisme? Atau kanak-kanak autisme?

Selain daripada keluarga yang mempunyai disisi mereka kanak-kanak ini, Saya percaya kebenyakan kita ‘tahu’ tentang kewujudan kanak-kanak ini, tetapi belum tentu ‘sedar’ akan kewujudannya.

Maksud ‘sedar’ ini adalah mengetahui secara wajar dan memberi tindakbalas sewajarnya atas ‘tahu’ itu. Anologinya ialah semua orang ‘tahu’ solat fardu 5 waktu itu penting dan wajib (namapun fardu) tetapi bukan semua yang tahu itu ‘sedar’ untuk melakukannya.

Anda perlu sedar bahawa terdapat kanak-kanak autisme disekitar anda atau tidak jauh dari anda yang perlu anda tanggapi, layani dan hormati mereka sewajarnya. Keistimewaan atau kelainan upaya kanak-kanak autisme adalah unik dan berbeza antaranya kerana tidak mudah untuk mengenali dan mengesannya hanya dengan melihat pada raut wajar dan penampilan fizikal kanak-kanak ini. Tanpa ilmu mengenainya anda ditakuti akan menanggapi, bertindak balas dan melayani secara yang tidak wajar dan tidak adil. Kesedaran ini membolehkan kita menjauhi risiko daripada kita menzalimi orang lain atau diri kita sendiri.

Justeru sangat digalakkan kepada semua untuk mendapatkan buku “aku bersyukur anakku autisme” terbitan Telaga Biru hasil tulisan di Dr wan Nasyruddin dan seorang lagi. Ia masih baharu di pasaran. 


Ada satu kisah relevan yang membawa pengajaran. Hari itu saya menghantar 1 buku “aku bersyukur anakku autism” dan 1 buku haji (Baitullah aku datang) kepada seorang kenalan mekanik, pemilik bengkel membaiki kereta. Saya sedikit ‘curious’ kenapa pula dia mahukan buku ini. (Sebab tidak mudah seseorang hendak membaca buku sebegini jika tidak ada suatu sebab kuat yang menarik hatinya atau memaksa..)

Dengan berhemat saya bertanya, “A……., mengapa kau berminat nak baca buku ini?

Dipendek cerita. Dia dikurniakan seorang anak lelaki yang mempunyai autisme. Dari perbualan kami, ada satu perkara penting yang diluahkan. Dia kata isteri dia telah bawa anaknya ke hospital swasta di Melaka dan berjumpa seorang doktor pakar… Antara ayat yang dikatakan oleh doktor pakar itu telah membuatkan isterinya menangis.

Katanya“ANAK AUTISMA TIADA MASA DEPAN”


Apa agaknya perasaan saya mendengarnya? Namun saya berbaik sangka kerana kita tidak mendapat maklumat lengkap dalam konteks apa ayat itu dikeluarkan. Mungkin juga kerana kurang fasih berbahasa melayu, maka ayat yang dikeluarkan bukan apa yang ingin disampaikan (dimaksudkan). Namun situasi perbualan kami terlalu singkat disebabkan ada pelanggan memerlukan perhatian mekanik itu. Saya tidak sempat bertanya apa-apa lagi.

Cuma jika saya berjumpa isteri mekanik itu mungkin saya akan katakan, “Lah tahzan, inna Allah a, ma’ana”. Mungkin tidak, kerana takkan tiba-tiba jumpa nak cakap macam ini. Mungkin saya akan katakan bahawa sebahagian isi (dan tujuan utama) buku yang saya berikan kepada suaminya itu ada dan dapat memberi jawapan terbaik dalam menjawab kata-kata doktor pakar itu.

Sesungguhnya benarlah kanak-kanak autisme akan mempunyai cabaran berbeza dan mencabar pada masa depan mereka dalam memenuhi tuntutan keperluan hidup tetapi ada banyak bukti kes-kes kejayaan dari kalangan mereka yang mempunyai autisme.

Melebihi dan di atas semua itu, bagi kita orang Islam, kanak-kanak autisme ini adalah mempunyai kedudukan khas dan istimewa di sisi Allah. Ia adalah satu peluang yang Allah sediakan untuk dirinya dan orang disekelilingnya dalam meraihkan kebahagian dunia dan kejayaan hakiki di akhirat. Jika kita (ibubapa dll) berjaya menangani dengan betul, ketika itu tiadalah yang lain melainkan bahawa :-

“Anak autisme adalah satu jalan untuk kita ke Syurga-Nya”

Untuk maklumat lanjut. hisham-ahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!