Wednesday, May 22, 2013

Keseronokan Berkerja

 
APA TANDA ANDA SERONOK BEKERJA?
 
Dipetik drp laman FB Dr Maznah Hamid. Wajar dikongsi bersama maklumat ini bagi memastikan adakah kita mempunyai ciri2 insan yang seronok berkerja. Jika tidak perlulah bertindak agar rezeki yang diperolehi daripada berkerja adan mendapat keberkatan.

Petikan artikel:

Awal minggu lalu, saya dijemput berkongsi pengalaman topik keseronokan bekerja di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), JPM. Suasana talk berkenaan penuh santai dan diselangi dengan humor. Saya tekankan semua kakitangan dari peringkat pengarah hingga kumpulan sokongan perlu SUKAKAN KERJA kerana tiga perempat daripada hidup mereka dihabiskan ditempat kerja.

Ingin saya kongsikan cerita MIKE yang seronok bekerja! Sentiasa mempamerkan air muka yang sangat-sangat ceria. Bila kakitangan/pekerja berkenaan seronok bekerja, mereka akan sihat mental dan fizikal, lebih produktif, menjadi lebih kreatif, senang berkawan, aura keseronokan memancar pada orang lain untuk menjadi jadi lebih positif.

Bagaimana kita dapat mengenali seseorang itu seronok dalam pekerjaannya mereka?

1. Datang Awal Ke Tempat Kerja

2. Tidak Kisah Kerja Lebih Masa

3. Air Muka Berseri-Seri

4. Kerja Disiapkan Segera

5. Anda Bangga Menceritakan Tentang Kerja Anda

6. Personaliti Kemas

7. Anda Akan Membantu Menyiapkan Kerja Orang Lain

8. Mendapat Gelaran Workaholic!

BENARKAH kunci kecemerlangan dalam organisasi itu adalah keseronokan bekerja? Ini mungkin ada kebenarannya apabila gambaran keseronokan bekerja terhasil daripada sikap yang ditunjukkan oleh para pekerja dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi kesan kepada kerja yang berkualiti, peningkatan produktiviti dan mutu perkhidmatan yang memuaskan.

Penting sekali diniatkan dalam hati kita..KERJA ITU IBADAH! Selamat menonton…

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!