Sunday, May 12, 2013

Tingkahlaku anak2 autisma

 
Catatan dibawah merupakan coretan pengalaman kebanyakan yang dihadapi oleh ibubapa anak2 autisma. Tingkahlaku yang seumpama ini kerap dinyatakan oleh ibubapa yang mempunyai anak2 autisma. Sekiranya anak2 anda mempunyai tingkahlaku seperti dinyatakan..... bertindaklah segera!

Assalamualaikum dan salam sejahera buat ibu2 yang disayangi. 
Terpanggil untuk berkongsi pengalaman dianugerah Allah seorang anak dari empat orang yang sebelumnya semua membesar dalam keadaan normal. 
Anak bongsu saya berumur tujuh tahun sekarang. Lelaki dan berperwatakan sekali imbas macam anak biasa. Semasa beumur 4 tahun beliau baru boleh bercakap tapi hanya 2 patah perkataan iaitu bah dan ma..sehingga timbul rasa curiga dan persoalan adakah anak saya bisu dan pekak? 
Setiap kali diberi barang mainan dia akan minta belikan lori atau apa juga toys yang mempunyai tayar yang besar. Bila dah dapat dia tak akan main macam biasa, tolak tau sorong tetapi akan diterbalik sehingga 4 tayar di atas. 
Cara bermain pula lebih fokus untuk bermain roda-roda tersebut sambil memusing-musing berjam-jam lamanya. 
Diakhir umur 4 tahun menjangkau lima tahun saya mula risau tentang hasrat nak hantar dia ke sekolah. 
Memang susah nak dapat eye-contact dengan kami semua di rumah apalagi nak bergaul mesra dengan saudara-mara atau jiran. 
Salah satu juga aktiviti beliau ialah suka pergi kat sinki basuh tangan sambil bereksperimen dengan semua benda-benda yang ada samada gelas, bekas plastik walaupun tak ada kat sinki tapi akan ambil dari rak. 
Semua bekas disusun dan diisi air sama rata dan berulang-ulang. 
Sanggup menghabiskan masa sampai 2 jam. Salah satu sikap pelik beliau ialah akan berjalan sambil berulang-ulang arah yang sama dalam rumah. 
Mohon maaf..saya akan sambung lagi sebab sekejap lagi saya akan ke sekolah menemani beliau waktu rehat di sekolah. InsyaAllah saya akan sambung lagi. 
Hampir 4 tahun saya menjaganya dan banyak lagi yang saya akan share. 
Wassalam.
Sumber: Qaseh Nur, KAA FB

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!