Monday, June 3, 2013

Amalan untuk anak autisma

Assalamualaikum pada semua ibubapa yang dipilih oleh Allah dianugerah insan bergelar anak autusme atau ahli syurga..insyaaAllah. 
Sebagai ibu yang telah melahirkan anak istimewa sedikitpun tiada ruang dihati ini untuk terus merungut lagi atau berkeluh-kesah. Malah setiap hari baru..setiap saat dikesempatan yang datang akan sentiasa memohon ilham, kekuatan dan kesabaran pada Allah. 
Pengorbanan luhur ikhlas amat dituntut. 
Yesterday satu hari suntuk bawa anak2 ke Petrosains dan alhamdulillah ada peningkatan dalam keyakinan diri. Anak bertuah saya berani bergaul dengan anak2 lain berbagai bangsa dan ada eye-contact. 
Saya cuma nak share apa yang saya amalkan..setiap kali memandikan dia the moment saya jirus air ke atas kepalanya saya akan baca selawat sebanyak2nya mohon dilembut dan diterangi hatinya agar berkembang normal macam anak2 lain. 
Banyakkan bercakap sambil memuji dan memeluknya juga menciumnya automatik hati kita akan terus berdoa untuknya tak kira dalam apa situasi emosi. 
Jika kita terlebih dahulu dapat mengadaptasi emosi kita bila berhadapan dengan mereka insyaAllah akan terasa mudah untuk menguruskannya. 
Berusaha berterusan seperti sentiasa membekalkan dia air yang bercampur dengan air zamzam atau air yang sudah dibacakan surah Yassin. 
Jika ada kelapangan bawa anak berjumpa pakar perubatan islam sekali-sekala. Pada waktu nak masuk magrib mainkan CD ayat2 al-quran. Anak saya amat suka mendengar surah Rahman. Selamat mencuba. 
Mandikan mereka limpahan kasihsayang yang penuh keikhlasan lillahi ta'ala tanda kita redha atas penganugerahan dari Pencipta.Amin.
Sumber: Qaseh Nur KAA

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!