Monday, June 3, 2013

autisma ORANG PELIK

 
Terima kasih. Terasa bagaimana tekalnya Rasulullah S.a.w. menghadapi cabaran dan dugaan bagi menegakkan Syiar Islam dan menentang serta memberi kesedaran kepada pihak yang bukan Islam dan memerlukan hidayah baru. 
 
Andai kata kita diibaratkan pada zaman itu....adakah kita telah mampu berbuat demikian? 
 
Semoga kita diberi kekuatan di dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa serta penjaga di dalam membela nasib anak-anak istimewa, di mana pada pandangan masyarakat mereka adalah 'orang pelik' dan tidak seharusnya dipedulikan. 
 
Tetapi mereka sendiri tidak tahu dengan adanya golongan ini, kita telah dihidayahkan oleh Allah bahawa tiada ciptaan di dunia ini semuanya sempurna bahkan mengingatkan bahawa semuanya adalah di dalam kekuasaannya dan kita sebagai insan kerdil, tidak lari dari serba kekurangan. 
 
Dari Allah ia datang dan dan kepada Allah ia kembali.
 
Renunglah apabila kita merasakan kita terlalu hebat atau sempurna, maka dengan izin-Nya , Allah akan mengambilkan ia kembali tanpa memakan walau setengah saat sekali pun.
 
Terjadinya demikian bahawa bahawa Allah amat marah kepada mereka yang takbur serta tidak tahu berterima kasih.
 
Sesungguhnya semoga Allah memberi belas kasihan dan melimpahkan kasih sayang kepada kita dan mereka yang memerlukan pertolongan,Amin
 
Sumber: Razia Aziz KAA

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!