Saturday, June 15, 2013

Cara DIDIK anak autisma


Salam buat semua. pada pendapat saya adalah tidak adil untuk mereka yang telah berusaha untuk membimbing anak2 istimewa ini. 

Kita sebagai ibubapa lah yang harus memahami tahap permasalahan anak2 kita dan sama2 berusaha membentuk peribadi mereka sebelum kita menyerahkan pada mereka berkenaan. 

Jangan terlalu awal judged kemampuan mereka. 

Nak share sikit di sekolah anak saya walaupun sekolah biasa atau bukan sekolah pendidikan khas walaupun pernah disuarakan oleh seorang pegawai perubatan dimana memang anak saya tidak perlu ke sekolah pendidikan khas sebab dikhuatiri tahap perkembangan IQ nya terbantut. 

Mujur untuk kelas tahun 1 mereka telah wujudkan sebuah kelas LINUS khas untuk golongan anak2 istimewa seperti hyperaktif, austisme dsbnya. Selepas 5 bulan few students dah boleh pindah ke kelas perdana. 

Yang tinggal adalah golongan yang memang perlukan bimbingan khusus. Alhamdulillah peningkatan ketara pada anak saya dengan bantuan sokongan dari kami sekeluarga. 

Seperkara yang amat penting dalam hal ini ialah kita sebagai orang yang rapat dengan mereka mesti amat-amat memahami bagaimanakah rentak emosi mereka setiap kali berinteraksi dengan mereka. 


Di awal mula saya nak dapat eye-contact dengan anak saya ialah try to create something yang akan menarik minat dia misalnya saya akan membuat mimik muka yang funny dan sesuatu gerak tubuh yang membuatkan dia teruja. 

Kadang2 saya melakonkan watak seperti burung, seperti seorang ustazah, seorang cikgu, seorang kawan dan berbagai2 lagi. Saya belikan banyak flashcard yang boleh menarik minat dia. Bila kita hantar mereka ke sekolah tersebut sekurang-kurangnya mereka dah boleh menyesuaikan diri dalam dunia persekolahan dan persekitaran. 

Berusaha dan terus berusaha dan percayalah Allah akan menilai usaha kita dan insyaAllah akan dipermudahkan segala urusan dan kesulitan. 

Kurangkan cara bertanya bila berkomunasi dengan mereka seperti anak normal. Contohnya bila mereka balik dari sekolah jangan terus diajukan soalan..anak mama ada homework tak? 

Biasanya saya akan biarkan dia bersuara dulu dan let him enjoy the stories first and be a good listener..and only ask him or her in a very touching and politely whether he enjoy his day at the school..dan selitkan kata2...siapa buat kerja rumah yang cikgu suruh siapkan mesti dia anak yang sangat baik and akan dapat banyak lagi kawan2 yang menyayangi dia. 

Jangan cepat kita meletakkan sasaran atau harapan pada cikgu..pada pendapat saya ibubapa seharusnya mesti ada ilmu tentang cara2 meningkatkan keyakinan pada anak2 syurga. 

Mujur saya sempat membawa abang dan kakak2 nya semasa Hari Austisme Sedunia di HUKM 3 tahun lepas. Dengan adanya exposure begini maka makin mudahlah mereka memahami keadaan adik mereka. 

Buat yang belum berkesempatan bolehlah memulakan sesuatu sebab mungkin dengan apa yang kita dapat dalam carian di internet dan fb tak sama bila kita berpeluang berjumpa dengan pakar perkembangan kanak2 yang berdekatan. tidak semestinya kita perlu membawa anak sekali tapi dapatkan ilmu tentang penjagaan dan cara ibubapa menangani kerenah mereka. itu adalah yang lebih baik. 

Get heart-to-heart contact ibubapa dan pakar terlebih dahulu sebelum kita melepaskan mereka kepada orang lain.

Sumber: Qaseh Nur

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!