Wednesday, June 19, 2013

Haziq nak TUKAR sekolah


Balik sekolah, Haziq terus maklum kat umminya nak tukar sekolah. Ngape??? Hari ini dia didenda oleh gurunya kerana dituduh memukul kawannya sedangkan dia tidak melakukan kesalahan tersebut.

Denda yang dikenakan ialah LARI keliling padang sebanyak 5 kali.

Tidak pasti kebenarannya. Jika benar, guru tersebut perlu membuat siasatan terperinci supaya tidak yang diambil wajar dikenakan kepada pelajar yang terlibat sahaja.

Abah/ummi sama2 memberi nasihat. Rasionalkan balik terhadap apa yang berlaku. Nampaknya Haziq boleh terima.

Sejarah Haziq semasa di tahun 1/2 sentiasa dibuli oleh rakan2nya. Mungkin badannya yang kecil. Juga sikapnya yang suka bertindakbalas dengan orang cuba membulinya. Itu berlaku semasa di tahun 1/2 di mana Haziq berada dalam ke HUJUNG.

Kini, Haziq telah berada dalam kelas ke-2 atas peningkatan ketara akademiknya semasa di tahun 2.

Harap perkara yang sama tidak berulang.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!