Saturday, June 8, 2013

Menjadi Blogger Dikenali

5 tips yang perlu anda dilakukan

  1. Usaha Tangga Kejayaan - Anda perlu berusaha dengan gigih supaya blog anda boleh ditempatkan dalam ingatan. Anda harus ingat, pengunjung dan pembaca blog anda bukan semuanya blogger atau mempunyai blog, jadi pastikan usaha anda itu menyeluruh. Anda mesti berusaha untuk memikat pengunjung menjadi pembaca setia blog anda. Usaha ini termasuklah mencari ilmu, belajar cara menulis, perkayakan diri dengan informasi dan sebagainya.
  2. Berblog Di Mana Sahaja - Haa ... tips ni mungkin tak ramai yang tahu. Dan kalau tahu pun tak ramai yang ikut. Ramai blogger yang berjaya 'membawa' blog bersama mereka. Jika ada perkara menarik, sepantas kilat akan ada update terbaru. Biasalah, kadangkala idea datang tak ikut masa, maka perlu cepat-cepat dicurahkan agar idea tersebut tidak hilang bisanya.
  3. Kreatif - Anda perlu kreatif mengolah cerita dan idea. Mungkin cerita itu cerita biasa seharian, tetapi dengan sedikit lampu kuning menyala di atas kepala, anda boleh mengolah sebuah cerita ABC menjadi sebuah cereka ABCDEFGHIJKL sampai Z. Kreatif memerlukan anda berpandangan kritis, berpandangan jauh, dan menangguk pengalaman lampau samada dari diri, atau sekeliling anda.
  4. Sedia Terima Kritikan - Blogger manusia biasa, kadangkala ada masa betul, ada masa tak berapa nak betul. Bila betul, okaylah, tapi bila tidak betul ... bersedia untuk terima teguran dan kritikan. Anda perlu lapang dada, dan bijaksana hadapi benda-benda yang mungkin parah didengar atau meluat dibaca. Hati kena cekal, dan kesabaran perlu ada.
  5. Fotogenik - Ini adalah satu bonus. Kebanyakkan blogger yang dikenali ramai ada raut wajah kacak dan jelita. Ramai blogger wanita khususnya cepat dikenali kerana punyai wajah cantik menarik dan memikat. Bukan setakat sejuk mata memandang di mata lelaki, tetapi juga di mata wanita lain. Blogger yang ada rupa akan senang dapat perhatian oleh blogger lain, dan kebanyakkannya akan dapat promosi percuma oleh blogger-blogger yang kagumi akan wajah fotogenik yang mereka ada itu.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!