Wednesday, July 31, 2013

Guru TINGGALKAN Faqihah


Diberitakan. 

Semua guru2 Faqihah yang mula2 mendidik Faqihah akan meninggalkan Faqihah. Bertukar ke sekolah baru. Tak sempat nak bantu Faqihah ambil upsr. 

Bermula dengan Cik Rabiatul Adawiah,

Pn Nor Shuhaida
En Zaini
Pn Norhashimah

Tinggal Pn Jumilah sahaja lagi.

Mereka adalah guru2 yang awal mendidik Faqihah ketika Faqihah sangat aktif. Mereka berjaya mendidik Faqihah sehingga ke tahap sekarang. Faqihah dah hampir seperti anak2 normal yang lain.

Sedih sangat rasanya. Komitmen tinggi telah anda semua telah berikan dlm mendidik Faqihah amat disanjung tinggi. Kekal dlm ingatan selamanya. 

Moga Faqihah turut menghargainya... mengingatinya apabila dewasa kelak. 

Diharap guru2 yang ada terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua anak2 istimewa termasuk Faqihah.

Iklan Raya 2013


Monday, July 29, 2013

Taska OKU untuk anak2 istimewa

PUTRAJAYA - Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak lagi akan terpinggir daripada menerima pendidikan awal apabila projek perintis Taska OKU diwujudkan bagi merealisasikan matlamat berkenaan.

Beberapa pihak berkepentingan melihat pelaksanaan projek perintis Taska OKU yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept lepas sebagai 'buah tangan' terbaik bagi golongan itu mendapat sistem pendidikan efektif dan ideal.

Langkah itu juga dilihat sebagai satu mekanisme dan komitmen kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti ke arah Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi dan Wawasan 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie berkata pelaksanaan projek perintis taska OKU itu secara percuma dalam tempoh setahun akan dilancarkan pada Disember merupakan satu pendekatan komprehensif bagi mencari sukatan kurikulum bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak OKU di negara ini.

Beliau yang menyifatkan penubuhan enam taska OKU itu mencipta 'sejarah' baharu  golongan berkenaan berkata Taska OKU dapat membantu mengurangkan kos dan masa, malah memenuhi keperluan semasa bagi tujuan perkembangan awal kanak-kanak OKU.

Friday, July 26, 2013

Kecekalan artis mendidik anak autisma


Thursday, July 25, 2013

Projek dapur


Projek dapur 

Belajar memasak boleh tingkat kemahiran sosial kanak-kanak

SELALUNYA ibu bapa tidak membenarkan anak-anak berada di dapur dengan beranggapan tempat itu berbahaya dan mendedahkan mereka kepada kecederaan akibat melecur terkena api atau air panas selain risiko terluka menggunakan benda tajam seperti pisau.

Namun, tanpa disedari dapur menjadi tempat selamat dan selesa untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak jika tempat itu dimanfaatkan dengan betul.

Cara paling mudah adalah dengan menjalankan aktiviti memasak. Aktiviti bersama memberi peluang kanak-kanak menjalankan eksperimen mereka di dapur dengan bimbingan orang dewasa.


Berikut disenaraikan alasan perlunya pembabitan kanak-kanak dalam aktiviti memasak;

Wednesday, July 24, 2013

MTAQ mengemparkan

Penyertaan PPKI SMK Seri Putera dlm semua acara dipertandingkan
Kategori Nasyid - Johan

Kategori Bercerita - Mohd Aminuddin, Johan
Kategori Hafazan - Mohd Ridza, Naib Johan

Buat pertama kali, pak yoep mencadangkan PPKI SMK Seri Putera menyertai kesemua 4 acara yang dipertandingkan dalam Majlis Tilawah Al Quran 2013 (MTAQ). Semua guru bersetuju dan pak yoep merangka agihan tugas untuk persiapan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Tahun2 sebelum ini hanya menyertai kategori Azan dan Hafazan sahaja. Hasil usaha keras semua pelajar dengan bimbingan guru, kami berjaya memenangi 3 kategori daripada 4 kategori yang dipertandingkan.

Kategori yang mengemparkan ialah Nasyid di mana kami tidak menyangka sama sekali berjaya menjadi johan. Latihan telah dilaksanakan dalam tempoh hampir dua bulan telah menghasilkan sesuatu yang amat dibanggakan.

Kini akan membuat persiapan untuk mewakili Kinta Utara dalam pertandingan MTAQ peringkat negeri Perak yang dijangka akan diadakan pada Sep 2013.

Sama-sama kita doakan agar PPKI SMK Seri Putera berjaya dalam MTAQ peringkat negeri Perak nanti.

Tuesday, July 23, 2013

PPKI mencipta Sejarah


Sejarah tercipta PPKI SMK Seri Putera (Pendidikan Khas) berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Padang dan Balapan peringkat sekolah mengatasi 4 rumah sukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar normal. Johan dalam kategori Kontigen Perbarisan Terbaik. Olahragawan Terbaik dalam kategori Kelas 2. Bagaimana kejayaan dicipta???

BONUS RAYA Kakitangan Awam

bonus raya 2013

Bonus raya 2013 : Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tidak angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan. Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang. Minta kurang? Dapat ________________

Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.

Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.

Monday, July 22, 2013

Puasa bantu kecemerlangan diri

BULAN Ramadan turut memberi peluang bagi umat Islam merapatkan hubungan kekeluargaan.


ALHAMDULILLAH, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadan al-Mubarak. Salam Ramadan dan selamat berpuasa saya ucapkan khusus buat semua Muslimin dan Muslimat khasnya buat penggemar ruangan Cermin Diri.

Harapan saya, pembaca yang menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak sama-sama menjalani ibadah puasa pada hari ini.

Puasa pada bulan Ramadan ini mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah menerusi ayat 183 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Berdasarkan ayat ini, jelas sekali pensyariatan puasa bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan malah kecemerlangan diri kita sebagai hamba kepada-Nya.

Saturday, July 20, 2013

Poligami KERNA tiada anak

Tetiba rasa sedih baca Nukilan Dayana,hukhuk!!

copy paste!!

Sedihnya baca nukilan Dayana.

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...


Sumber:  ZZahra Beauty House's
Catatan: Asyraf  Muslim menafikan sajak tersebut dihasilkan oleh isterinya.

Friday, July 19, 2013

Iftar Jama'ie


Sekolah Faqihah (Kelas Pendidikan Khas) akan mengadakan Majlis Iftar Jama'ie (Majlis Berbuka Puasa) pada 1 Ogos mulai jam 6 ptg - 10 mlm. 

Pada mulanya TIDAK mahu hadir kerana lokasi sekolah Faqihah AMAT JAUH drp rumah kami. 

Hari ini dimaklumkan Faqihah terlibat dalam KUMPULAN NASYID yang membuat persembahan pada malam tersebut. 

Ustazahnya amat berharap Faqihah hadir dalam majlis tersebut kerana TANPA Faqihah persembahan nasyid akan nampak ada kekurangan. Beliau juga memaklumkan semua guru amat mengharapkan Faqihah hadir.


Hari ini pada mulanya Faqihah tidak dilibatkan kerana kami maklumkan tidak hadir tapi Faqihah meronta nak sertai sesi latihan juga.

Semasa ambil Faqihah, Faqihah sedang membuat latihan. Guru2 yang ada semasa sesi latihan nasyid minta Faqihah memaklumkan sesuatu kepada abahnya... mohon kebenaran Faqihah sertai kumpulan nasyid.

MAKA, sukacita dimaklumkan bahawas kami akan HADIR sebagai tanda sokongan menjayakan majlis tersebut.

Thursday, July 18, 2013

Delima ibu anak autisma


SALAM..

Siapa yang ada masalah seperti saya minta share la pengalaman atau usaha yang dilakukan untuk memulihkan anak yang delay perkembangan. Anak saya 5 tahun tapi tak seperti budak lain lagi.speech dia masalah. pembelajaran pun tak leh nak catch up dgn budak2 lain. Saya hantar tabika kemas jer. Hari ni saya sangat sedih. Saya pi hantar barang dia yang tertinggal. Sampai kat sana saya lihat dia dan 2 org lagi budak diasingkan dari pelajar lain yang sedang belajar sedangkan mereka bertiga hanya main2 raga mainan je mcm tak dihiraukan. Sedangkan budak2 lain bersama buku belajar dengan cikgu kat meja masing2. Sedih hati saya. Saya faham cikgu mungkin susah nak bg perhatian penuh kepada mereka.

Tolong lag apa yang boleh saya buat, sekolah apa yang patut saya hantar untuk memulihkan perkembangan delay anak saya ni. Ada tak yg private khas untuk budak2 mcm ni? Ada sesiapa yang pernah buat rawatan islam ke apa kongsikan dengan saya plis.. Buat masa ni dia masih lagi dalam appointment dgn dr untuk delay perkembangan. Tolonglah saya..buntu sungguh. Anak saya pulak tak mau ikut apa yang saya ajar,,dia suka ikut dia sendiri.


Sumber: pm KAA

Wednesday, July 17, 2013

Petua Untuk Anak Anda Menjadi Pelajar Cemerlang



Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, anda perlu lakukan berikut:

1. Petua Pertama
a. Ingat 10% apa yang dibaca
b. Ingat 20% apa yang didengar
c. Ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
d. Ingat 70% apa yang dicakapkan
e. Ingat 90% setelah dipraktikkan

2. Petua Kedua
a. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil di tangan
b. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
c. Belajar dalam persekitaran kondusif
d. Pastikan cahaya adalah terang
e. Kurangkan gangguan bunyi
f. Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
g. Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
h. Kerusi dan meja menghadap kiblat
i. Jangan lupa untuk senyum

3. Petua Ketiga
Mengulangkaji menggunakan kaedah “output learning” iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku atau nota, ingat kembali, lakar atau tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

4. Petua Keempat
Amalkan Teknik FOKUS -
a. Masukkan maklumat dalan memori
b. Simpan maklumat dalam sel memori
c. Ingat kembali
d. Gunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain

5. Petua Kelima
Amalkan Teknik Membaca secara Berkesan
a. Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul
b. Beri tumpuan sepenuhnya
c. Gunakan jari telunjuk untuk membaca
d. Sesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

6. Petua Keenam
Amalkan Teknik Mengulang Kaji
a. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar sebab manusia mudah lupa 80% apa yang dipelajari.
b. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan.





Tuesday, July 16, 2013

Attitude Therapy dlm Utusan Malaysia

Formula baru ‘terapi sikap’

DR. ARIFFAIZAL Mohd. Nor Ariffin dan isterinya, Dr. Aishah Arridza Mukhlas menunjukkan sebahagian formula rawatan alternatif di Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy di Taman Rapat Setia Baru, baru-baru ini.






















IPOH 3 Nov. – Setiap penyakit dan sikap seseorang itu mempunyai kaitan antara satu sama lain kerana keduanya saling mempengaruhi. Ini bermakna, seseorang itu akan menunjukkan sikap negatif tertentu sekiranya ada organ yang bermasalah dan begitu juga sebaliknya.

Itulah falsafah ‘terapi sikap’ iaitu formula baru rawatan alternatif diperkenalkan oleh Prof. Dr. Ariffaizal Mohd. Nor Ariffin yang berpengalaman kira-kira 10 tahun dalam bidang tersebut.

Ariffaizal berkata, kaedah tersebut merupakan rawatan secara holistik kerana turut merangkumi aspek mental serta spiritual pesakit dan tidak melihat tubuh manusia daripada aspek fizikal semata-mata.

‘‘Menerusi terapi sikap, pesakit tidak hanya diberikan ubat tetapi turut diberikan kaunseling untuk mengubah sikap negatif mereka bagi membantu mempercepatkan penyembuhan penyakit.

‘‘Ini merupakan kaedah rawatan dalaman dan ia boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan lemah tenaga batin,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy di sini baru-baru ini.

Beliau yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang rawatan alternatif Terapi Gelombang Warna bergiat aktif sebagai saintis dalam penyelidikan perubatan alternatif sejak 1999.

Menurut pakar terapi gelombang itu, pengetahuannya terhadap punca penyakit banyak membantu dalam merawat pesakit menggunakan kaedah ini.

Monday, July 15, 2013

Kaya TIDAK bahagia



  • Kenapa Ada Sesetengah Orang Tidak Bahagia Walaupun Kaya?

     
    1. Pemarah - Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


     
    2. Pendendam - Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

    3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

    4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

    5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagi pun orang tamak selalu rugi.. Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita apabila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (Mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

    6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

    7. Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

    8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak atau takabbur dengan apa yang kita ada.
    Sumber: EPML

Sunday, July 14, 2013

Rahsia KEJAYAAN ahli perniagaan

 
Ini merupakan kisah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Pada suatu hari, ahli perniagaan ini telah ditemu ramah oleh seorang wartawan.

Wartawan : "Apakah sebenarnya rahsia kejayaan tuan?"

Ahli perniagaan: "Oh, itu senang sahaja. Hanya ada 3 perkataan untuk itu".

Wartawan : "Apakah 3 perkataan itu tuan?" 

Ahli perniagaan: "Keputusan yang tepat".

Kemudian, si wartawan pun bertanya, "Bagaimana untuk memperoleh keputusan yang tepat itu tuan?".
Ahli perniagaan itu pun menjawab, "Yang itu hanya ada 1 perkataan sahaja". 

Si wartawan pun lantas bertanya, "Apakah 1 perkataan itu tuan?". Ahli perniagaan itu pun menjawab, "Pengalaman". Dengan perasaan yang masih kurang mengerti, si wartawan itu pun bertanya lagi, "Bagaimana untuk mendapatkan pengalaman itu tuan?". 

Dengan riak wajah yang tenang, ahli perniagaan itu pun menjawab, "Keputusan yang salah".

Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita memerlukan pengalaman. Dan, untuk mendapatkan pengalaman itu sudah semestinya melalui kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan. Tanpa adanya pengalaman tidak mungkin kita dapat belajar banyak perkara dalam hidup. Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup. Ianya tidak boleh dipelajari. Hanya boleh dirasai & dilalui. Jadikanlah kesalahan lalu sebagai pengalaman dalam hidup. Dan daripada pengalaman itulah kita belajar untuk mendewasakan diri, mematangkan fikiran & melakar sejarah kejayaan dalam hidup kita. :)

Saturday, July 13, 2013

Langkah MENDIDIK anak autisma


Banyak keluhan2 kedengaran di laman FB KAA bagi ibubapa yang menghadapi anak2 autisma. Di antara nasihat yang diberikan oleh rakan Kaa ialah:

Mengadulah dengan Allah terlebih dahulu...disusuli dengan usaha kita sebagai hamba.

Sebagaimana pengalaman yang telah saya lalui,saya syorkan Pn berjumpa dengan Pakar kanak-kanak.Ceritakan latarbelakang anak puan.

Dari situ puan akan dibekalkan dengan pelbagai info.

Peringkat seterusnya anak puan akan dirujuk ke Pakar Psikiatrik dan di situ pula anak puan akan dinilai dan puan akan diberitahu apa tindakan seterusnya.

Sesi Terapi pertuturan dan Sesi Terapi Cara Kerja akan Pn ikuti di peringkat seterusnya.

Pesan saya, faktor penyumbang terbesar terhadap perubahan positif anak adalah bergantung kepada kesabaran dan kesungguhan penglibatan puan dan suami dalam setiap proses yang saya sebutkan.

Pakar perubatan,juru terapi dan guru hanya menunjukkan jalan dan selebihnya adalah terserah kepada kita sebagai ibu bapa pada anak2 ini untuk menentukan hala tuju mereka...

Semoga Allah merahmati puan sekeluarga...Wallahua'lam.

 Mohd Ismail Ab Rahman KAA

Thursday, July 11, 2013

Sukar tukar BERAT badan

 
Punca sukar turun berat badan: 

1. Kurang minum air kosong
2. Tidak sarapan pagi. Sarapan amat penting utk turun berat badan
3. Tidak cukup tidur
4. Makan makanan yg tak seimbang
5. Metabolisma yang lambat
6. Makan lewat malam
7. Kurang bersenam untuk bakar kalori
8. Skip waktu makan
9. Pengambilan kalori yg melebihi daripada yang sepatutnya

Wednesday, July 10, 2013

Permata tubuh Permata Kurnia untuk kanak-kanak autisme


PUTRAJAYA 4 April - — Program Permata memperkenalkan Program Permata Kurnia (Permata Autisme) iaitu program intervensi awal yang komprehensif untuk memenuhi keperluan kanak-kanak penghidap autisme dan keluarga mereka.

Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, untuk itu, sebuah Pusat Permata Kurnia bernilai RM28 juta akan didirikan di atas tanah seluas 1.04 hektar di Jalan Sentul, Kuala Lumpur, yang dijangka siap Februari 2015.

''Kanak-kanak autisme tidak boleh menjadi kanak-kanak normal dan mereka juga tidak boleh diubati tetapi mereka boleh diuruskan. Di samping itu terdapat sebilangan mereka mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi di mana mereka mempunyai kebolehan luar biasa yang tidak dapat dikembangkan disebabkan kecelaruan sosial dan komunikasi mereka.

''Oleh itu adalah penting kanak-kanak autisme diberikan intervensi awal, bertujuan mengajar mereka menjalani kehidupan meliputi aspek kemahiran urus diri, bermain dan bergaul sejak awal," katanya pada prapelancaran program itu, di Seri Perdana di sini hari ini. 

Isteri perdana menteri itu berkata program berkenaan bakal mengurangkan beban keluarga yang mempunyai anak autisme kerana kos menghantar mereka ke pusat khas adalah tinggi iaitu antara RM2,000 hingga RM10,000 sebulan.

Beliau berkata, projek yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan itu akan menawarkan tiga jenis perkhidmatan termasuk Intervensi Sepenuh Masa untuk 100 hingga 150 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun.

Perkhidmatan lain ialah Intervensi Sokongan dan Keluarga iaitu program berpakej untuk mereka berusia di bawah empat tahun dan ibu bapa atau penjaga mereka yang berminat untuk  mempelajari teknik intervensi yang boleh diaplikasikan di rumah, serta Program Latihan untuk menyediakan keperluan latihan kepada pendidik, ahli terapi, ibu bapa dan orang ramai dalam pelbagai aspek autisme, katanya.

Rosmah berkata, kira-kira 65 tenaga pengajar tempatan yang berkelayakan dalam bidang berkenaan akan ditempatkan di pusat itu dan mereka akan mengguna pakai modul yang digubal oleh pakar.

Katanya, pemilihan pelajar pula akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur dan Child Development Centre Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Jika projek perintis ini berjaya, Program Permata Kurnia akan akan diperluas ke negeri-negeri lain, katanya.

Autisme adalah sejenis kecacatan perkembangan fungsi otak yang menyebabkan kecelaruan dan akan menimbulkan masalah perhubungan sosial, berkomunikasi dan hidup seolah-olah  dalam dunia mereka sendiri, dan majoriti daripada mereka tidak mampu berdikari dan perlu bergantung kepada keluarga.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2004 mendapati kadar prevalens autisme adalah satu kes bagi 600 kelahiran, dengan anggaran terdapat 13,333 kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah menghidap autisme di negara ini pada masa itu. - BERNAMA

Menjemput REZEKI

 
Cara Mudah Menjemput Rezeki
 

Ramai yang cakap, mahu dapatkan rezeki yang banyak, perlu berusaha keras.

Kita perlu berhempas-pulas untuk mendapatkan rezeki. Kerja siang-malam, pagi-petang, sampai keluarga di rumah pun diabaikan kerana ingin menjadi rezeki yang banyak.

Siapa tahu menjemput rezeki itu sebenarnya lebih mudah dari mencari rezeki?


Dan, apa pula menjemput rezeki itu?

Menjemput rezeki adalah amalan dan ibadah yang kita lakukan kerana Allah. Amalan-amalan itu, kita lakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan dan pahala dari-Nya
.

Antara amalan yang boleh menambah rezeki, adalah:

1) Solat Sunat Dhuha (seperti 'post' yang lalu)
2) Menunaikan Solat Lima Waktu Sehari Semalam
3) Sedekah Jariah

Tuesday, July 9, 2013

Belanja Tadika


Semalam semasa ambil Hadir dr Tadika, Guru2 Transit memaklumkan bahawa Hadif ada membeli sesuatu drp pemadu Van yg menghantarnya ke Tadika.

Bila ditanya, dia kata beli dengan menggunakan duit. Tak pasti di mana dia dapat duit tersebut.

Pagi tadi Hadif bangun awal jam 4 pg. Waktu bersahur.

Minta kat abah duit untuk beli barangan esok dr pemandu van tsbt. Abah tak bagi dia menangis sakan. Bia tak bagi duit, dia masuk bilik. Rupa2nya dia ambil duit tabungnya.

Terkejut dgn tindakannya membeli barangan kerana umurnya baru 4 tahun tapi dah pandai membeli.

Hadif nampak lebih advance jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain.

Mungkin penangan JERI yang telah diberikan kepadanya sejak berumur dibawah 1 tahun. Telah tingkatkan tahap kemampuan IQnya.

Sehingga kini, Hadif masih lagi menyusu badan (4 tahun 1 bulan).

Permata Kurnia to help kids with mild autism

From Malaysia with love: Rosmah presenting a gift to Jolanta Lasota (left), the chief executive of Tree House School, during her visit to the school in Muswell Hill, London. — Bernama
From Malaysia with love: Rosmah presenting a gift to Jolanta Lasota (left), the chief executive of Tree House School, during her visit to the school in Muswell Hill, London. — Bernama

LONDON: Permata Kurnia – to be opened in 2015 in Sentul – will help educate and train about 100 children with mild autism.

The working committee for the Permata Kurnia programme is looking into getting the best technique for its learning and education programme for autistic children.

“It has to be the best method and approach taken and we have to get it right (from the onset),” said Permata Negara patron Datin Seri Rosmah Mansor after visiting the Tree House School in Muswell Hill in London, which is a special school for children aged three to 19 diagnosed with autism.

“I am definitely impressed with what I have seen at the Tree House. We are still in the midst of finding out what is the best technique.

“It can either be an American or British method, or even a combination of both,” she said.
Rosmah had in 2010 visited the Ivymount School in the United States where music is used to help children understand their lessons better.

The Permata Kurnia centre, which is a new programme under Permata Negara, will help teach autistic children and address the problems faced by them.

Sumber:  http://www.thestar.com.my

Monday, July 8, 2013

Siapa Dr Mohamed Morsi?


Mohammed Mursi

MOHAMED Morsi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Morsi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Morsi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Morsi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Sunday, July 7, 2013

Ucapan Mursi selepas rampasan kuasa

Mohamed Mursi

APA yang saya lihat sekarang terdapat percubaan terdesak untuk revolusi ini dicuri, supaya kita boleh kembali semula, jadi kita boleh mula semula, yang saya benar-benar menolak, saya tidak terima dan saya tidak bersetuju dengannya.

Saya mengarahkan kepada semua kuasa-kuasa, dalam institusi, pasukan keselamatan dalaman dan angkatan tentera, peranan mereka dalam mengekalkan keselamatan negara, harus dijadikan satu peranan penting dan jelas, menghentikan pertumpahan darah, melindungi legitimasi, yang kita semua perolehi sebagai hasil daripada pilihan raya presiden dan sebelum itu pilihan raya Parlimen dan selepas itu referendum perlembagaan.

Jadi anak-anak negara ini, diminta melindungi legitimasi. Untuk melindungi negara ini, dan legitimasi perlembagaan dan legitimasi undang-undang, dan bahawa suara rakyat, rakyat negara ini yang telah menegakkan legitimasi ini, menjadi sebab untuk melindungi negara ini.

Tidak ada jalan lain daripada legitimasi perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa sekarang. Kita mesti meneruskan ke arah pilihan raya parlimen, dengan langkah-langkah yang segera, untuk membentuk Parlimen baru.

Satu-satunya pilihan untuk anda, saya mengumumkan kepada anda, bahawa saya adalah presiden Mesir yang dipilih, dan perlembagaan Mesir dihormati oleh semua, dan bahawa undang-undang Mesir yang berkuat kuasa, sehingga pindaan yang perlu dibuat dilaksanakan, dalam mengikut perlembagaan ini.

PPT '13 Top Ten SMK Convent




Dua peristiwa penting berlaku pada anak pak yoep, Kak Long, NOOR FAKHIRA IZZAH IZZATI.

PERTAMA. 4 Jul 2013 (Khamis). Hari Bertemu Waris SMK Convent, terima result Peperiksaan Pertengahan Tahun TINGKATAN SATU Kak Long. Berjaya menduduki tempat TOP TEN dlm peperiksaan tersebut. Merupakan SATU-SATUnya pelajar MELAYU dlm senarai TOP TEN tersebut.

KEDUA. 7 Jul 2013. Berjaya menunggang motosikal sendirian dalam usia 13 tahun.

Tahniah!!! Kak Long.

Kami AMAT bangga dengan anda. Alhamdulillah.

Saturday, July 6, 2013

Babak akhir sebelum Mursi ditahan


Mohammed Mursi
Mohammed Mursi


‘ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.

Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.

Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.
“Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.

“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,” katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang. 

Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?

Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.

“Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.

“Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,” katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.

Friday, July 5, 2013

Kejatuhan Presiden MORSI

 

DUNIA dikejutkan dengan penggulingan Presiden Mesir, Mohammed Mursi, awal semalam oleh tentera negara itu. Pengumuman tentang peristiwa itu dibuat oleh Panglima Tentera dan Menteri Pertahanan Mesir sendiri, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi melalui televisyen.

Rampasan kuasa itu berlaku setahun selepas Mursi dipilih sebagai Presiden Mesir setelah kejatuhan Presiden Hosni Mubarak dalam kebangkitan rakyat pada 2011.

Imam dari Palestin, SHEIKH WALID SALIM sempat ditemu bual bagi mengupas tentang kejatuhan Mursi itu dan masalah yang melanda dunia Arab hari ini.

Ikuti wawancara wartawan Utusan Malaysia, ZIININE ABDESSELAM bersama SHEIKH WALID SALIM ketika beliau melawat pejabat Utusan Malaysia Kudi ala Lumpur, semalam
.
UTUSAN: Apa reaksi tuan berhubung rampasan kuasa tentera di Mesir?

SHEIKAH WALID: Saya berasa sedih dan terkejut atas apa yang berlaku di Mesir kerana ia memperlihatkan sebuah lagi negara Islam bergolak dan runtuh.

Rampasan kuasa tidak sepatutnya berlaku di negara itu kerana Mursi merupakan seorang pemimpin yang bagus dan saya percaya beliau mampu membawa Mesir maju ke hadapan.

Mesir mampu menjadi sebuah negara Islam yang boleh dicontohi di bawah Mursi, namun rakyat Mesir menolak Islam dan apa yang berlaku ini amat merugikan.

Mengapa rakyat Mesir menolak kepimpinan Mohammed Mursi?

Rakyat Mesir menolak kepemimpinan Mursi kerana mereka menganggap demokrasi Islam yang dibawa oleh beliau hanya memberi kelebihan buatnya, dan bukan untuk rakyat.

Situasi itu diburukkan lagi dengan pengaruh propaganda negatif oleh negara-negara Barat, media Barat yang sememangnya tidak mahu melihat Islam menguasai negara-negara Islam dan demokrasi subur di bumi Islam.

Barat takut kepada Islam dan demokrasi di negara Islam mampu memimpin dunia pada masa akan datang.

Apakah krisis di Mesir mempunyai pertalian dengan konflik di dunia Arab sekarang?

Pada pandangan saya, konflik di dunia Arab sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat Mesir untuk menuntut revolusi yang lebih luas yang disangkakan mampu memajukan negara dan memberi mereka hak yang diingini.

Rakyat Mesir sebenarnya keliru tentang tujuan perjuangan sebenar mereka dan perkara itu jika tidak dibendung yang boleh meruntuhkan negara dan akhirnya bakal membawa kesengsaraan kepada rakyat.

Apakah pandangan tuan tentang masa depan Mesir?

Mesir perlu meneliti setiap aspek yang ada untuk membentuk semula negara itu kerana seperti yang saya katakan tadi, Mesir mampu menjadi negara contoh kepada negara-negara Islam yang lain.

Mesir mampu bangun semula jika rakyatnya bersatu-padu mengukuhkan pentadbiran, ekonomi dan sosial.

Mereka perlu membuka minda tentang masa depan yang terjamin berbanding terlampau terikut-ikut untuk menuntut revolusi seperti negara Arab yang lain.

Adakah Mursi gagal menggalas tanggungjawabnya sebagai Presiden Mesir?

Pada pandangan saya, Mursi tidak gagal dalam perjuangannya kerana beliau berani memperkenalkan konsep demokrasi Islam untuk kepentingan rakyatnya, tetapi majoriti rakyat Mesir menolak Mursi semata-mata kerana mereka menolak Islam.

Percaya atau tidak, negara-negara Barat sebenarnya ‘seronok’ apabila pentadbiran Mursi digulingkan kerana mereka tidak mahu melihat Mesir membangun sebagai sebuah negara Islam demokrasi.

Hal ini kerana, demokrasi Islam mampu memimpin dunia pada masa akan datang dan Barat tidak mahu perkara itu berlaku.

Jika Mursi diberi sekali lagi peluang untuk mentadbir Mesir, adakah beliau akan berjaya?

Ya, sudah tentu beliau akan berjaya kerana kejatuhan Mursi hari ini bukan disebabkan beliau seorang pemimpin yang teruk, namun disebabkan beliau tidak diberi peluang yang sepatutnya untuk berkhidmat kepada rakyat Mesir.

Rakyat Mesir semakin banyak dipengaruhi agenda negatif Barat yang sememangnya ingin melihat dunia Islam hancur satu demi satu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Mendidik anak autisma berpuasa

BERBUKA puasa bersama-sama membuatkan si anak seronok untuk berpuasa. - Gambar hiasan

BEBERAPA hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang sinonim dengan puasa.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

Apa erti puasa? Ramai sudah maklum, puasa ertinya menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Bukannya lama sangat, lebih kurang 12 jam tetapi percayalah, masih ramai yang payah hendak berpuasa.

Persoalan iman memang tidak boleh disangkal malah tidak mampu berpuasa sebenarnya juga berpunca daripada ketidakbiasaan yang wujud di dalam diri.

Lantaran, sebagai ibu dan bapa, anda sewajarnya mendidik anak anda berpuasa sejak kecil lagi.
Mulakan secara berperingkat

Mungkin ada yang bertanya, pada umur berapa tahun sebaiknya si anak diajar berpuasa? Realitinya, tidak ada dalil khusus dalam syariat yang menekankan mengenai mendidik anak berpuasa, berbeza dengan solat.

Rasulullah SAW menekankan agar ibu bapa menyuruh anak belajar solat ketika berusia tujuh tahun dan sekiranya ketika berusia 10 tahun si anak tadi enggan solat maka si anak boleh dihukum dengan pukulan sekadar untuk mengajar atau menakutkan.

Mengambil kira syarat berpuasa, diwajibkan kepada yang baligh iaitu bermula usia sembilan tahun. Namun, jika tidak biasa dan hanya diminta si anak berpuasa ketika telah diwajibkan, pasti ia akan memberikan dugaan dan cabaran besar buat si anak.

Lantas, sebaiknya si anak diajar berpuasa seawal usia empat atau lima tahun iaitu ketika dia telah mampu untuk meluahkan isi hati mengenai dirinya.

Ajarkan si anak berpuasa secara bertempoh. Boleh mulakan dengan bersahur kemudian tidak mengambil sarapan dan berbuka ketika waktu makan tengah hari.

Autisma drp kacamata Wikipedia




Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria.

Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 autisme="" dengan="" dirujuk="" fungsi="" iq="" kanner="" rendah="" sebagai="" sementara="" sindrome="">80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).

Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.
Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.

Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.

Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:
  • fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism
  • autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan ( continuum of social capability ).
  • penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR
  • analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "di mana X mencari objek yang mereka simpan, tetapi dialih oleh Y" -- lihat teori minda
  • terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)
  • peningkatan dakwaan rawatan berjaya pada kanak-kanak dengan rwatan chelation permakanan bebas kafin, bebas gluten & raksa.
  • RDI merupakan program rawatan mensasar kecacatan teras sosial/hubungan pesakit autism
Kedua-dau Oliver Sacks dan Torey Hayden telah menulis mengenai pesakit atau pelajar autistik. Temple Grandin turut menulis mengenai hidupnya. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the experience of the person with autism.

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!