Saturday, August 31, 2013

Attitude Therapy rawat Autisma

 
Gambaran Pusat Rawatan Attitude Therapy TERKINI  dilokasi baru setelah diubahsuai sepanjang Ramadhan. 
Setinggi tinggi penghargaan di atas kunjungan kerabat di raja kesultanan Deli, Tengku Otteman Hidayat bin Tengku Muhammad Ansari ke pusat rawatan alternatif Attitude Therapy. Beliau bergambar bersama dengan Dr Arif, Pengasas Attitude Therapy.
Attitude Therapy merupakan tempat Faqihah menjalani rawatan autisma sejak 2004.
 

Autism on track to win a Nobel Prize


Friday, August 30, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-56

logo merdeka 2013 wallpaper tanah tumpah darahku lagu tema merdeka 2013 ke 56



Kak Long terima Anugerah Cemerlang Akademik.


Anugerah diterima sempena Majis Hari Anugerah Cemerlang SK Convent Ipoh atas kejayaanya memperolehi 5A dalam UPSR 2012. Kini Kak Long meneruskan persekolahan di SMK Convent Ipoh.

Semasa di SMK Convent, kak long terus kekalkan kecemerangan dalam akademik semasa peperiksaan pertengahan tahun 2013. Berjaya menduduki senarai 10 pelajar yang terbaik. Merupakan satu2nya pelajar Melayu dalam senarai tersebut.

Ummi and The Geng...


Sama2 kita doakan kak long terus cemerlang.

Autism on track to win a Nobel Prize


A genius boy whose IQ is higher than Albert Einstein is on his way to possibly winning a Nobel Prize after being set free of special education programs in public schools. His mother made the decision to take him out of the programs, even after having doctors diagnose him with ADD and say that her son Jacob Barnett would never even learn to tie his shoes.

She describes in her book “The Spark: A Mother’s Story of Nurturing Genius” that she was afraid of trying to pull him out of school. “For a parent, it’s terrifying to fly against the advice of the professionals. But I knew in my heart that if Jake stayed in special ed, he would slip away.”
Jacob was not thriving in special ed classes. He kept turning deeper into himself and was uncommunicative with other people. His doctors diagnosed ADD and prescribed medical treatment for the boy. When he wasn’t in therapy though, his mother noticed him doing amazing things. “He would create maps all over our floor using Q-tips. They would be maps of places we’ve visited and he would memorize every street.”

Jake dropped out of elementary school in the 5th grade. His incredible memory allowed him to attend university classes after he learned all of high school math in two weeks. Now he’s on track to graduate from college at age 14 and working on theories to build on Einstein’s theory of relativity.


Sumber:  http://thelibertarianrepublic.com

Thursday, August 29, 2013

Faqihah LAWAT Petrosains KLCC

Faqihah bersama x-guru kelas Pn Faridah semasa lawatan ke KL

Esok Faqihah akan mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh sekolahnya ke KL. Lokasi utama lawatan ialah ke Petrosains. Ini merupakan kali ke-3 Faqihah mengikuti lawatan yang jaraknya jauh.

Kali pertama ke Kuala Kangsar (Bermalam). Kali ke-2 ke Batu Gajah. Kini kali ke-3 ke KL. Pergerakan lawatan kali ini adalah menaiki keretapi.

Kebenaran yang diberikan oleh pihak sekolah mengikuti lawatan ke KL menunjukkan Faqihah telah mudah dikawal. Berubah daripada seorang pelajar yang hiperaktif kepada yang mudah dikawal. Hasil kerjasama pihak sekolah, Brighter Future dan kami sekeluarga telah berjaya mengubah Faqihah ke tahap sekarang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat mendidik Faqihah.


Wednesday, August 28, 2013

MUSTAFA KAMAL ATATURK: Kefasikannya


Banyak 'kekejaman' yang dilakukan terhadap agama Islam. Berikut dinyatakan di antara tindakan yang telah diambilnya terhadap Islam.              

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Tuesday, August 27, 2013

Kenduri Kahwin: Hari ke-3


Hari ke-3 merupakan hari majlis persandingan pengantin.

Aktiviti solek menyolek diadakan di rumah pak yoep kerana pengantin tidur di rumah pak yoep. Suatu yang tidak dijangkakan. Sepatutnya mereka tidak tidur di rumah pak yoep. Redho aja le.

Semasa aktiviti solekan Faqihah masih belum bangun tidur. Dia tidur lewat semalam. Maka Faqihah tidak mengganggu aktiviti tersebut.

Faqihah dibawa ke tempat majlis berlangsung. Faqihah tidak aktif. Ikut sahaja arahan kami. Masalahnya dia tidak makan makanan yang disediakan di situ. Cuma makan kandungan 'bunga telur' sahaja seperti gula2, roti.

Habis sahaja makanan tersebut, dia minta lagi. Macamana ni... tak kan nak minta lagi.

Tindakan yang diambil adalah pak yoep bawanya balik. Cukuplah dia merasai suasana majlis tersebut. Jika lama berada di sana mungkin akan ada tindakan yang tidak dijangka berlaku akan dibuat oleh Faqihah.

Banyak perubahan telah berlaku ke atas Faqihah semasa menghadiri majlis perkahwinan. Tidak aktif. Ikut arahan. Cuma dia masih tidak boleh lama di sesuatu tempat tanpa aktiviti. Jika dibiarkan dia akan membuat sesuatu aktiviti yang kadang2 boleh mengganggu keselesaan khalayak ramai.

Kenduri Kahwin: Hari ke-2


Hari ke-2 merupakan majlis pernikahan. Majlis dilaksanakan di Masjid Pengkalan.

Semua berjalan lancar dengan kehadiran orang masjid, jiran2 dan sanak-saudara. Makanan yang disediakan juga memuaskan dengan jumlah yang mencukupi sehingga dapat menampung kehadiran sehingga ke malam.

Malam diadakan majlis memotong kek hantaran.

Faqihah?

Tidak menganggu majlis. Dia asyik dengan komputer. Sekali-sekala meninjau apa yang berlaku tanpa menggangu. Amat terharu dengan sikapnya kini. Tidak seperti selalu semasa menghadiri majlis perkahwinan orang lain. Tidak menjangka sikapnya begitu. Alhamdulillah.

Bagaimana pula Faqihah pada hari ke-3 semasa di Majlis Persandingan?

Monday, August 26, 2013

Seri Wangi RAWAT 1001 penyakit


Sunday, August 25, 2013

Petua Prof. Draja Ungku Aziz Menjaga Kesihatan


Prof DiRaja Ungku Aziz sentiasa dihormati sebagai tokoh akademik terulung negara dan tidak hairanlah pelbagai pihak mendapatkan pandangannya mengenai isu seperti pembangunan ekonomi dan kecemerlangan universiti. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Ungku, terus mengekalkan stamina fizikal dan minda, sesuatu yang jarang dimiliki orang sebaya umurnya.

a. Senaman - Pak Ungku berpendapat bahawa senaman mesti mengeluarkan peluh. Bersenam atau beriadah adalah rutin hidupnya. Ketika usia muda, beliau menjadikan angkat berat sebagai senaman dan kemudian berjoging selama 1 atau 2 jam. Kini sesuai dengan peningkatan usia, aktiviti berjoging digantikan dengan berjalan laju selama sejam setiap pagi.

b. Pemakanan - Aspek ini cukup dijaga oleh Pak Ungku. Beliau menyifatkan corak pemakanannya amat ringkas, iaitu tidak banyak makan gula, karbohidrat dan makanan berlemak.

i. Sarapan - Cuma 4 biji kurma dan ketika musim jambu air, buah tempatan ini menjadi pilihannya. Beliau juga makan epal dan epal cider yang disifatkannya amat baik untuk mengelakkan arthritis.

ii. Makan Tengah Hari - Pak Ungku hanya makan sekali sehari. Beliau memilih hidangan ikan atau ayam dan sayur-sayuran, salad serta buah-buahan. Beliau cukup suka buah-buahan dan hingga kini, nanas yang sesetengah orang anggap sebagai ‘tajam’ dimakannya, termasuk pada jam 11.00 malam tanpa sebarang pantang.

iii. Makan Malam - Bubur atau sup menjadi pilihannya. Pak Ungku sudah lama tidak makan daging merah dan kopi. Sebaliknya, beliau memilih teh Cina atau Jepun yang dibancuh sendiri serta minum banyak air iaitu sebanyak 6 gelas. Kadang kala, beliau makan sate, tetapi tidak begitu suka makanan pedas dan berminyak.
 

Saturday, August 24, 2013

MUSTAFA KAMAL ATATURK : Latarbelakang.


Kita sembang sikit mengenai sejarah MESIR. Bukan apa..sekarang kita sama2 melihat kehancuran Mesir sejak presiden MORSI digulingkan oleh tentera. Hampir 3000 orang telah terbunuh dengan kekejaman yang dilakukan oleh tentera/polis terhadap rakyatnya sendiri.

✻ MUSTAFA KAMAL ATATURK : M A T I N Y A . D A L A M . H I N A ! ! ! ✻

Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.


Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.

STATUS produk Attitude Therapy


Majlis Perkahwinan

Majlis Persandingan di Silveritage Medan Gopen
Majlis Pernikahan di Masjid Pengkalan
Isteri Pak Yoep Menepung Tawar Pengantin

Friday, August 23, 2013

Kenduri Kahwin: Hari Pertama


Kenduri kahwin dilaksanakan pada hari ke-3 Raya. Tak sempat beraya ke mana-mana kerana nak buat persiapan kenduri kat rumah. Balik kampung di Bota. Ziarah sanak-saudara kat sana. Tak pergi ziarah sanak-saudara kat Kuala Kangsar.

Alhamdulillah. Faqihah tidak menggangu kerja2 persiapan yang dilaksanakan. Pasang pelamin. Pasang Buaian... majlis merendoi anak saudara. Pasang khemah.

Segala2nya berjalan lancar,

Thursday, August 22, 2013

Kenduri Kahwin Pak Yoep


Atas permintaan mak mertua/adik ipar. Tanggal 10 Ogos 2013 rumah pak yoep diadakan majlis kenduri kahwin adik ipar, Hayati dgn Nazarul. Majlis diadakan kerana rumah kat kampung telah tidak boleh digunakan akibat telah tidak diduduki hampir 3 tahun setelah mak mertua berpindah ke Ipoh. Rumah yang kami beli untuk mak mertua tinggal. Pakat2 adik beradik sebelah isteri.

Kini mak mertua tinggal hampir dengan kami. Anak2 pak yoep gilir2 menemaninya waktu malam. Rumah di kampung bukan tidak sesuai diduduki tetapi kesukaran memenuhi keperluan harian mak mertua di sana. Lokasi jauh dengan orang dan kedai.

Cabaran terbesar mengadakan majlis tersebut ialah Faqihah.  Kami amat sukar menghadiri kenduri kahwin kerana Faqihah hiperaktif. Bila diminta untuk mengadakan majlis kenduri kahwin di rumah kami, pada mulanya berat untuk menerimanya. Jika menolak takut salah tanggapan mereka pula. Maka, teruskan juga majlis kenduri kahwin di rumah kami.

Rumah mak mertua ada di Ipoh tapi.... tak pasti apa alasan mereka tidak mengadakannya di rumah mak mertua yang kami belikan.

Apa yang berlaku?
 

Wednesday, August 21, 2013

Pak Yoep kembali

Selamat bertemu kembali.

Dua minggu pak yoep tidak berada ditalian. Banyak perkara berlaku dalam tempoh tersebut. Kesibukan dengan aktiviti harian tidak memungkinkan pak yoep berada ditalian.

Diantara aktiviti yang berlaku ialah;

1. Sambutan Hari Raya.
2. Menjadi tuan rumah majlis perkahwinan adik ipar.
3. Bercuti ke Kuala Lumpur.
4. Bebanan tugas di tempat kerja.

Insya-Allah, pak yoep akan menulis aktiviti tersebut terutama yang melibatkan Faqihah, anak autisma pak yoep.

Tuesday, August 6, 2013

Hadif TIDUR rumah opah


Buat pertama kalinya, Hadif  (4 tahun)  tidur sendirian di rumah opah. Katanya " Hadif dah besar.. nak tidur rumah opah". Sebelum ini, Hadif pernah tidur rumah opahnya tapi kal long ada bersama2.

Hadif amat berbeza dengan adik beradik yang lain semasa kecil. Dalam pelbagai segi. Tutur-kata, pergaulan, pengetahuan, menolong kerja2 rumah dll.

Mungkin, sejak dalam kandungan dah amalkan bacaan surah2 Al-Quran. Masih kecil dah amalkan makan JERI. Tempoh menyusu badan yang lama sehingga kini tidak berhenti lagi.

Masalah utama yang dihadapi oleh Hadif adalah dari segi pemakanan. Tidak mahu makan nasi dan lauk pauk termasuk sayuran. Makan bergantung kepada susu, roti dan biskut sahaja. Tak pasti kenapa.

Keluarga kami memang menghadapi masalah pemakanan.

Abah - Tak makan sayur. Kini tak makan daging/ayam.
Ummi - Tak makan ikan.
Kak Long - Tak makan ikan/sayur
Faqihah - Tak makan sayuran.
Haziq - Semua makan kecuali sayuran.
Hadif - Tak makan nasi/daging/ayam/sayuran

Sangat bermasalah...

Friday, August 2, 2013

Difitnah, dicaci, dimaki dan dihina kerana Autisma

 
Terbaca catatan di laman Facebook kenalan Pak Yoep yang telah menarik perhatian untuk dikongsi di laman blog ini. Sepanjang pak yoep mendidik Faqihah TIDAK pernah berlaku seperti dinyatakan catatan dibawah. 
Ahli masyarakat yang berada disekeliling kami amat memahami walaupun mereka tidak mengetahui apa itu autisma. Mereka menerima Faqihah seadanya. 
Cabaran kami HANYA Faqihah.
Saya terbaca status seorang teman PN X di wallnya tadi

"Jika benar Muhammad Aiman, anak Cerebral Palsy saya itu kifarah atas kesilapan2 saya pada masa lalu, saya masih bersyukur.
Ahamdulillah, kifarah itu membawa saya dekat pada Allah, melahirkan empati dan meningkatkan simpati saya pada insan lain. 
Jika benar anak ini anak kifarah, anak ini masih membawa rezeki terbesar dan rahmat pada famili kecil kami. Allahu akbar!!!"

Itu juga pandangan dan cetusan hati saya untuk adik Y, anak autisme dan satu-satunya bintang hati kami. 
Di bulan Ramadhan tahun ini, beberapa kali saya diuji dengan fitnah, kata cacian, makian dan hinaan hingga membabitkan anak saya. Walaupun sakit dan perit, saya terima sahaja dan bersabar. Allah menguji saya dengan sehebat-hebat ujian kerana Dia tahu saya mampu melaluinya. 
Apa yang pasti, ada luka dalam hati namun yang lebih utamanya, ujian ini menjadikan saya lebih kental, lebih kuat, lebih fokus kerana saya berjuang bukan untuk diri saya. 
Saya berjuang untuk anak-anak istimewa saya... dan mereka yang senang berkata-kata itu.
In Shaa Allah tak akan pernah melihat saya jatuh kerana perkataan mereka.
 

Thursday, August 1, 2013

Enam TASKA khas didik anak istimewa


Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang membuka enam TASKA khas untuk kanak-kanak kelainan upaya (OKU).

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata lima daripadanya sudah diluluskan dan diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk dibina, manakala satu lagi masih masih kelulusan.

“Semua TASKA ini dibina mengikut kategori OKU dan dibina di seluruh negara. Antara kawasannya, Putrajaya untuk down sindrom, Puchong (pekak dan bisu), Ipoh (masalah pembelajaran), Sabah (autisme) dan Sarawak untuk kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal.

“Satu TASKA yang masih menunggu kelulusan itu dirancang untuk menempatkan kanak-kanak buta tetapi lokasinya masih belum diketahui,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Strategi Incheon 2013-2022: Dekad Baru Untuk Orang Kelainan Upaya, di sini, semalam.

Rohani berkata, pembinaan enam TASKA itu diumumkan melalui Bajet 2013 dan dianggap langkah terbaik bagi memastikan golongan istimewa itu mendapat pendidikan lebih sempurna.

Sumber: Bharian

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!