Tuesday, August 27, 2013

Kenduri Kahwin: Hari ke-3


Hari ke-3 merupakan hari majlis persandingan pengantin.

Aktiviti solek menyolek diadakan di rumah pak yoep kerana pengantin tidur di rumah pak yoep. Suatu yang tidak dijangkakan. Sepatutnya mereka tidak tidur di rumah pak yoep. Redho aja le.

Semasa aktiviti solekan Faqihah masih belum bangun tidur. Dia tidur lewat semalam. Maka Faqihah tidak mengganggu aktiviti tersebut.

Faqihah dibawa ke tempat majlis berlangsung. Faqihah tidak aktif. Ikut sahaja arahan kami. Masalahnya dia tidak makan makanan yang disediakan di situ. Cuma makan kandungan 'bunga telur' sahaja seperti gula2, roti.

Habis sahaja makanan tersebut, dia minta lagi. Macamana ni... tak kan nak minta lagi.

Tindakan yang diambil adalah pak yoep bawanya balik. Cukuplah dia merasai suasana majlis tersebut. Jika lama berada di sana mungkin akan ada tindakan yang tidak dijangka berlaku akan dibuat oleh Faqihah.

Banyak perubahan telah berlaku ke atas Faqihah semasa menghadiri majlis perkahwinan. Tidak aktif. Ikut arahan. Cuma dia masih tidak boleh lama di sesuatu tempat tanpa aktiviti. Jika dibiarkan dia akan membuat sesuatu aktiviti yang kadang2 boleh mengganggu keselesaan khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!