Thursday, August 22, 2013

Kenduri Kahwin Pak Yoep


Atas permintaan mak mertua/adik ipar. Tanggal 10 Ogos 2013 rumah pak yoep diadakan majlis kenduri kahwin adik ipar, Hayati dgn Nazarul. Majlis diadakan kerana rumah kat kampung telah tidak boleh digunakan akibat telah tidak diduduki hampir 3 tahun setelah mak mertua berpindah ke Ipoh. Rumah yang kami beli untuk mak mertua tinggal. Pakat2 adik beradik sebelah isteri.

Kini mak mertua tinggal hampir dengan kami. Anak2 pak yoep gilir2 menemaninya waktu malam. Rumah di kampung bukan tidak sesuai diduduki tetapi kesukaran memenuhi keperluan harian mak mertua di sana. Lokasi jauh dengan orang dan kedai.

Cabaran terbesar mengadakan majlis tersebut ialah Faqihah.  Kami amat sukar menghadiri kenduri kahwin kerana Faqihah hiperaktif. Bila diminta untuk mengadakan majlis kenduri kahwin di rumah kami, pada mulanya berat untuk menerimanya. Jika menolak takut salah tanggapan mereka pula. Maka, teruskan juga majlis kenduri kahwin di rumah kami.

Rumah mak mertua ada di Ipoh tapi.... tak pasti apa alasan mereka tidak mengadakannya di rumah mak mertua yang kami belikan.

Apa yang berlaku?
 

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!