Monday, September 30, 2013

Rahsia dan Hikmah Anugerah Anak Istimewa

Sedutan drp buku Aku Bersyukur Anakku Autisme.. 

Sunday, September 29, 2013

Anak KHAS pak yoep main GOLF



Pada 25 Sep 2013, anak2 khas pak yoep menyertai Terapi Permainan Golf di Clearwater Santuary Golf Resort Batu Gajah Perak. Rasanya tak pernah  mana2 sekolah membawa anak istimewa bermain golf sebagai salah satu drp Aktiviti Terapi. Seramai 35 orang pelajar terlibat. Pengalaman yang amat berharga untuk mereka.

Saturday, September 28, 2013

Kaji Peribadi Anda



PERIBADI ANDA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

Friday, September 27, 2013

Risiko Gajet pada Anak2 Autisma

Kajian Pakar Mengenai Risiko Gajet Pada Anak-Anak
  
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. 

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

·         Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

·         Perkembangan bahasa mereka lemah

·         Mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

·         Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

·         Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.

Sumber: Facebook

Thursday, September 26, 2013

Kumpulan koir anak-anak autisme


Keunikan Nasom Maestros


Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Datuk Danny Tan (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien (kiri) merasmikan kempen Sunshine September di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lebih istimewa mereka adalah kumpulan koir anak-anak autisme pertama di Malaysia.

Selain kanak-kanak dan ibu bapa mereka, orang yang patut diberi penghargaan ialah guru yang membimbing kumpulan ini, Joanne Poh Yuet Foong.

Joanne merupakan seorang guru vokal dan telah dipilih Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) untuk menjadi guru pembimbing kepada kumpulan koir yang diberi nama Nasom Maestros itu.

Wanita muda ini mengakui cabaran membentuk kumpulan koir autisme memang sangat besar.

"Mereka ini terdiri daripada penghidap autisme spektrum, yang mana mempunyai kebolehan luar biasa dan anak-anak autisme ini juga sebenarnya sangat genius.

"Dalam kumpulan ini mereka dipilih berdasarkan minat dan kecenderungan. Seperti yang diketahui anak-anak autisme ini jika mereka minat melakukan sesuatu mereka akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh," jelas Joanne yang ditemui di pusat beli-belah Suria KLCC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walaupun kali pertama mengajar kanak-kanak autisme, Joanne, mendapat pengalaman luar biasa untuk dirinya.

"Setiap kanak-kanak autisme ini berbeza. Ketika berbicara, mereka tidak mempunyai eye contact (pandangan dua hala). Pertama kali diminta mengajar perasaan saya bercampur-baur antara teruja dan bimbang.


"Saya bimbang terhadap harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa mereka dan tidak mampu saya zahirkan," ujar Joanne yang memiliki kelas vokal di Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Wednesday, September 25, 2013

Kenaikan Gaji Baru 2014 Kakitangan Awam.


Gaji Baru
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI). Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana….

Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.
Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?

Tuesday, September 24, 2013

Makan BABI



Diantara barangan yang ditegah umat Muslim memakannya kehalalannya diragui

Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly.
Team Kuasa100
> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
TOP URGENT…….. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS… Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.

Dipetik dari
http://mejabulatku.blogspot.com/

Monday, September 23, 2013

Berhenti PhD untuk berniaga


SYARIKAT milik Siti Hawa turut menjual cadar untuk kanak-kanak.


WANITA yang bernama Siti Hawa Ismail, 35, merupakan seorang yang peramah ketika ditemui kru Jurnal baru-baru ini.

Siti Hawa sanggup bermula dari bawah untuk memajukan perniagaannya walaupun dia sebenarnya pemegang Sarjana Pengajian Aeroangkasa dari Universiti Angkasa Lepas Antarabangsa, Strasbourg, Perancis.

“Dari kecil lagi, saya sudah didedahkan dengan dunia perniagaan kerana ayah saya, Ismail Muhammad, 68, dan ibu, Zaiton Jaafar, 58, dari Kampung Sungai Lembing, Kuantan, Pahang, menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

“Saya masih ingat lagi, ayah menjual ikan dengan menaiki beca bagi menampung keperluan kami sekeluarga. Malah, saya juga pernah membantu mereka menjalankan perniagaan setiap kali selepas pulang dari sekolah.

“Kami adik-beradik dibesarkan dengan menggunakan hasil jualan itu. Justeru, bidang perniagaan sudah sebati dengan jiwa saya,” ujarnya yang berkahwin dengan Ahmad Faisal Hisham, 41, pada tahun 2003.

Ada sahaja barang yang terdetik di dalam pemikiran wanita itu yang mahu dijualnya.

Dia yang merupakan pemilik syarikat Laurea Home Furnishing pernah ditawarkan untuk menyambung pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti tempatan.

“Sekembalinya saya ke Malaysia selepas menamatkan pengajian di Perancis, saya ditawarkan menyambung pengajian di peringkat PhD di Universiti Putra Malaysia tetapi ketika itu, minat untuk berniaga sudah membara di dalam diri.

“Saya menyambung pengajian ke peringat PhD dan pada masa yang sama, saya juga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual kain pasang, kerongsang dan produk jualan langsung dari rumah.

“Alhamdulillah, keputusan yang paling baik yang dibuat saya adalah apabila saya nekad untuk berhenti melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Saya hanya sempat mengikuti pengajian selama satu tahun enam bulan bagi menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan,” jelas wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang ini.

Saturday, September 21, 2013

Bengkel Matematik UPSR/SPM di Ipoh


Bengkel Matematik / Bahasa Melayu

Klinik Math Pak Yoep akan mengadakan Bengkel Matematik / Bahasa Melayu UPSR/SPM sempena Cuti Sekolah Akhir Tahun 2013

Tarikh: Disember 2013
Masa: 9.00 pagi - 1.00 ptg
Tempat: SIMPANG PULAI Ipoh
Peserta: Calon UPSR/SPM 2014
Yuran Penyertaan: RM70.00 seorang (4 Sesi Perjumpaan)

Hubungi kami: PM atau email alkindi5919@yahoo.com

Kejayaan Kokurikulum Kak Long 2013



Baru2 ini Kak Long menyertai beberapa pertandingan semasa sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah di SMK Convent Ipoh

Pertandingan yang disertainya ialah Pertandingan Membuat Banner dan Pertandingan Mendikliminasikan Sajak... "maaf jika tak betul perkataan tu... "

Dalam pertandingan tersebut beliau menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Banner manakala Pertandingan Sajak berjaya memperolehi hadiah saguhati.

Tahniah Kak Long! Teruskan usaha.

Abah pun pernah menyertai pertandingan sajak semasa berumur 15 tahun semasa aktiviti selepas peperiksaan SRP. Itu penyertaan pertama dan terakhir abah.




JERI untuk rawatan Autisma

JERI QUOTIENT


Atas cadangan Dr Aishah, pengasas Attitude Therapy,

Saya memperkenalkan produk ini kepada ibubapa anak2 autisma yang mengunjungi laman blog Anak Pak Yoep Autisma  dan laman facebook Kelab Anak Autisma. Amat wajar rasanya, manfaat JERI dapat dikongsi bersama. Sekurang2nya produk ini turut dapat membantu dalam rawatan untuk anak2 autisma masing-masing.

Anak saya, Faqihah telah menggunakan produk2 Attitude Therapy sejak 2004 untuk merawat Autisma yang dihadapinya termasuk menggunakan produk JERI. Alhamdulillah,  terdapat banyak perubahan berlaku seperti yang dicacatkan dalam blog ini. TIADA rawatan lain yang dilalui oleh Faqihah. Diharap ibubapa / penjaga anak2 autisma dapat turut mencuba produk ini untuk merawat anak2 autisma masing-masing.

Untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk anak2 autisma, dicadangkan tuan/puan dapatkan khidmat nasihat TERUS daripada Dr Aishah.


Pengenalan 

JERI bermaksud J jasmani E emosi R rohani I intelek. Pil Glukos untuk meningkatkan kecergasan minda, mempositifkan attitude negatif, memantapkan sikap positif, multi vitamin, mineral2 suruh/ringan, food supliment dan gelombang2 keberkatan.


Teknologi Perubatan Gelombang dalam JERI

Minda yang lemah boleh dirangsang dan dirawat dengan Tenaga Gelombang yang dikodkan daripada puluhan bahan-bahan terpilih dan terbukti berkesan dan mampu membantu merawat minda yang lemah.


Rawatan dan Rangsangan JERI

1. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel neuron.
2. Mudah lupa dan mudah rasa jemu.
3. Serabut fikiran dan kelesuan otak.
4. Pelbagaian gangguan otak.
5. Lemah daya ingatan, berfikir dan rasa malas.
6. Kurang daya tumpuan.
7. Bersifat pemisis dan bersikap negatif.
8. Pendiam, malu, takut dan pemarah.
9. Pesakit jiwa atau mental.
10. Sering diganggu kesedihan tidak menentu.
11. Membekal nutrient untuk tubuh.


Pengalaman

Selain daripada rawatan Faqihah, JERI turut diberikan kepada anak2 kami yang lain.

Produk ini juga akan dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik. Ianya terbukti dengan pencapaian akademik anak2 saya termasuk Faqihah (autisma). Dengan pengambilan berterusan. Fakhira (Kak Long) kedudukan ke-30 dalam kelas ke kedudukan ke-8 dalam peperiksaan akhir tahun 2011 (Tahun 5). Kini masih mengekalkan kedudukan tersebut. Haziq kedudukan ke-22 ke kedudukan PERTAMA dalam ujian 1 (2012).


Anak bongsu (hampir 3 tahun) saya juga menggunakan produk ini sejak berumur 6 bulan, banyak perubahan dalam pelbagai aspek. Ummi Faqihah turut menggunakan produk ini untuk meningkatkan kecergasannya berkerja.

Ummi Faqihah turut menggunakan produk JERI untuk meningkatkan kecergasan berkerja kerana bebanan tugasnya melampau di tempat kerja. Lesu bila balik ke rumah. Penggunaan produk tersebut atas cadangan Dr Aishah sendiri. Abah Faqihah tidak menggunakan JERI kerana tiada keperluan.

Rakan2 saya telah menggunakan produk ini untuk anak2 mereka. Respon turut memberangsangkan terutama perkembangan diri anak2 mereka berbeza jika dibandingkan dengan rakan2 sebaya anak2 tersebut.


NaikTaraf

Kerana sambutan yang hangat dari pengguna terhadap JERI, pihak Attitude Therapy telah menambah kuantiti pil dari 100 bj kepada 180 bj pd harga yang sama. Semoga pengguna mendapat manfaat yang berganda2. Harga sebotol RM50.00 sahaja.


Tempahan

Untuk tempahan boleh HUBUNGI DUTA Attitude Therapy di email alkindi5919@yahoo.com.

Friday, September 20, 2013

Melindungi hak orang cacat

Walaupun Akta Orang Kurang Upaya berkuatkuasa pada Julai tahun lalu, namun undang-undang ini belum dapat mencerminkan sama ada ia efektif untuk melindungi hak OKU di negara ini.

PARKIR khas untuk golongan OKU kerap disalahgunkan. - Gambar hiasan



SEBUAH akhbar baru-baru ini melaporkan pengalaman seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda ketika berkunjung ke sebuah bank di Subang Jaya, Selangor.

Menurut laporan itu, OKU berkenaan terpaksa menunggu selama 45 minit di luar bank sebelum mendapat bantuan kerana tiada kemudahan bagi orang berkerusi roda untuk memasuki premis itu.
"Tak payah pergi bank...lah, minta saja isteri tolong," kata seorang rakan kepada penulis bila diceritakan kepadanya mengenai insiden itu.

"Sejauh mana berkesannya Akta Orang Kurang Upaya 2008?" tanya seorang pendidik, Fatimah Mansur.

Baginya, walaupun Akta Orang Kurang Upaya berkuat kuasa pada Julai tahun lalu, namun undang-undang ini belum dapat mencerminkan sama ada ia efektif untuk melindungi hak OKU di negara ini.

Kata Fatimah lagi: "Adakah adil bagi orang kurang upaya bila tempat letak kereta yang dikhaskan untuk mereka disalahguna. Adakah ini sikap lepas tangan orang ramai?"

Wednesday, September 18, 2013

Serlahkan potensi AKADEMIK anak anda



MENYERLAHKAN POTENSI PELAJAR

Jeri Quotient diformulasikan khas oleh Attitude Therapy untuk membantu semua aspek pembelajaran dengan cara meningkatkan motivasi untuk belajar, daya ingatan, daya tumpuan, minat untuk belajar, mengolah dan mengaplikasikan semula ilmu yang dipelajari. Jeri Quotient meningkatkan potensi seorang pelajar biasa menjadi luar biasa.


Hubungi kami alkindi5919@yahoo.com

Tuesday, September 17, 2013

Anak LEMAH Matematik?


PENUHI MASA CUTI ANAK-ANAK ANDA.

Tempahan Tuisyen Ulangkaji MATH/ADD MATH peringkat sekolah Rendah/Menengah semasa CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2013 untuk pelajar2 di sekitar Ipoh masih dibuka. Tempat adalah TERHAD.

Kami sedia MEMBANTU pelajar2 yang LEMAH dalam MATH/ADD MATH. Beri kami peluang BUKTIKAN mereka mampu cemerlang dalam subjek tersebut.

Hubungi kami email alkindi5919@yahoo.com


Monday, September 16, 2013

Autisma! Attitude Therapy bantu



Rawatan Autisma
 
Attitude Therapy turut menyediakan produk untuk rawatan autisma yang telah kami amalkan sekian lama. Dicadangkan hadir ke pusat rawatan untuk mendapatkan khidmat nasihat drp Pengamal Perubatan.

Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian produk tersebut boleh hubungi pak yoep melalui  SMS 019-4488033 atau email alkindi5919@yahoo.com.




Moga manfaatnya dapat dikongsi bersama.

Sunday, September 15, 2013

How to support Autism


SIFAT ANAK......


1) ANAK MANJA EMAK
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

2) ANAK DEGIL
Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

3) TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.

7) BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.

10) PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.
Sumber: Salwa Sakina FB

Saturday, September 14, 2013

PUNCA KEGAGALAN!

 
JANGAN HANYA MENCUBA, SEPATUTNYA ANDA PERLU LAKUKAN!

Ini lagi satu PUNCA KEGAGALAN!

Kebanyakkan anda hanya mencuba untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Masalahnya di sini ialah, setiap kali anda mencuba, anda sebenarnya membuat persiapan untuk menemui kegagalan pada diri anda.

Realitinya anda tidak boleh mencuba untuk melakukan sesuatu. Ia hanya ada dua pilihan, samada anda mahu LAKUKAN atau TIDAK. Jadi sebenarnya tiada istilah MENCUBA untuk berjaya.

Minda anda mungkin menolak konsep ini, tetapi ia adalah benar. Anda mungkin berkata,? Saya telah mencuba bermacam-macam perkara itu dan ini, dan akhirnya saya berjaya juga?. Okey, anda berjaya apabila anda berhenti mencuba dan mula melakukannya.

Anda telah lakukan apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda. Jadi pelajaran dan pengajarannya di sini ialah anda tidak boleh berjaya selagi anda mencuba. Tetapi apabila anda berhenti mencuba dan mula lakukan anda boleh mula mengharapkan keputusannya.

Bila seseorang mencuba program pembangunan diri, mereka serta-merta menjuruskan diri mereka ke arah kegagalan. Mencuba merupakan binaan-dalam kepada kegagalan kerana jika kita mencuba sesuatu dan tidak berjaya, kita biasanya hanya mampu berkata tak mengapa, sekurang-kurangnya aku telah mencuba.

Tetapi itu menunjukkan anda tidak dapat apa yang anda mahukan.
Masalahnya di situ ialah, anda hanya boleh mempunyai dua perkara dalam hidup iaitu, alasan atau jawapan. Dengan kata lain, samada anda memiliki apa yang anda mahukan atau anda memiliki sebab atau alasan mengapa anda tidak dapat memiliki apa yang anda mahukan. Tetapi di sana tidak ada jalan tengah.

Maknanya di sini ialah, kejayaan atau kegagalan adalah berdasarkan kepada tindakan anda samada anda terus melakukan atau hanya mencuba untuk lakukan.

Mereka yang mencuba saya jamin akan gagal. Mereka yang lakukan (tindakan berterusan sehingga mereka mendapat keputusan yang mereka inginkan) adalah orang-orang yang mencapai impian hebat yang mereka idam-idamkan selama ini.

BERTINDAK SEKARANG!
 
Sumber: Maznah Hamid

Tahniah! HARIMAU

Pemain Harimau Muda A meraikan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2013 selepas menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Friday, September 13, 2013

Elaun OKU dipotong!!

Assalam & Salam Sejahtera, saya nak tanya sikit sekarang ni anak saya ada bersekolah di PDK dah 6 tahun... masaalahnya sekarang ini jika kehadiran tidak mencukupi duit elaun rm150 yang dapat setiap bulan akan dipotong, kes ni baru 2 bulan ni saja, sebelum2 ni tak ada masaalah, bulan 7 dapat rm100, bulan 8 dapat rm50, adakah ini procedur baru PDK & JABATAN KEBAJIKAN. ada tak yang mengalami masaalah macam ni?
Drp Abu Samah, FB KAA
Apa yang berlaku di atas... Tidak pasti. Ianya tidak pernah berlaku pada kami.
 

Thursday, September 12, 2013

Tindakan ibubapa SEMASA anak ambil peperiksaan

 
Ini pesanan yang disampaikan oleh Dr Tengku Asmadi, Pakar Motivasi.
Apa yang dinyatakan kerap dilakukan oleh ibibapa. Tindakan ini boleh menjejaskan prestasi anak2 untuk menghadapi peperiksaan seterusnya. Amalkan apa yang disyorkan oleh beliau agar sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dapat dihindarkan.
Assalamualaikum,

1) Apabila anak pulang dengan kertas peperiksaannya, tolong jangan semak jawapan anak. Sebab, ada ibu bapa yang tegur anak kenapa boleh jawab salah dan ini memberikan tekanan yang tidak perlu ke atas anak sedangkan peperiksaan masih berlangsung. Apa yang telah dijawab tidak boleh diubah lagi. Yang penting usah ganggu emosi anak dengan kekecewaan kita.

2) Usah minta anak berikan kita semua 'A' sebab ini akan membebankannya. Ada anak yang terlalu bimbang akan gagal lalu tidak dapat memberikan prestasi yang terbaiknya sewaktu menjawab soalan peperiksaan. Sebaliknya, minta anak lakukan yang terbaik dan beritahu dia sama ada dia dapat semua 'A'. atau tiada 'A' dia tetap anak kita, dan kita tetap sayangkan dia.

3) Doakan anak, cakap yang baik-baik, tunjukkan keyakinan kita padanya.

4) Temankan dia sepanjang musim peperiksaan ini. Ambil cuti jika perlu.

Semoga bermanfaat.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

REVIEW KERTAS 1 Matematik UPSR 2013


#1# REVIEW KERTAS 1 Matematik UPSR 2013

Untuk Kertas 1 UPSR semalam MC difahamkan rata-rata murid tak dapat jawab 5 - 8 soalan dan mereka hentam.Soalan-soalan bahagian akhir arasnya agak tinggi dan banyak pengiraan.

Mengikut perkiraan MC Pelajar yang hebat mencongak pasti senyum lebar.Mungkin ini trend terbaru LPM ..Pelajar perlukan kemahiran mencongak dan berfikir secara logik.

Kalau **FIRSTNAME** nak semak jawapan untuk kertas 1
Lihat kat bawah ni :

Wednesday, September 11, 2013

Serupa Ciri Autisma Faqihah


Terima email drp seorang ibu yang menghadapi masalah anak autisma. Beliau mengemukakan ciri2 autisma yang ada pada anaknya. Setelah diamati, ciri2 tersebut menyerupai ciri2 autisma yang dihadapi Faqihah semasa kecil. Email beliau seperti berikut:

"Meminta maklumat tentang perubatan ank sya ADIK X 7 tahun. 

Anak saya telah didiagnosis mild autis smjak umur 5 thn lg. Sukar utk brkomunikasi, poor eye contect n hyper active. Sekarang brsekolah di pendidikan khas. Masih memakai pmpers di sekolah, dirumah sudah boleh pergi tandas sendiri. 

Boleh mengenal huruf dan mengira hingga 20, mengeja(b.ing) pktan mudah. Boleh mengikut dot huruf  dan menulis huruf, tak boleh mngeja nama sendiri. 

Mengikut gurunya ADIK X tidak mahu belajar  n mendengar arahan untuk belajar. Selebihnye dia hnya membuat kerja sendiri (jln2 ,melihat kelas lain). 

ADIK X sangat memilih mkanan,hnya nasi dgn kicap, maruku n makanan bergoreng yg kering, air susu, milo n air masak. 

Tidak mahu mknsebarang ubat, kalu demam hnya letak ubat punggung. 

Berminat tentang  rawatan yg ada. Disini alamat lengkap n email"

Beliau memohon maklumat perubatan seperti dinyatakan di atas iaitu rawatan yang Faqihah ikuti sejak sekian lama sehingga kini. Banyak perubahan berlaku kepada Faqihah hasil rawatan yang diberikan di Attitude Therapy.


Saturday, September 7, 2013

To My Friends


Tuesday, September 3, 2013

Tips Kebahagian Anak

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!