Wednesday, October 30, 2013

Cara bantu anak autisma bercakap

.

Tip bantu anak bercakap dengan lancar

  • Apabila bercakap dengan anak, sentuhlah dia, serta pandang tepat ke wajah/matanya; gunakan ayat yang pendek dan mudah.
  • Apabila mahu menerangkan sesuatu kepada anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas
  • Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat 
  • Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak atau menyanyi bersamanya
  • Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali
  • Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya
  • Cuba menjadi pendengar yang baik dengan berusaha menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak.
  • Jika apa yang diucapkannya tidak jelas seperti pelat, jangan sesekali mengulangi sebutannya; sebaliknya bantu anak dengan menyebut perkataan yang tepat sebutannya yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak
  • Pelajari gerakan lidah dan bibir. Penggunaan cermin boleh membantu.

    Sumber:  Pakar Perkembangan Pendidikan Kanak-Kanak yang juga Penolong Profesor di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis. 
  • No comments:

    Post a Comment

    Tempah IKLAN anda di sini

    IKLAN
    IKLAN
    IKLAN
    IKLAN
    Advertise Now!