Tuesday, October 15, 2013

Cerpen Faqihah

Ditulis oleh Faqihah... Merujuk kepada buku cerita yang dibacanya.

Pada zaman dahulu, ada seekor Kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek saja, jenih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih. Ketika menghirup air, Kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai.

"Tolong! Tolong! Tolong aku, Kerbau!" tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh. Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya.

Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya. Buaya! Kenapa ini?" tanya Kerbau. "Tolong aku, Kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini," jawab Buaya.
Kerbau kasihan melihat Buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja Kerbau menghumban kayu itu ke bawah, Buaya segera menangkapnya.

"Eh, Buaya! Kenapa ini?" tanya Kerbau apabila dirasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak Makan kau. Kamu yang Bohong macam kamu", jelas Buaya sambil menggigit lebih kuat lagi. "Kaulah binatang yang amat jahat ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat," kata Kerbau.

"Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat", sambung kerbau lagi. "Aku tidak peduli", jawab buaya. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan diri. "Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?" tanya Buaya. Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih.

"Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab Buaya.

"Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar Kancil. Buaya mengikut sahaja arahan Kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok.
"Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?" kancil mengarah seperti hakim.

Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?" Kancil mengarah buaya. Buaya cuba bergerak dan mengangkat batang pokok itu tetapi tidak berdaya. "Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih," kata kancil.

Buaya cuba Mengalih batang pokok. "Kuat lagi! Kuat lagi!" seru Kancil. Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi Buat Perangai. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat.

Kerbau pula menunggu arahan kancil. "Selepas itu apakah yang terjadi?" tanya kancil. "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau.

"Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya Kancil. Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat batang kayu itu.

"Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu Buaya akan mati," jawab kerbau.

"Engkau ini sangat lurus dan Jujur, wahai Kerbau!" kata Kancil. "Biarlah Buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai.

Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil.

"Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat, Kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya.

Namun, Kancil dan Kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada Kancil. Kedatangan Kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!