Tuesday, October 8, 2013

Hospital Kanak2 Autisma

Bernama Images

Rosmah Melawat Hospital Kanak-kanak Oakland

CALIFORNIA, 26 Sept (Bernama) -- Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan lawatan ke Hospital Kanak-kanak dan Pusat Penyelidikan Oakland pada Rabu.

Ketibaan Rosmah disambut Ketua Eksekutif hospital itu Doktor Berd Lubin serta pengurusan Hospital dan dibawa melawat wad kanak-kanak dan pusat pemulihan terapi.

Rosmah turut diberi taklimat hampir 40 minit mengenai operasi hospital itu dan meluangkan masa bermesra dengan beberapa kanak-kanak yang dirawat di hospital itu.

Rosmah yang merupakan Penaung Program Permata berkata pihaknya berminat mengadakan kerjasama dengan hospital itu dalam bidang penyelidikan kaedah rawatan, perubatan dan terapi untuk kanak-kanak di Malaysia.

Ini selaras dengan usaha Program Permata Kurnia untuk mengadakan program intervensi awal yang komprehensif bagi memenuhi keperluan kanak-kanak penghidap autisme dan keluarga mereka.

Pada masa ini, pihak Permata sedang mengumpulkan data penting dan kerjasama di peringkat antarabangsa untuk pendidikan dan rawatan kanak-kanak autisme.

Hospital Kanak-Kanak Oakland yang berusia hampir 100 tahun itu menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada kanak-kanak di sekitar California. Ia mempunyai hampir 30 pakar kanak-kanak yang berpengalaman.

Peralatan dan kelengkapan hospital itu disediakan khusus mengikut saiz dan keperluan kanak-kanak serta mempunyai Pusat Kecemasan dan Trauma.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!