Thursday, October 10, 2013

Tips Atasi Tantrum anak autisma


Tantrum, Apa yang perlu dibuat jika anak buat perangai?
Ini adalah kesinambungan dari entry aku yg sebelum ini.. Sebelum ni aku cerita ttg tantrum aje kan.. kali ni aku cerita ttg bagaimana nak handle anak yg buat perangain ni plak ye.. ni nota utk aku gak ni.. syafi kuat ngamuk skrg ni huhu...

Tip berdepan dengan anak yang suka ‘buat perangai’:

Usah endahkan perangainya ketika itu dan elakkan ‘eye contact’
Jika anak anda sedang mengamuk, elakkan ‘eye contact’ dan anda tidak perlu memujuknya kerana ia akan menyebabkannya lebih agresif. Sebaliknya, bawalah anak anda ke lokasi yang selesa atau bilik dan biarkan seketika hingga dia boleh didekati dan lebih tenteram. Apabila dia mula mereda, barulah berikannya perhatian sewajarnya. Hasilnya, dia mungkin terdorong untuk menamatkan tantrum nya atau mengurangkan ketegangan apabila melihat kelakuan anda yang tidak mempedulikannya apabila dia meragam ,menangis, menjerit dan sebagainya.

Alihkan anak daripada situasi itu jika perlu
Bagi tantrum yang sederhana, anda mungkin mahu menarik atau mengubah fokus anak-anak kepada perkara yang lain. Contohnya jika dia ingin memegang telefon , cubalah alihkan minatnya kepada telefon mainan atau buku cerita. Semua anak-anak ingin disukai dan disayangi oleh kedua ibu bapanya. Jadi berikan ruang untuk memuji anak anda apabila dia melakukan perkara yang baik. Hal ini pasti menyukakan hati anak anda dan mendorongnya untuk berkelakuan baik. Lain pula halnya jika tantrum itu berlaku di tempat awam. Anda perlu pendekatan yang konsisten bila di rumah jadi anda boleh mengamalkan pendekatan yang sama bila di tempat awam.

Jangan mengalah
Kebanyakan pakar psikologi kanak-kanak bersetuju jangan sekali-kali mengalah dengan tuntutan anak dengan tantrum kerana itu akan menimbulkan senario di mana anak anda akan menganggap tantrum adalah cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu.

Sabar dan banyak berdoa
Doa dan zikir untuk anak-anak sangat penting agar jiwanya menjadi bersih dan hatinya sentiasa tenang. Perlu diingat bahawa tiada ibu bapa yang sempurna dan kemahiran keibubapaan itu sendiri adalah satu proses pembelajaran buat anda dan si kecil.

Pastikan waktu dan peruntukkan masa untuk bermain dan berkomunikasi dengannya
Contohnya jika anda membawa anak anda berjalan –jalan atau sedang sibuk dengan sebarang aktiviti sekali pun jangan sampai terlupa si kecil anda perlukan layanan anda, jangan dibiarkan anak kebosanan. Waktu yang anda luangkan untuk bersamanya itu boleh mengeratkan hubungan ibu dan anak yang lebih mantap lagi.

Wujudkan garis panduan dan bimbingan yang jelas dan konsisten terhadap anak
Adalah perlu ibu bapa memberi bimbingan untuk diikuti oleh anak-anak agar dapar meluahkan emosi secara terkawal..

Layani anak anda sewajarnya dan hormati perasaannya
Apabila anak anda ingin meluahkan perasaan dan emosinya, cuba berusaha untuk memahami mesejnya. Anak-anak akan lebih mudah mendengar kata dan mematuhi kita jika mereka terasa diri didengari sentiasa oleh anda.

2 comments:

  1. Info yang sangat bagus untuk ibu bapa...tQ
    Jemput ke blog saya jugak... =p

    http://jomsihatjomgojes.blogspot.com

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!