Saturday, November 30, 2013

Haziq Berkhatan

Berkhatan pada 2/12/13 di Klinik Safri dan Hamimah Station 18 Ipoh

Positive Parenting Workshop - Problem Solving


MODUL 4~ ‘PROBLEM SOLVING

TOPIK:-
-Pendekatan ‘Tidak Mengendah’ / ‘Ignoring’
-Penerimaan Akibat / ‘ Consequence’
- ‘ Time Out’
- Penyelesaian Masalah / ‘ Problem Solving’

Pendekatan ‘Tidak Mengendah’ / ‘Ignoring’
-Tiada Eye-contact semasa ‘ignoring’
-Jauhkan diri (tapi pada masa itu tidak berada jauh sangat dari anak)
-Bersedia anak akan mengamuk
-Guna teknik ini secara konsisten
-Kembali kepada anak dengan segera bila anak dah okey

Sumber: Osnake

Murid gagal kuasai Matematik, Sains


KUALA LUMPUR - Walaupun prestasi murid di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999.

Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA (PISA 2009+), penyertaan kali pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

"Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains," menurut pelan itu.

Pelan itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Perbandingan skor dalam skala PISA ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai, China mempunyai prestasi tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding pelajar Malaysia pada umur yang sama.

Sepanjang dua dekad lalu kedua-dua sistem pentaksiran pelajar antarabangsa ini, PISA dan TIMSS, telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung mengenai kualiti keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem.

"Kaedah ini mentaksir pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan," menurut pelan itu.

Walaupun kedua-dua sistem pentaksiran itu, TIMSS dan PISA, menunjukkan keputusan pencapaian pelajar Malaysia yang membimbangkan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah seluruh negara setanding piawaian antarabangsa.

Ini termasuk pencapaian murid dan sekolah Malaysia di peringkat antarabangsa contohnya memperoleh pingat emas dalam Pertandingan Pencipta Muda Antarabangsa Kelapan 2012 di Thailand dan Ekspo Reka Cipta dan Produk Baharu di Amerika Syarikat, tahun lepas.

Bagaimanapun, menurut pelan itu, objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan dalam berhasilan murid, antaranya dari segi jurang antara sekolah bandar dan luar bandar, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan serta jantina.

Jurang antara luar bandar dan bandar menurun kepada lima mata peratus dan dua mata peratus sejak enam tahun kebelakangan ini sementara jurang antara sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan semakin mengecil.

Sebaliknya, jurang pencapaian antara gender adalah signifikan dan terus melebar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, dengan pencapaian murid perempuan sentiasa mengatasi murid lelaki di semua peringkat, menurut pelan itu. - Bernama

Mengapa Ustad Kazim dilantik?


PUTRAJAYA - Pelantikan Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat supaya pendakwah terkenal itu dapat membantu Umno membetulkan kekurangan dalam parti mengenai Islam, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata walaupun terdapat banyak pakar berkaitan Islam dalam parti namun langkah ini penting memandangkan Umno sendiri adalah parti Islam terbesar di negara ini mengikut keanggotaan umat Islam paling ramai.

Pelantikan itu juga membuktikan Umno kini menuju transformasi apabila wakil agama, anak muda dan profesional dilantik sebagai anggota MT Umno, katanya dalam sidang media selepas program 'Back To School' di sini hari ini.

"Saya ada baca blog yang menuduh Uztaz Kazim hendak kedudukan dan wang, itu tidak betul, beliau dilantik untuk membantu memberi nasihat mengenai hal agama.

"Belum pernah ada dalam sejarah Umno, ada pelbagai wakil, ini menunjukkan tambahan ahli majlis adalah satu daripada transformasi Umno," kata Tengku Adnan yang mengumumkan pelantikan Ustaz Kazim antara sembilan orang sebagai Anggota MT Umno semalam.

Apa keputusan Ustad Kazim

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias akan bertemu presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi untuk parti itu.

Beliau menegaskan sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi berhubung isu tersebut.

'Buat masa ini, saya masih berfikir sama ada untuk menerima atau sebaliknya pelantikan tersebut, tunggu lepas saya buat solat istikharah dulu.

"Tolak tidak, terima pun tidak. Saya nak jumpa dulu presiden dulu. Saya juga ada syarat-syarat saya sebelum boleh nak bersetuju," katanya kepada media pada ceramah Hijrah anjuran Pemuda Umno Setiawangsa, si sini semalam.

Katanya, pertemuan sudah dalam perancangan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan segera.

"Terus terang, saya sangat terkejut apabila nama saya diumumkan sedangkan saya belum isi borang lagi (menjadi ahli).

"Saya bukan siapa-siapa hingga diangkat sebegini  tinggi. Tapi, mungkin beliau (Najib) ada alasan tersendiri, kerana itu pentingnya untuk kami bertemu," katanya.

Beliau berkata, jika Umno benar-benar mahu melantiknya, parti itu bersedia jika ditegur demi masa depan parti itu.

"Saya tegaskan, saya bukan mahu projek, jawatan atau apa sahaja dalam Umno. Saya ingin kehidupan saya seperti biasa, tanpa ada apa-apa label di baju saya sewaktu berceramah.

"Saya mahu jadi pendakwah bebas seperti hari ini yang boleh hadir di mana-mana dan mempunyai kawan daripada pelbagai latar belakang tidak mengira warna bendera (parti)," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keahliannya dalam Pas, Ustaz Kazim berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.

"Jika benar saya masih ahli, mengapa saya tidak dilayan sepertimana ahli lain.

"Saya juga sudah lama tidak hadir ke mesyuarat dan pernah saya diberitahu, saya bukan lagi ahli Pas," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Komen negatif terhadap Ustaz Kazim



IPOH - Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat, semalam.

Bagaimanapun beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan.

“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif  seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah.

“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr  Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah, di sini, hari ini.

Mohammad Kazim atau dikenali Ustaz Kazim adalah antara sembilan individu  yang dilantik sebagai ahli MT baru yang diumumkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.

Lapan lagi MT yang dilantik ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin; Ketua Umno bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Turut tersenarai, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ustaz Kazim yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah mengakui, komen negatif yang diterima sedikit sebanyak mengganggu emosi ahli keluarganya yang lain.

Katanya, gelaran seperti anjing dan macai yang dilempar agak keterlaluan hingga ada ketikanya membuatkan anaknya sendiri menangis membaca komen sebegitu.

“Saya penat, orang kutuk macam-macam, anak saya sendiri menangis apabila bapanya dipanggil anjing dan barua. Ini membuatkan saya sedih. Orang luar hanya tahu memboikot, tetapi sekupang pun mereka tidak datang untuk melihat tempat kita (Pusat Pendidikan Al-Barakah),'' katanya.

Sumber: Sinar Harian

Friday, November 29, 2013

Positive Parenting Workshop - Setting Limit


MODUL 3~ ‘ SETTING LIMIT’’

GARIS PANDUAN ‘ MENENTUKAN LIMIT’
-Beri satu arahan sahaja pada satu masa
-Gunakan arahan yang jelas berkaitan dengan perlakuan yang dikehendaki contoh : ‘ali pergi mandi’’
- Gunakan arahan ‘membuat’ atau melakukan sesuatu
-Menjadikan arahan positive dan bersopan
-Elak daripada menggunakan arahan ‘jangan’ atau ‘berhenti’
- Memberi kanak-kanak pilihan sekiranya ia berpatutan
-Jadikan arahan pendek dan tepat maknanya
- Sokong dan bersependapat dengan arahan pasangan anda
- Memuji sekiranya kanak-kanak mengikut arahan , memberi akibat jika tidak mengikuti arahan
-Wujudkan keseimbangan kuasa atau kawalan di antara ibubapa dan kanak-kanak..contoh : jangan tunjukkan kuasa sebagai ibu bapa dengan cara memaksa anak bermain permainan yang kita pilih..bagi anak pilih sendiri permainan yang dia nak main

Sumber: Osnake Lim

Ajar anak autisma berenang


TIDAK mudah mengajarkan sesuatu pada anak-anak yang memiliki kelainan mental atau autis. Seperti renang misalnya. Karena olahraga ini akan memberi stimulus otak yang bagus. Bukan hanya anak normal yang bisa mendapatkan kesenangan. Seperti bermain dan berenang, anak autis juga sebenarnya bisa melakukannya. 

Dengan kesabaran dari orang tua dan keluarga, anak bisa berkembang dengan baik, termasuk bisa berenang di kolam renang umum maupun pribadi, water boom dan tempat lainnya yang sejenis. Banyak alasan yang baik untuk membawa anak-anak berenang sendiri mungkin. Makin muda mereka makin mudah untuk belajar berenang. 

Komen Ust Kazim dilantik MT UMNO



Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara.

Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam..

Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun fitnah n cacian..

Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll.. Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?

Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya.

Bab lantikan MT UMNO ni baru sgt sy dijemput, diminta bantu apa yg patut utk Islam..tu pun jadi masalah., jd isu?

Saya ada prinsip saya, tak pernah dgr ceramah saya tp nak komen lebih2,,

Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yg diberi pd saya n saya jugak kena jaga byk perkara dr keluarga, sekolah, kuliah2 saya, anak murid saya, pengikut kuliah sy dll.

Bagi anda yg betul ikhlas dlm memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang spt yg saya sebutkan tadi.. 30hb jam 9mlm di PPR Setapak.

Semoga Allah merahmati kita semua,terima kasih atas kata2 yg sgt manis dlm komen anda sebelum ini.Jgn lah menilai hati org,kita tak tahu apa dlm hati org, Allah yg menilai bukan kita. Wassalam.

Sumber: FB Ust Kazim

Ustaz Kazim Elias dilantik MT Umno


PUTRAJAYA - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.

Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno.

"Pelantikan mereka adalah berdasarkan pengalaman mereka yang boleh memberi input yang baik kepada parti dan akan bergerak bersama 25 MT yang dipilih perwakilan pada pemilihan parti bulan lepas," katanya.   

Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka hari ini dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Disember ini.

"Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan. Mereka akan menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi selepas Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada malam 4 Disember ini," katanya.

Pada mesyuarat pertama MT minggu lepas, Najib mengumumkan pelantikan empat pemimpin sayap parti sebagai ahli tambahan kepada 25 MT yang menang dalam pemilihan iaitu Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun; Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

Selain itu, tujuh Menteri Besar yang tidak bertanding jawatan MT pada pemilihan Umno akan dijemput menghadiri mesyuarat MT tetapi tidak dilantik untuk jawatan berkenaan. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

Thursday, November 28, 2013

Jejak Kasih OKU

Kisah Mohd Nor 21 tahun, pemuda OKU tanpa tangan yang dijaga lebih 20 keluarga angkat sejak berusia 4 tahun dan dipaksa mengemis keluarga angkatnya bertemu ibu kandung yang terpisah sejak 17 tahun lalu.

Positive Parenting Workshop - Praise/Reward


MODUL 2~ PRAISE; REWARD

KEPENTINGAN PENGGUNAAN PUJIAN PADA KANAK-KANAK
- Kajian telah membuktikan bahawa tanpa pujian dan pemberian perhatian kepada kanak-kanak semasa mereka bertibgkahlaku baik boleh mengakibatkan makin kurangnya kelakuan yang baik dan masalah perangai mungkin bertambah.
TUJUAN PUJIAN DAN DORONGAN DIGUNAKAN:-
-Membantu kanak-kanak mempelajari suatu kemahiran baru langkah demi langkah
-Membina daya keyakinan diri kanak-kanak 
-Memberi dorongan semasa anak-anak sedang menghadapi sesuatu pelajaran / aktiviti
MENGGALAKAN KELAKUAN YANG POSITIVE PADA KANAK-KANAK TIDAK PERLU MENGAMBIL MASA YANG LAMA .SEPATAH AYAT CONTOHNYA :-
- '' Saya sungguh suka cara kamu bermain dengan eloknya '' atau satu pelukan mesra sudah mencukupi 
*APABILA IBUBAPA MULA MENAMBAHKAN KEKERAPAN MEMUJI ( ATAU PELUKAN DAN SEBAGAINYA) INI AKAN MEMBAWA PERUBAHAN KETARA PADA KELAKUAN KANAK-KANAK.

Sumber drpOsnake Lim

Positive Parenting Workshop - Play


‘’Positive Parenting Workshop’’ telah dianjurkan pada 9 nov 2013 yang lalu oleh Unit Pemulihan Carakerja Hospital Bukit Mertajam bertempat di Dewan Delima. 

Bengkel ini berteraskan 4 modul iaitu ‘play’, praise &reward, setting limit dan problem solving. 

Objektif daripada program ini adalah memberi pendedahan tentang kemahiran skil keibubapaan dalam membentuk personaliti dan tingkahlaku anak-anak tidak kira austisme atau normal. 

Selain itu , program ini juga untuk meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa tentang teknik yang sesuai di dalam membentuk keperibadian dan kendiri anak-anak yang mempunyai masalah tingkahlaku.

MODUL 1 ~ PLAY

GARIS PANDUAN KETIKA BERMAIN
- menjadi pendengar yang baik kepada anak, menunjukkan perhatian dan penghargaan yang penuh kepada sesuatu yang dilakukan anak.
- Memuji dan mendorong idea-idea dan kreativiti anak. JANGAN MENGKRITIK.
- Memberi pujian atau ganjaran apabila anak bermain dengan baik dan senyap.
- memberi ganjaran dalam bentuk perhatian kepada anak.
- menggalakkan anak menyelesaikan masalah semasa bermain.
- memberi anak masa dalam aktiviti bermain , jangan menaruh harapan yang tidak realistik
- Gunakan komen yang membina secara kerap contoh : ''wah kemasnya rambut anak patung yang adik sikat'' dan elak daripada bertanya-tanya soalan.
- Menggunakan teknik permainan - ' Role Play' dan ' Make Belief' dengan anak
- Sentiasa berseronok dan bergelak ketawa ketika bermain dengan anak.

ALAT PERMAINAN 
- Alat permainan adalah penting dalam menggalakkan permainan yang bermanfaat pada kanak-kanak tetapi tidak seharusnya membeli alat mainan yang mahal
- Kanak-kanak akan mempunyai minda yang kreatif jikalau mereka dibenarkan untuk berimaginasi, sebarang alat yang biasa contohnya periuk dan sudu akan dijadikan sesuatu alat permainan yang berpelbagai makna.
- Contoh ciri-ciri bahan dan alat mainan yang selamat dan memanfaatkan

*Selamat~ tiada berpenjuru tajam dan tiada cat berkandungan lead
* Tiada struktur yang tetap ~seperti blok-blok, 'play doh' dan krayon menggalakkan permainan imaginative.
* Alat mainan yang responsif dan pelbagai kegunaan.
*Permainan yang menggalakkan kerjasama~ alat permainan yang dapat mendorong interaksi sosial , kerjasama dan berkongsi dengan orang lain.

Sumber drp Osnake Lim

Kelebihan GAJET kepada kanak-kanak


Anak-anak anda layak untuk berjaya walaupun menggunakan gajet sebab melalui gajet mereka pun belajar sesuatu:

1. Belajar untuk fokus lebih lama.
2. Belajar untuk kreatif.
3. Memahami masalah dan mencuba menyelesaikannya.
4. Mempunyai pandangan yang berbeza dalam menyelesaikan masalah.
5. Lebih cekap dan pantas dalam berfikir.
6. Mempunyai banyak idea yang 'gila-gila'.
7. Kekal tenang dalam keadaan yang genting.
8. Berani mencuba walaupun 'game over' banyak kali.
9. Mencabar kekuatan dan keyakinan diri dalam mencuba sesuatu yang baru.
10. Mempunyai inisiatif baru dalam menyelesaikan sesuatu misi.
11. Sedia untuk mengalami risiko dalam menghadapi sesuatu masalah.

Jika kita cermin sesuatu itu dengan pandangan yang positif, ia memberikan impak yang positif pada anak-anak.

Sumber: www.bizchildren.com

Terapi Kuda anjuran RDA


Azalia Hj Salleh memaklumkan...



Pihak Riding for the Disable dh lama wujud since 1984 oleh YTM Raja Dato Seri Azureen ibni Sultan Azlan Shah. Dah byk cawangan dibuka sekitar KL, PAHANG (tj lumpur), Terengganu yg plg latest kalau x silap. Kanak2 kurang upaya dari sekolah tertentu dilatih oleh pihak volunteer RDA dlm terapi berkuda ni.

Tkasih atas maklumat di atas. Sama2 boleh dimanfaatkan di mana boleh dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah.


Maklumat lanjut dalam web berikut http://rda-malaysia.com/

Hamba di Landon 30 tahun

Siasatan kes perhambaan di London

Wednesday, November 27, 2013

OKU diperlekehkan oleh YB

PERKASA: Gaji sebesar itu, OKU pun boleh jadi YB
"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

NONEBegitu sindir Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (kiri) berhubung kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), menteri besar, exco, speaker dan timbalan exco Selangor mulai tahun depan.


Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berhujah, menjadi wakil rakyat bermaksud pemimpin mesti berkorban, malah harta sendiri demi kepentingan rakyat.

"Kalaulah kerajaan BN yang naikkan gaji seumpama ini, riuh rendah mereka serang," katanya sambil menyeru kakitangan kerajaan membantah kenaikan itu.

"Mereka juga ada beban tugas lebih dari wakil rakyat. Inilah yang dikatakan pagar makan padi."

DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

'Hebat & luar biasa'
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco negeri.

NONE















Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.

Dalam kenyataannya melalui SMS hari ini, Ibrahim menyindir, kenaikan "hebat dan luar biasa" itu boleh dimasukkan dalam buku 'rekod perniagaan antarabangsa'.

"Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat. Apakah ini salah satu janji dalam Buku Jingga? Saya semak, tak ada pun," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Terapi kuda RAWAT anak Autisma


ADAM HAIKAL AHMAD HAIRIL yang menghidap kecacatan saraf otot menjalani rawatan terapi kuda di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Terengganu baru-baru ini.
Kaedah urutan saraf, rawatan refleksologi dan berenang memang terkenal sebagai antara alternatif yang menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk anak istimewa.
Selain itu, kaedah aromaterapi menggunakan urutan berasaskan haruman bunga-bungaan, akuaterapi menggunakan medium air dan muzik sebagai terapi untuk anak-anak istimewa. Bagaimanapun, tidak ramai menyedari bahawa Hippoterapi ataupun pergerakan haiwan terutama kuda boleh dijadikan terapi yang sangat berkesan dan terbukti mampu meningkatkan kesihatan fizikal terutama kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Bagi memberi peluang kepada kira-kira 600 OKU di Terengganu mendapatkan rawatan alternatif ini, Persatuan Menunggang Bagi Orang Kurang Upaya Malaysia (RDA) memperluaskan operasinya di negeri tersebut secara rasmi mulai awal bulan ini.
Menunggang kuda
Bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER) di Kuala Ibai, program terapi menggunakan kuda ini diharap dapat dimanfaatkan oleh keluarga golongan OKU di seluruh Terengganu.
RDA yang didaftarkan pada 1994 sebagai pertubuhan amal bertujuan menyediakan peluang kepada golongan istimewa iaitu kanak-kanak dan dewasa menjalankan aktiviti menunggang kuda sebagai satu kaedah terapi.
RDA Terengganu adalah cawangan ke-10 di Malaysia dan sehingga kini terapi berkuda terbukti berjaya memberi banyak kesan positif kepada OKU.
Pengerusi RDA Terengganu, Datuk Hamzah Muhammad berkata, terapi itu membolehkan kanak-kanak istimewa yang menunggang kuda mengawal postur, reaksi dan koordinasi sekali gus memberi manfaat dari segi psikologi, pertuturan dan bahasa mereka.
"Ada kanak-kanak yang sebelum ini tidak mahu berkomunikasi walaupun dengan ibu bapa sendiri, namun selepas menjalani terapi mereka menjadi lebih peramah dan ceria. Saya yakin lebih banyak testimoni kebaikan terapi secara berkuda ini akan kita ketahui selepas ini," katanya pada majlis perasmian berkenaan yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Dengan mengguna gerakan irama tiga dimensi hasil pergerakan kuda, OKU yang duduk di atas pelana secara semula jadi akan belajar dan bertindak balas terhadap setiap gerakan kuda itu.
Walaupun kaedah tersebut mungkin agak asing bagi masyarakat di Terengganu tetapi ia adalah rawatan terbaik bagi membantu golongan berkenaan mempertingkatkan kecergasan.
Malah, di China terapi berkuda berjaya mengurangkan ketagihan remaja terhadap gajet telekomunikasi.
Sehingga kini rawatan terapi kuda terbukti berkesan kepada mereka yang mengalami kecacatan fizikal, mental dan emosi seperti palsi selebrum, sindrom Down dan Rett, gangguan neuro-otot, masalah pembelajaran, psikologi dan autisme.

Belajar dari sejarah Andalusia


RAMAI maklum betapa hebatnya kerajaan Islam Andalusia yang menguasai separuh benua Eropah hampir 800 tahun. Penguasaan bermula pada tahun 711 apabila Panglima Islam Tariq bin Ziyad mengepalai 7,000 tentera Islam memasuki daerah Sepanyol, Gibraltar dari Morocco.

Sejak penaklukan itu, kerajaan Islam berjaya membina tamadun yang cukup disegani di Eropah dengan nama-nama besar pelopor pelbagai disiplin ilmu seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu al-Khatib, Ibnu al-Firnas, Ibnu Khaldun.

Namun kehebatan tamadun Islam Andalusia akhirnya hancur apabila satu persatu daerah jajahan jatuh ke tangan Kristian sehinggalah daerah terakhir Granada diserahkan secara rasmi pada kerajaan Kristian dikepalai Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada 6 Januari 1492.

Menariknya rakyat di kalangan umat Islam masih dibenarkan tinggal dan mengamalkan agama mereka oleh Raja Ferdinand yang menandatangani perjanjian rahsia dengan Raja Mohammed XII.

Hanya selepas 118 tahun iaitu pada 1609 Raja Philip III menandatangani satu Titah Diraja memberi kata dua kepada 350,000 umat Islam yang masih tinggal di Sepanyol, sama ada menukar agama kepada Kristian atau dihalau dari Sepanyol.

Ramai di kalangan mereka yang dirogol, dihalau dari rumah bahkan dibunuh oleh kerajaan Kristian waktu itu.

Jika diperhalusi sejarah Tamadun Islam Andalusia, kita akan dapati, punca utama kejatuhan kerajaan tidak lain dan tidak bukan lantaran kerakusan umat kepada kuasa dan harta hingga sanggup berkonspirasi dengan bukan Islam untuk jatuhkan satu sama lain.

Lebih menyedihkan apabila pembesar-pembesar daerah yang tergamak berkompromi dengan puak-puak Kristian yang kononnya bersedia membantu mengukuhkan kedudukan masing-masing sehinggalah akhirnya satu persatu daerah dijajah Kristian.
Mereka lupa amaran ALLAH dalam al-Quran: “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada ALLAH dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).

Dan ALLAH perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada ALLAH jualah tempat kembali”. (Ali-Imran:28)

Hakikatnya sejarah Andalusia mempunyai seribu satu pengajaran buat kita di Malaysia hari ini. Tampak ketika ini juga umat Islam tidak bersedia berkompromi sesama sendiri sehinggakan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan mereka.

Seribu satu alasan diberikan untuk tidak bersatu dan bermuafakat sesama sendiri, sedangkan cukup hanya satu alasan untuk bersama dengan puak bukan Islam yang masih disangsikan keikhlasan mereka menerima Islam.

Lebih merisaukan bagaimana sesetengah pihak dulunya tegar dan keras dalam mempertahankan prinsip Islam kini dilihat makin lunak dan bersedia kompromi dengan pendirian yang dipegang mereka selama ini.

Teringat hujah yang diberikan oleh pemimpin sebuah parti politik apabila ditanya apakah kelompok yang dulunya terang-terang menolak Islam hari ini sudah bersedia menerima Islam. Dijawabnya, “Oh, mereka sudah mulai jinak kepada Islam dan tidak lagi keras mendukung fahaman menolak konsep negara Islam”.
Persoalannya, benarkah kelompok yang dikenali keras mempertahankan perjuangan untuk mewujudkan negara sekular dan menentang konsep negara Islam sudah berlembut dalam pendirian mereka? Atau apakah yang mulai berkompromi dan berlembut dalam mempertahankan pendirian hari ini adalah di kalangan orang Islam sendiri yang dilihat ghairah untuk berkuasa.

Hakikatnya ALLAH turut menjelaskan dalam Surah Al-Qalam ayat 8 hingga 9:

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah iaitu di kalangan orang kafir).

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).

Menurut Syed Qutb dalam tafsirnya Fi Zilaalil Quran, maksud ayat di atas yang ditujukan kepada umat Islam agar mewaspadai kelompok kafir yang sentiasa berusaha menjatuhkan umat Islam walaupun terpaksa menzahirkan kelembutan mereka kepada pendirian asal. Namun hakikatnya mereka adalah pendusta.

Mudah-mudahan kita mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan Andalusia.

*Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Sumber: Sinar Harian

Hasil Seni Faqihah Nov 2013


Kerenah Birokrasi Sistem Pendidikan


Gambar Hiasan
FARITA Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.

Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.

Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung pedalaman.

Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi.

Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains.

Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.

Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.
Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.

Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa, Batu Pahat, Johor.

Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun.

Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.

Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.

Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal.

Angola HARAM Islam


Dalam pengetahuan pak yoep, Tidak pernah terjadi di dunia sesebuah negara mengharamkan agama Islam termasuk Israel. Tunggu sahajalah KEMURKAAN Allah sebagaimana pernah dinyatakan sebelum ini di Filipina.

ANGOLA (Negara Afrika) Agama Islam telah diharamkan 2 hari yang lalu, jadi sekarang mereka mula memusnahkan lebih 80 buah masjid dan 90,000 orang Islam kini digelar penjenayah oleh undang-undang. Walaupun pada hakikatnya perlembagaan telah meluluskan kebebasan beragama, tetapi undang-undang itu hanyalah untuk 47% orang-orang kafir, dan 53% orang Kristian. Tunggu pembalasannya atas apa yang 'kamu' kerjakan!!! P/S: Gambar sekadar hiasan

Pinjaman Pendidikan Peminjam OKU


Tanda SOKONGAN kerajaan kepada OKU

Parlimen: Kerajaan Timbang Kecualikan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Peminjam OKU

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhasrat untuk membawa isu pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan kepada peminjam yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) akibat kemalangan untuk pertimbangan lanjut Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi OKU

Sumber: Bernama

Result PAT 2013 Haziq







Tahun ke-3 Haziq belajar di SK Cator Avenue.


Pencapaian akademiknya telah merosot jika dibandingkan dgn PPT 2013 dan PAT 2012. Paling ketara Haziq merosot teruk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam PAT 2012, Haziq berjaya memperolehi gred A untuk BM Pemahaman dan Penulisan tapi sebaliknya gred C dalam PAT 2013 dalam kedua2 kertas tersebut.

Result Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) seperti berikut:

Bahasa Melayu (Pemahaman) - 43%
Bahasa Melayu  (Penulisan) - 48%
Bahasa Inggeris - 91%
Matematik - 65%
Sains - 76%

Semua mata pelajaran merosot kecuali peningkatan markah untuk Bahasa Inggeris.

Peratus: 64.6%
GPP: 2.20
Kedudukan Kelas: 24/30

Haziq berkemungkinan turun kelas pada 2014.

Walaubagaimanapun peningkatan turut berlaku jika dibandingkan Haziq mula2 sekolah di mana sekadar memperolehi 5C dengan peratus 44.8% GPP 3.00 dalam PPT 2011.

Tindakan diambil dengan menghantar Haziq menghadiri Home Tuition (mulai Dis 2013) untuk mata pelajaran BM dengan Cikgu Lily yang bertanggungjawab mengajar Haziq membaca pada Jun 2011 kerana ketika itu, Haziq lemah dlm BM kerana tidak mahir membaca.

Tuesday, November 26, 2013

WHAT IS AUTISM


Autism is classified by the American Psychiatric Association as a Pervasive Developmental Disorder (APA, 1994). It is a spectrum disorder defined by symptoms appearing before the age of three. Being a spectrum disorder means that some children may be more affected with autism and some children may be less affected.
These symptoms reflect delayed or abnormal development in three areas. Below are some example of symptoms that some people with autism demonstrate (It is very important to remember that every child with autism is different and may demonstrate totally different symptoms):
  • Language Development: The child does not understand or verbalize many words, repeats things (“echoes”), or speaks in third person. The child may also speak in a rote way, ‘cartoon-like’ or with a foreign accent. The child may have difficulty initiating and sustaining a meaningful conversation.
  • Social Skills: The child may not be interested in peers, may show no imitative play, may have poor eye contact, may not respond when spoken to, and may not show or point to things. In addition, making age-appropriate friendships may be difficult and there may be observed a lack of social and emotional reciprocity.
  • Behavioral Repertoire: The child may have fixed routines, be intolerant of changes and transitions, tantrum, laugh out of context, demonstrate repetitive play, or engages in self-stimulatory actions such as verbal stimming, hand flapping, staring at their hands or fingers, tip-toeing, smelling things, etc.

Petua Untuk Kuruskan Badan


Petua Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat

1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.

2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

AMALAN:

1. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.

3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi ingat, jangan makan nasi atau roti.

4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari.

NOTA:

a. Masalah hormon merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan anda kekurangan berat badan. Sekiranya doktor mengesahkan anda tidak mengalami sebarang masalah, anda bolehlah mencuba cara-cara alternatif untuk menambahkan kalori di badan anda. Doktor juga boleh mengesahkan sama ada berat badan anda itu bersesuaian dengan ketinggian anda, dan sekiranya sedemikian anda tidak perlu untuk menambahnya lagi. Adalah mustahak untuk anda perhatikan keluarga anda terlebih dahulu sebelum mencuba cara-cara untuk menambahkan berat badan. Sekiranya anggota keluarga anda kurus-kurus belaka, besar kemungkinannya anda telah mewarisi ciri genetik tersebut.

b. Anda boleh mengubah susuk badan anda dengan pemakanan dan senaman tetapi jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang berlebihan daripada apa yang bersesuaian dengan keadaan sebenar badan anda. Apa yang anda mahukan di sini adalah penambahan berat melalui pertumbuhan otot-otot dan bukan hanya lemak semata-mata.



Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!